Posts

Showing posts from June, 2012

Cerita Rabu malam khamis..

Assalamualaikum Malam tadi saya tidur agak lewat kerana 'melayan' cerita hindustan.. Heheh.. Melepas gian pun iya juga. Untuk pengetahuan, saya adalah seorang peminat cerita hindustan ketika di bangku kolej satu masa dahulu. Tetapi atas faktor kesibukan dan 'larangan' encik suami menjadikan kegilaan saya ini sedikit berkurang. Ditambah pula, dengan kelahiran cahaya mata yang comel-comel menjadikan saya cukup berhati-hati ketika memilih rancangan televisyen. Namun, malam tadi sedikit berbeza dengan malam-malam khamis yang lain. Pada mulanya saya bercadang untuk masuk tidur awal kerana ingin 'membetulkan' semula waktu tidur anak-anak di samping sebagai persediaan untuk bangun sahur keesokannya. Tetapi apa yang berlaku ialah ketika saya menukar siaran saya tertarik kepada sebuah cerita hindustan yang bertajuk 3 Idiots . Membaca tajuknya sahaja menjadikan saya kurang berminat untuk meneruskan tontonan. Tetapi saya pernah mendengar adik saya memberitahu bahawa c...