Posts

Showing posts from May, 2013

Ibu dan anak

Saya mengakui bahawa mendidik anak-anak bukan perkara mudah.. Ia tidak boleh dilakukan sambil lewa atau tidak acuh. Malah kalimah seumpama ini tidak wajar dijadikan pegangan tatkala berhadapan dengan cabaran ini. Selaku seorang yang berkecimpung dalam bidang pendidikan sejak beberapa tahun lalu di samping berpengalaman membantu ibu membesarkan adik-adik saya, sememangnya hakikat ini telah saya sedari sekian lama. Namun, apabila berhadapan dengan anak-anak sendiri yang sedang membesar ia lebih-lebih lagi memerlukan keSABARan dan DOA. Dua kunci ini sentiasa saya pahatkan dalam diri malahan dititipkan sebagai doa setiap kali usai solat dan tilawah al-Quran. Apatah lagi dengan keterbatasan diri yang mempunyai tahap kesabaran yang tidak tinggi serta kemahiran keibubapaan yang masih kurang, karenah anak-anak kadangkala menjadikan saya menitiskan air mata. Sedangkan anak saya masih lagi begitu kecil, sekitar 3 dan 4 tahun. Saya membayangkan bagaimana ibu dan ibu mertua saya yang begitu bany...