Usrah Perdana Sempena Ramadan

Sudah lama rasanya tidak menjenguk blog ini. Hampir-hampir sahaja bersawang agaknya. Untuk bingkisan kali ini, saya ingin menitipkan sedikit nasihat daripada Usrah Perdana yang disampaikan oleh Dato' Haji Hassan Mahmud al-Hafiz.

Tema tazkirah beliau ialah: "Ramadan Bulan Produktif". (Seiring dengan tema Kuis saya kira) :)

Apakah bentuk perubahan yang kita harapka daripada bulan ini? Ia adalah perubahan agar lebih DEKAT dengan ALLAH s.w.t. Seperti tema tv al-Hijrah, Bulan Ramadan Bulan Hijrah. Sebutlah dengan istilah yang bagaimana pun, yang pasti ia bulan untuk kita sama-sama menganjak diri kepada yang lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. Bukankah orang yang hari ininya lebih baik dari semalam adalah orang yang beruntung sedangkan orang yang hari ini lebih teruk dari semalam adalah orang celaka? Begitulah adanya..

Bulan puasa sepatutnya menjadi bulan produktiviti. Ia tidak layak digambarkan sebagai bulan yang memenatkan, melesukan dan memperlahankan gerakan. Sebaliknya, ia adalah bulan yang menyebabkan semua orang berpuasa dalam erti kata sebenar. Tidak hanya menahan diri dari makan dan minum, bahkan juga menahan diri daripada perkara maksiat. Dalam apa keadaan sekalipun! Ini telah pun dahulu dibuktikan oleh generasi sahabat yang mampu untuk melonjakkan diri ke persada dunia pada satu masa dahulu hanya dengan beriltizam mentaati perintah ALLAH dan menjauhi larangan-Nya. Yang tinggal pada kita hanya perlu meyakini dengan sepenuh hati bahawa kedua-dua perkara itu sangat berkait erat. Di antara hubungan kita dengan TUHAN (amal soleh) dan hubungan kita dengan makhluk (produktiviti).

Inilah yang dikatakan puasa itu sebagai perisai oleh baginda Rasulullah s.a.w..

Justeru, marilah kita bersama-sama menjadikan ramadan kali ini sebagai medan untuk berubah kepada yang lebih baik agar berjaya meraih reda dan cinta ALLAH s.w.t..


Comments

Popular posts from this blog

Falsafah dan pemikiran Socrates

Peranan Paul dalam Kristian

Ulasan Buku: Seni berfikir yang hilang karya Ust Hasrizal