oh generasiku
Berkhidmat sebagai pensyarah muda di sebuah kolej bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangka ramai. Apatah lagi apabila kita meletakkan diri bukan sahaja sebagai pensyarah malah juga sebagai pendidik. Benarlah kata guruku satu masa dahulu, seorang pendidik sebenarnya menghasilkan produk yang berupa manusia dan bakal meneruskan kesinambungan generasi kita hari ini. Ujarnya lagi, jika kita menghasilkan batu-bata ia mudah kerana kita cuma perlu cipta acuannya akan tetapi untuk menghasilkan produk yang bernama insan ini kita memerlukan lebih dari itu. Ini kerana produk yang bakal dihasilkan adalah berupa satu generasi yang diharapkan dapat berdiri dengan sendiri berpaksikan al-Quran dan Sunnah serta menjunjung kalimah La ilaha illallah. Tambahan pula, jumlah produk bukanlah satu kebanggaan tetapi sejauh mana kualiti satu-satu produk itu. Boleh jadi dalam 500 pelajar yang menghadiri kuliah kita seorang sahaja yang berkualiti. Malah, boleh jadi tiada langsung! Apakah peranan yang sebenarnya perlu dimainkan? Adakah sekadar menyampaikan kuliah dan memberikan tugasan semata atau bagaimana?
“Pensyarah”..sekali pandang, Nampak gah sungguh title itu apatah lagi dipegang dalam usia yang mentah ini namun apabila berhadapan dengan para pelajar yang pelbagai ragam dan mempunyai beraneka latar belakang, lemah rasanya sendi-sendi di badan ini. Oh Tuhan, beginikah sekali cabaran yang dihadapi oleh para pelajarku? Bagaimana dengan cabaran yang akan mewarnai zaman anak dan cucuku? Allahu rabbi..
“Ustazah, saya ada masalah family.. Mak dan ayah saya selalu bergaduh. Puncanya mak selalu menuntut kemewahan dari ayah saya yang bukanlah bergaji besar. Sekarang, ayah saya seolah sudah tawar hati. Mak saya pula mula menunjuk belang. Adik-adik sudah tidak dapat dikawal. Sebagai anak sulung, saya buntu..”
“Saya dulu seorang yang sosial, ustazah. Tapi sejak masuk kolej ni saya cuba berubah. Tapi kawan-kawan bilik saya memerli saya, ustazah. Kata mereka “Kau solat pun, Allah terima ke?Kau kan sosial..” macam mana ustazah? Betul ke? Allah terima tak solat saya?”
“Saya sebenarnya ambil STAM dulu, ustazah tapi satu subjek saya rasib, saya tak dapat nak ambil jurusan syariah kat sini. Sekarang saya ambil kos bukan agama tapi kawan-kawan selalu mengejek saya kononnya saya tunjuk baik. Saya seganlah nak buat benda-benda yang saya biasa buat dulu. Ayah saya ustaz, sekarang bila jadi macam ni ayah selalu marah2 dan fikir bukan2 tentang saya.. Macam mana ni, ustazah?”
“Ustazah, saya ada masalah keluarga, makwe dan kawan2..saya tak tahu nak buat apa..rasa nak bunuh diri pun ada.. Saya berdosa pada Allah, ustazah.. Sekarang saya dalam persimpangan, antara cinta dan dosa..kalau saya tinggalkan pompuan tu, dia ugut nak bunuh diri. Dia pernah toreh tangannya depan mata saya bila saya kata saya nak putus dengan dia..kalau kami tak putus hubungan,saya bimbang perkara yang lebih buruk akan terjadi.. Kawan-kawan saya pula masing-masing menjauhkan diri bila saya ceritakan masalah saya seolah2 saya ni jijik sangat..ustazah, apa yang harus saya buat? Mak ayah saya sentiasa bergaduh..puncanya bila mak saya tak sukakan ibu mertuanya padahal diorg duduk serumah. Kadang-kadang saya marahkan mak kerana menengking ayah, hasilnya saya pula dimarah ayah..saya tak nak balik rumah tapi saya tak tahu nak buat apa”
Dan 1001 macam cerita lagi..
Mereka datang bukan kerana menagih simpati, mereka datang mencari penyelesaian. Dengan linangan air mata, mereka mohon dibantu dan diberikan harapan kerana tidak nampak tempat mengadu. Perkara seperti ini tiada dalam silibus malah tiada dalam deskripsi tugas sebagai pensyarah. Namun, mereka anak didik kita dan wajar diberikan sedikit masa untuk mendengar dan menunjukkan arah walaupun kadang kala luahan mereka membuatkan diri terpaku dan lidah menjadi kelu..
Oh Allah, sebagaimana usahaku membantu generasi ini..sebagaimana ku buka seluas-luasnya pintu untuk mereka, kau pandulah adik2, anak, cucu, kaum keluargaku dalam mengharungi cabaran dunia akhir zaman ini ya Allah. Aku tidak mengharapkan yang lain melainkan janganlah Kau hanyutkan kami dalam kesesatan yang berpanjangan..
Pensyarah Muda

Comments
Post a Comment