Posts

Showing posts from January, 2011

Goldziher: Orientalis

Oleh: Muhammad Syafiq Liow & Muhammad Mateus Loudy Goldziher atau nama penuh beliau Ignaz Goldziher adalah seorang orientalis yang berasal dari Hungaria yang dilahirkan dari keluarga Yahudi pada tahun 1850 M. yang penah menulis tentang Islam dalam bukunya Muhammedanische Studien. Goldziher juga pengarang utama Islamic Encyclopedia, Sejarah Mazhab Tafsir Islam (Inggeris & Arab), Pengenalan aqidah & Syariah Dalam Islam (Introduction to Islamic Theology & Law), Halangan Muhammad & beliau juga pengasas gerakan antihadith. Beliau dianggap pakar dalam bidang hadith oleh rakan-rakan Orientalisnya. Mendakwa Quran diubah selepas Baginda s.a.w wafat. Kajian Goldziher Tentang Hadith Sekurang-kurangnya ada empat perkara mengenai kesalahan Goldziher dalam mengkaji hadith iaitu:- i. Mendefinisi Hadith dan Sunnah. Goldziher hanya cenderung mengemukakan aspek bahasa (etimologi) dari kedua istilah tersebut dan tidak berusaha memahami dari sudut pengertian lain. Di dalam bukunya Muha...