Posts

Showing posts from April, 2011

Bagaimana khabar iman hari ini? Saat ini?

“Awal-awal agama mengenal Allah”.. satu ungkapan yang didengar sejak di bangku sekolah lagi. Namun, akal yang cetek ini tidak mampu menanggapi maksud sebenar di sebalik ayat ini melainkan merasa memadai dengan mata pelajaran akidah yang menjadi sebahagian daripada silibus sekolah pada masa itu. Masa terus berlalu..hari demi hari dengan sangkaan yang sama.. Melainkan di peringkat diploma baru ku merasakan..oh, aku tak faham lagi rupanya konsep qada’ dan qadar ni..Dengan bantuan pensyarahku, aku dapat memahaminya dengan bentuk yang mudah (dan sesuai dengan akalku, aku kira).. Namun, masa terus berlalu..ujian hidup semakin berat dan datang dalam pelbagai bentuk pula. Dari sekecil-kecil ujian yang bersifat akliah (exam) sehinggalah ujian bersifat emosi dan hati (cintan la tuh).. pada ketika ini, aku seringkali diingatkan oleh ibuku (yang tidak pernah duduk di bangku sekolah agama) betapa segala yang baik dan buruk itu hanya milik Allah.. Oh, pada ketika ini aku mulai faham inilah dia prakt...