oh generasiku
Berkhidmat sebagai pensyarah muda di sebuah kolej bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangka ramai. Apatah lagi apabila kita meletakkan diri bukan sahaja sebagai pensyarah malah juga sebagai pendidik. Benarlah kata guruku satu masa dahulu, seorang pendidik sebenarnya menghasilkan produk yang berupa manusia dan bakal meneruskan kesinambungan generasi kita hari ini. Ujarnya lagi, jika kita menghasilkan batu-bata ia mudah kerana kita cuma perlu cipta acuannya akan tetapi untuk menghasilkan produk yang bernama insan ini kita memerlukan lebih dari itu. Ini kerana produk yang bakal dihasilkan adalah berupa satu generasi yang diharapkan dapat berdiri dengan sendiri berpaksikan al-Quran dan Sunnah serta menjunjung kalimah La ilaha illallah. Tambahan pula, jumlah produk bukanlah satu kebanggaan tetapi sejauh mana kualiti satu-satu produk itu. Boleh jadi dalam 500 pelajar yang menghadiri kuliah kita seorang sahaja yang berkualiti. Malah, boleh jadi tiada langsung! Apakah peranan yang sebe...