Pengalaman saya sebagai pelajar PhD
Bismillah hir rahman nir rahim
Assalamualaikum wrt wbkt
Beberapa hari ini saya ditanya oleh kawan-kawan berkaitan tips dan pengalaman saya menyiapkan pengajian PhD dalam masa empat tahun. Mereka semua tahu latar belakang saya sebagai seorang pelajar separuh masa, bekerja dan tidak cuti serta mempunyai suami dan anak.
Pertamanya, bila menyebut PhD orang akan membayangkan ia adalah satu perjalanan yang sukar dan hanya insan terpilih dapat melepasinya. Ini adalah stigma yang saya elak daripada berpegang dengannya. Sesuai dengan awal perjalanan PhD saya yang berlaku secara tidak saya sangka, awal-awal lagi saya telah meniatkan untuk melakukannya secara santai dan tidak perlu kepada stress. Ia ada banyak faktor, tapi yang utamanya ialah keluarga iaitu suami dan anak-anak. Saya tidak mahu mereka terkena tempias pengajian saya tetapi saya cuma inginkan mereka sebagai penenang hati dan penyejuk jiwa saya sepanjang pengajian. Itu sahaja. Yang pening-pening, yang konfius-konfius, biarkan sahaja habis di pejabat. Itu azam saya.
Ok, kembali kepada soalan kawan-kawan saya, di sini saya senaraikan sebahagian yang sempat saya fikirkan:
1. Dapatkan redha suami terlebih dahulu.
Sebagai isteri, saya perlu minta izin kepada suami untuk menyambung pengajian. Saya tekankan aspek ini kerana saya pernah cuba memulakan PhD selepas saya selesai MA, tetapi saya buntu dan tidak menemui jalan. Akhirnya, saya mengetahui ia berkait dengan suami saya yang tidak sedia dan redha untuk saya sambung belajar. Namun, Allah Maha Mengetahui, saya mendapat lamaran sambung pengajian dua tahun selepas itu dan uniknya, tiba-tiba suami saya yang mendorong saya untuk menerimanya. Beberapa hari juga saya fikirkan keputusan suami saya. Haha.. Anyway, redha suami ni yang penting untuk confirmkan persetujuan dan kesepakatan antara kita berdua. Alhamdulillah, terlalu banyak hikmah yang tak terungkap dan terlalu banyak perkara dimudahkan Allah SWT dalam perjalanan ini.
2. Family First.
Seperti yang saya beritahu di atas, keluarga sebenarnya tidak sepatutnya rasa beban dengan pengajian kita. Pengajian adalah bersifat peribadi, sama macam masalah yang dihadapi. Yang memberi masalah ialah Allah, dan pada-Nya juga penyelesaian. Tidak perlu masalah yang dihadapi dilampiaskan kepada orang lain yang tiada kaitan pun! Hehe. So, enjoy your time dengan suami, anak-anak, ibu ayah, keluarga mertua dan lain-lain. Kenduri tetap onz.. haha. Memang dirahsiakan sebenarnya perjalanan PhD saya ni dari pengetahuan keluarga. Mereka hanya tahu sebelum hari viva dan konvo sahaja. Saya rasa lega kerana dapat menyimpan rahsia selama 4 tahun. Bukan mudah tau!
3. Sediakan timeline
Ini sangat penting bagi menentukan matlamat kita. As for me, saya target 4 tahun selesai. Ini juga yang saya tulis di desktop laptop. Saya nak habis study 2015-2019. That's it! Bagaimana atau boleh ke? Itu semua urusan Allah SWT. I should try my best, after all. And Alhamdulillah, i reached my target. So, sebagai mak2 ni.. ada tiga timeline yang MESTI ada. (1) timeline kerja (2) timeline study (3) timeline family. Semua benda ni saya include dalam schedule saya. Supaya senang saya nampak dan susun masa. Saya susun masa monthly secara kasarnya dan kalau banyak kerja baru saya buat daily untuk tahu awlawiyyat. Stress boleh dikawal di samping kita tidak menimbulkan masalah di tempat kerja atau keluarga hanya kepada PhD nan sekeping itu.
4. Take it easy.
PhD merupakan satu perjalanan ilmu. Saya selalu ingatkan diri saya bahawa ilmu ini cahaya. Jika terasa susah, ia berpunca dari diri kita sendiri yang ditutupi dengan maksiat. Hati juga tidak bersedia untuk menerimanya. Kembali kepada niat menuntut ilmu, jika ia lillahi taala. Maka kesusahan itu ibadah, ia juga jihad fi sabilillah. Yang penting jangan mengalah dan teruskan langkah. InsyaAllah Allah sentiasa ada bersama.
5. Uruskan stress
Tidak dinafikan ada masa kita stress, terutama bila kita tak jumpa apa yang kita nak. It's okay. Take a break. A short break. Haha. Tak mesti pergi bercuti atau berjalan. Boleh saja buat apa yang kita suka. Contoh, makan.. layan kdrama (ops!).. layan movie.. kalau rajin, masak resepi baru ke..joging pun boleh. senaman adalah salah satu cara kurangkan tekanan sebenarnya. Bila berlari, stress tak hilang, tetapi ia boleh diletakkan di tepi untuk seketika waktu.
OK,itu sahaja rasanya yang sempat dikongsikan. Semoga Allah merahmati dan memberkati usaha kita semua serta mengiranya sebagai amal jariah yang berpanjangan. Amin!
#PhDjourney

Puan, boleh sy thu.puan belajar di mana? Dan tggal di mana? Mcm mne boleh dpt hadir kelas..sebab kebyakan kursus phd dinyatakan lecturer berlangsing hri bekerja.
ReplyDeleteSaya sambung pengajian di UKM dan tinggal di Bangi. Untuk hadir ke kelas di UKM, saya perlu pinda kelas di tempat saya mengajar. Masa saya sambung study dulu kelas di UKM berjalan pada hari Jumaat dan hujung minggu.
Delete