Ibu dan anak

Saya mengakui bahawa mendidik anak-anak bukan perkara mudah.. Ia tidak boleh dilakukan sambil lewa atau tidak acuh. Malah kalimah seumpama ini tidak wajar dijadikan pegangan tatkala berhadapan dengan cabaran ini. Selaku seorang yang berkecimpung dalam bidang pendidikan sejak beberapa tahun lalu di samping berpengalaman membantu ibu membesarkan adik-adik saya, sememangnya hakikat ini telah saya sedari sekian lama. Namun, apabila berhadapan dengan anak-anak sendiri yang sedang membesar ia lebih-lebih lagi memerlukan keSABARan dan DOA. Dua kunci ini sentiasa saya pahatkan dalam diri malahan dititipkan sebagai doa setiap kali usai solat dan tilawah al-Quran.

Apatah lagi dengan keterbatasan diri yang mempunyai tahap kesabaran yang tidak tinggi serta kemahiran keibubapaan yang masih kurang, karenah anak-anak kadangkala menjadikan saya menitiskan air mata. Sedangkan anak saya masih lagi begitu kecil, sekitar 3 dan 4 tahun. Saya membayangkan bagaimana ibu dan ibu mertua saya yang begitu banyak 'makan hati' atau memendam rasa dengan karenah anak-anak yang bilangannya ramai dari tahun ke tahun. Ibu saya sendiri membesarkan 8 orang anak (sekarang 9 termasuk menantu~ suami saya), manakala ibu mertua membesarkan 12 orang anak (sekarang 23 termasuk menantu).. Subhanallah, begitu sabarnya insan bergelar ibu ini..

Dalam kamus hidup seorang ibu, tidak terdapat istilah 'kecil hati', 'ambil hati', 'dendam kesumat'..sebaliknya yang ada hanya satu kalimah iaitu meMAAFkan anak2. Sentiasa.. Biar apa yang dilakukan anak, ibu tetap meMAAFkan..jarang sekali ada ibu yang merajuk dengan anak..jika ada, hanya seketika cuma dan tidak setimpal pun dengan apa yang dilakukan anak kepada si ibu. Segala kehendak dan keinginan cuba dipenuhi meskipun tidak sempurna seperti yang dibayangkan anak. Sehinggakan kadang kala rasa terkilan dan menyalahkan diri sendiri jika keinginan anak tidak dapat ditunaikan sebaiknya. Itulah ibu..

Semoga saya menjadi ibu yang mentaati Allah dan sabar dalam membentuk anak-anak sebagai khalifah Nya di bumi ini. Semoga anak-anak saya adalah anak-anak yang mentaati Allah sehingga bila-bila. Amin ya rabb..

Comments

Popular posts from this blog

Falsafah dan pemikiran Socrates

Peranan Paul dalam Kristian

Ulasan Buku: Seni berfikir yang hilang karya Ust Hasrizal