Usrah Perdana Sempena Ramadan
Sudah lama rasanya tidak menjenguk blog ini. Hampir-hampir sahaja bersawang agaknya. Untuk bingkisan kali ini, saya ingin menitipkan sedikit nasihat daripada Usrah Perdana yang disampaikan oleh Dato' Haji Hassan Mahmud al-Hafiz. Tema tazkirah beliau ialah: "Ramadan Bulan Produktif". (Seiring dengan tema Kuis saya kira) :) Apakah bentuk perubahan yang kita harapka daripada bulan ini? Ia adalah perubahan agar lebih DEKAT dengan ALLAH s.w.t. Seperti tema tv al-Hijrah, Bulan Ramadan Bulan Hijrah. Sebutlah dengan istilah yang bagaimana pun, yang pasti ia bulan untuk kita sama-sama menganjak diri kepada yang lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. Bukankah orang yang hari ininya lebih baik dari semalam adalah orang yang beruntung sedangkan orang yang hari ini lebih teruk dari semalam adalah orang celaka? Begitulah adanya.. Bulan puasa sepatutnya menjadi bulan produktiviti. Ia tidak layak digambarkan sebagai bulan yang memenatkan, melesukan dan memperlahankan gerakan. Se...