Posts

Showing posts from February, 2020

Pengalaman saya sebagai pelajar PhD

Bismillah hir rahman nir rahim Assalamualaikum wrt wbkt Beberapa hari ini saya ditanya oleh kawan-kawan berkaitan tips dan pengalaman saya menyiapkan pengajian PhD dalam masa empat tahun. Mereka semua tahu latar belakang saya sebagai seorang pelajar separuh masa, bekerja dan tidak cuti serta mempunyai suami dan anak. Pertamanya, bila menyebut PhD orang akan membayangkan ia adalah satu perjalanan yang sukar dan hanya insan terpilih dapat melepasinya. Ini adalah stigma yang saya elak daripada berpegang dengannya. Sesuai dengan awal perjalanan PhD saya yang berlaku secara tidak saya sangka, awal-awal lagi saya telah meniatkan untuk melakukannya secara santai dan tidak perlu kepada stress. Ia ada banyak faktor, tapi yang utamanya ialah keluarga iaitu suami dan anak-anak. Saya tidak mahu mereka terkena tempias pengajian saya tetapi saya cuma inginkan mereka sebagai penenang hati dan penyejuk jiwa saya sepanjang pengajian. Itu sahaja. Yang pening-pening, yang konfius-konfius, biarkan sa...