Posts

Showing posts from September, 2019

Review filem.. Super 30

Bismillahir rahman nir rahim Untuk bulan ni sahaja, ada 3 movie dari India yang saya tonton. Setelah sekian lama tak menonton movie dari sana. Akhir-akhir perjalanan Phd sebenarnya saya banyak menonton filem dan drama korea. Haha Ok, so kali ni movie yang nak saya review bertajuk Super 30, lakonan Hrithrik Roshan.. Lama wey tak tengok dia berlakon. Yang jadi tengok cerita ni sebab review orang kat fb. Haha. Tak kuat iman, sis. Tengok jugalah. Berdasarkan kisah benar, di mana seorang yang genius memilih untuk meninggalkan dunia glamor kepada mendidik anak-anak miskin secara PERCUMA. Di kala pendidikan merupakan perniagaan, tokoh ini, Anand Kumar memilih untuk menongkah arus. Dikhabarkan, sehingga ke saat ini beliau dan adiknya diserang oleh golongan yang ingin mengaut keuntungan atas nama pendidikan. Walaupun, semua anak didiknya terbukti tampil dengan pelbagai kepakaran dan kemahiran setelah berjaya memasuki IIT. Satu institut teknologi yang menempatkan pelajar terpilih dan bia...

Sekeping ijazah sebeban amanah

Image
Bismillahir rahman nir rahim Alhamdulillah Thummal hamdulillah Thummalhamdulillah.. Akhirnya tanggal 4 September 2019 saya telah menghantar tesis PhD di Institut Hadhari UKM. Genap empat tahun (2015-2019) perjalanan PhD saya dengan sokongan dan motivasi dari suami tercinta. Satu perjalanan yang dilalui dengan tenang dan tidak sebegitu stress seperti yang saya bayangkan sebelum ini. Walaupun saya tidak menafikan, ada jatuh bangun,ada suka duka, tetapi Alhamdulillah saya dikurniakan teman-teman yang sudi berkongsi ilmu menunjuk jalan. Tidak pernah saya lupa bagaimana saya memulakan perjalanan ini. Thanx to ny beloved husband and supervisor,Dr Syaidatun. Perkara yang saya sendiri tidak pernah impikan sebelum ini, untuk selesaikan PhD. Namun, coretan hidup ini sepenuhnya milik Allah SWT. Berbekalkan doa ayahbonda, Hj Ismail dan Hjh Mahani serta restu suami, Mohd Noorikhwan, sampai juga saya di akhir perjalanan ini. Untuk pengajian formal, iya ini dianggap sebagai penamat. Tet...