Review filem.. Super 30
Bismillahir rahman nir rahim
Untuk bulan ni sahaja, ada 3 movie dari India yang saya tonton. Setelah sekian lama tak menonton movie dari sana. Akhir-akhir perjalanan Phd sebenarnya saya banyak menonton filem dan drama korea. Haha
Ok, so kali ni movie yang nak saya review bertajuk Super 30, lakonan Hrithrik Roshan.. Lama wey tak tengok dia berlakon. Yang jadi tengok cerita ni sebab review orang kat fb. Haha. Tak kuat iman, sis. Tengok jugalah.
Berdasarkan kisah benar, di mana seorang yang genius memilih untuk meninggalkan dunia glamor kepada mendidik anak-anak miskin secara PERCUMA. Di kala pendidikan merupakan perniagaan, tokoh ini, Anand Kumar memilih untuk menongkah arus. Dikhabarkan, sehingga ke saat ini beliau dan adiknya diserang oleh golongan yang ingin mengaut keuntungan atas nama pendidikan.
Walaupun, semua anak didiknya terbukti tampil dengan pelbagai kepakaran dan kemahiran setelah berjaya memasuki IIT. Satu institut teknologi yang menempatkan pelajar terpilih dan biasanya dari kalangan orang berada dan berkemampuan.
Kisah ini tak jauh beza dengan satu drama Korea yang saya tengok dulu (lupa tajuk). Situasi yang sama iaitu diskriminasi dalam pendidikan.
Anak golongan elit mempunyai peluang yang besar untuk masuk ke universiti ternama dan menjadi golongan atasan. Manakala golongan yang tidak berkemampuan akan terus bekerja di peringkat bawahan kerana kemiskinan mereka, bukan kerana kelemahan akademik.
Saya nampak inilah yang berlaku apabila pendidikan tidak lagi dipandang sebagai satu bentuk kebajikan kepada masyarakat. Tetapi sebagai wadah untuk mengaut keuntungan dan memenuhi kantung-kantung golongan tertentu. Secara tidak langsung, kasta masyarakat akan terus wujud dan berlegar dari satu generasi ke generasi.
Memandangkan ekonomi di Malaysia hari ini pun tidak menentu, saya melihat perlunya ibubapa membuka ruang kepada anak-anak untuk menguasai kemahiran dan mengasah kreativiti diri. Ini bagi memberi pilihan kepada mereka agar tidak semata-mata mengikut arus semata-mata. Perlunya nilai tambah dan daya survival dipertingkatkan. Anak-anak kita tidak boleh lagi dimanja dengan andaian nasib mereka terus dibela kerajaan. Mereka perlu disedarkan tentang hakikat dan sepak terajang dunia sebenar.
#reviewfilem
#super30

Comments
Post a Comment