Posts

Featured Post

Tips anak minat belajar dan membaca

Bismillah hir rahma nir rahim.. Saya merasa terpanggil untuk membuat sedikit coretan berkenaan tajuk di atas. Tujuannya adalah untuk berkongsi pengalaman saya sebagai ibu dalam memberi pendedahan awal kepada anak tentang baca dan buku. Pucanya apabila ini minggu lepas merupakan kali kedua saya ditanya oleh guru anak tentang bagaimana kami memupuk minat anak untuk belajar, membaca dan meneroka dunia ilmu. Agak segan sebenarnya apabila yang bertanya itu ialah guru anak kami dan kami pula hanyalah ibu bapa muda yang baru menginjak tahun ketujuh perkahwinan. Masih panjang perjalanan mendidik anak yang perlu kami lalui. Baiklah, bagi ibu atau bapa yang mencari tips anak minat belajar, berikut ialah 5 perkara yang kami amalkan selama ini: 1. MULA AWAL Perkenalkan anak-anak dengan buku. Ini adalah kaedah yang mula-mula perlu dilakukan. Belikan buku mengikut tahap usia atau ke hadapan sedikit dalam satu atau dua tahun. Contoh anak yang berusia dua tahun dibelikan buku untuk umur tiga

Secangkir teh bersama secebis harapan

Image
Hari ni hari keenam saya cuba untuk kekal bersenam di pagi hari.  Sasaran kali ini ialah selama 3 bulan bermula dari Mei hingga Ogos. Lama sudah saya tinggalkan aktiviti ini atas kekangan waktu dan tugasan. Rezekinya kali ni pelajar bercuti agak lama, 3 bulan. Maka saya cuba untuk kembali ke trek yang saya abaikan sebelum ini.  Bukan sahaja brisk walking, tetapi termasuk juga penerbitan artikel jurnal dan penerokaan bidang-bidang penyelidikan. Juga mencari kepakaran diri. Saya rasa sudah tiba masanya saya lebih serius dalam membina kepakaran dan pengiktirafan berkaitan bidang yang diminati. Saya tahu ramai yang melihat saya sebagai pakar bidang psikologi tetapi dengan keterhadan sumbangan saya kepada masyarakat dan akademik menjadikan saya malu serta tidak yakin untuk mengakuinya. Benarlah bahawa perjalanan selepas PhD lebih panjang dan luas umpama lautan yang tidak bertepian. Saya perlu segera mencari arah dalam tempoh 10 tahun ini (2020-2030). Sasaran ini saya sendiri letakkannya seb

Ilmu penghalang Ibadat?

  Persoalan ini bermain di fikiran saya tatkala saya menyelak halaman Minhajul Abidin, karya Imam al-Ghazali. Sekali pintas saya melihat isi kandungan kitab ini menyentuh tujuh penghalang dalam beribadat di mana yang pertama berupa halangan ilmu.   Pada awalnya, saya menyelak buku ini kerana salah seorang pelajar saya ingin mencadangkan kajian yang berdasarkan kepada Minhajul Abidin. Teringat saya bahawa buku ini ada dalam perpustakaan di rumah ini. Pada mulanya saya menyangka perbahasan dalamnya tidak jauh beza dengan Ihya’ Ulumiddin kerana ‘mungkin’ ini juga kitab ringkasan kepada kitab Ihya’. Ternyata sangkaan saya jauh meleset. Maka, oleh kerana tertarik dengan perbahasan berkaitan halangan bagi seorang Muslim, saya pun cuba membaca bahagian pendahuluan dan bab satu daripada Minhajul Abidin.   Ternyata, perbahasan dalam bab satu ini berkait dengan pembacaan semalam daripada buku Aqal dalam Islam yang telah pun saya kemukakan ringkasannya dalam hantaran blog semalam. Jika perbah

BAGAIMANAKAH KEDUDUKAN AKAL DALAM ISLAM?

Image
Setelah beberapa minggu saya meninggalkan buku Aqal dalam Islam: Satu tinjauan epistemolog i karangan Mohd Zaidi Ismail, saya telah kembali untuk menghabiskan pembacaan saya. Sebenarnya saya dalam usaha untuk mengemas meja dari timbunan buku yang tidak dibaca, hanya diniatkan sahaja untuk dibaca. Haha. Apabila saya membacanya, saya mendapati di dalamnya perbahasan yang sangat menarik untuk diberikan perhatian kerana ia berkait dengan dua subjek yang diajar iaitu mantik dan Psikologi Islam. Justeru, saya melihat ia perlu dikongsikan dalam blog ini sebagai rujukan pada masa akan datang. Supaya kita boleh memahami bagaimanakah kedudukan akal dalam Islam dan sejauh mana ia berkait dengan kehidupan kita. Secara keseluruhan, buku ini perbincangannya falsafah tetapi yang saya akan kongsikan merupakan rumusan dan perkara yang saya rasa berkait dengan kita sebagai masyarakat awam. Let's go! Dalam epistemologi Islam, bukan sahaja hakikat kebenaran diakui tetapi kemampuan manusia untuk memper

Kek sarang semut kukus

Image
Pagi ni sambil melayari fb, tengok page resepi-resepi. Antara yang memang dah lama tak buat dan yang teringin nak buat ialah puding caramel. Sajalah.. Kalau jadi, bolehlah tambah idea untuk bawa potluck anak-anak nanti.  Tertengok satu resepi ni, puding caramel guna roti. Dalam hati kata "Macam best ni. Tak pernah buat lagi."  Terus cakap kat suami "teringin nk buat puding caramel lah" Suami balas "buatlah, tapi abang tak makan" Tahu je encik suami tak makan puding ni sebab sebelum ni saya buat resepi yang guna telur sampai 6 biji tapi tak guna esen vanila. Sebab masa tu tak tahu apa asal usul vanila ni. Ingatkan bahan chemical, rupanya ada pokok nama vanila! Haha. Bila dah tahu, saya dah semakin berani nak guna esen vanila dalam resepi-resepi. Yang saya masih rasa was-was ialah ovalette. Tak apa yang tu cerita kemudian. Jadi, berbekalkan azam yang jitu semangat yang waja saya pun ke dapur dan mulalah nak membuat caramel. Tuang je gula dalam periuk tiba-ti

TAWAKKAL SEPERTI BURUNG

Image
Bismillah hir rahman nir rahim Hari ni saya membaca kumpulan hadis daripada Riyadus Salihin berkaitan dengan tawakkal. Hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya kamu akan diberi rezeki seperti mana burung yang keluar dalam keadaan perut kosong dan pulang dalam keadaan perut yang kenyang" HR Tirmidhi. Persoalannya: Apa yang kita tahu tentang burung? Apa hubungan antara tawakkal dengan burung? Persoalan rezeki ini sangat misteri dan menarik kerana berdasarkan hadis ini kita dapat mengambil pengajaran bahawa setiap daripada kita telah ditetapkan rezeki yang khusus dan setiap yang ditakdirkan pasti akan berlaku. Dalam hidup ini, menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha dan berusaha dengan apa jua cara sekali pun selagi ia halal di sisi Allah SWT. Biasa kita mendengar ungkapan "ulat dalam batu pun boleh cari makan" atau "bumi Allah ini luas" kan? Ia adalah gambaran betapa

Ahlan 2023 (New Year, Better Me Insya Allah)

 Bismillah hir Rahman nir Rahim Pejam celik pejam celik Alhamdulillah dengan izin Allah SWT kita temui lagi hari baru pada tahun 2023. Alhamdulillah atas kasih sayang dan Rahmat-Nya, Allah beri kita peluang dan ruang untuk memperbaiki diri menggandakan amalan dan memohon ampun bertaubat kepada-Nya atas segala gerak geri kita bermula dari saat celik mata di awal pagi hinggalah saat mata terpejam di malam hari. Jom, kita tambah baik diri dari masa ke masa dari saat ke saat. Usaha yang terbaik walau apa juga ujian mendatang. Sebesar mana pun ujian yang hadir, Maha Besar lagi Allah SWT yang Maha Pengasih. As for me, ada beberapa niat and target to be accomplish this year: 1. Teruskan perjuangan untuk kesihatan diri melalui pemakanan dan senaman. Sesungguhnya dua perkara ini telah dimulakan sejak pkp hari tu dan akhirnya dapat juga inchloss selepas 3 bulan workout secara konsisten. Alhamdulillah. Tapi, lepas je ofis buka and pkp pun dah tak ada nampaknya i gained my weight back! Oh noo.. Ha

Bila mak stress di awal tahun..

Bila stress mula la craving manis-manis.. Maka terjadilah projek kek coklat hari ni. Tapi tulah.. Masalah sama berulang.. Kek bantat.. Huhu. Peliklah.. Buat kek kukus je pun!  Sebelum ni buat ok, tapi sejak setahun dua ni bila buat mesti bantat kek. Frust tau. Mujur anak-anak jenis tak menolak (asal namanya coklat) haha.  Mungkin kena patuh resepi. Tak sepatutnya serbuk koko diganti serbuk vico. Hahahaha. Satu lagi, mungkin sebab baking powder dan soda bikarbonat tu dah luput tarikh. Haha. Ni pun rasanya big mistake kali ni.  Nanti nak beli yang baru lah dan cuba lagi sekali. Kotlah jadi. Doakan saya! Bolehlah masuk sebagai azam baru (kot!) #pengalaman