Posts

Showing posts from July, 2015

Wahai sayang, bersederhanalah!

Sebagai ibu bapa siber, terdapat jurang perbezaan antara kita dengan ibu bapa kita. Orang dulu mendidik anak lebih berpandukan pengalaman mereka dididik. Adapun dunia hari ini mengizinkan kita untuk memperoleh pelbagai tips hanya di hujung jari. Di samping itu, terdapat lambakan buku rujukan di pasaran yang semakin giat membincangkan isu pendidikan gaya Rasulullah SAW. Jika dulu, kajian barat dilihat sebagai panduan 'baharu' yang bersifat lebih psikologi maka hari ini terdapat usaha mengetengahkan gaya mendidik baginda SAW yang tentunya merupakan rujukan awal kajian barat. Bezanya, barat menyisihkan unsur tauhidik dalam teori pendidikan mereka. Kerana itu, kaedah mereka didapati berlebih-lebihan sehingga mengundang parah dalam kalangan anak-anak. Contohnya, kebebasan yang diberikan menjadikan anak lupa diri. Larangan berkata tidak kepada anak juga 'mendidik' mereka supaya bersikap tiada adab dalam segenap hal. Maka, dalam soal pendidikan anak aspek kesederhanaan adalah ...