Ulasan Buku: Seni berfikir yang hilang karya Ust Hasrizal
Bismillah hir rahman nir rahim Ini merupakan ulasan buku yang kedua menjelang tahun 2020. Tahun ini saya berazam untuk melebihkan pembacaan bahan yang bermutu dan meninggalkan secara beransur-ansur 'kebergantungan' kepada media sosial. Tambahan pula, dalam bulan lepas saya telah 'deactivate' akaun 'twitter' saya. Hasrat di hati nak juga buat perkara yang sama pada fb tapi memikirkan itu antara ruang untuk saya membeli-belah, saya tangguhkan dulu hasrat tersebut. Jadi, hantaran pada hari ini ialah berkisar ulasan buku yang bertajuk Seni Berfikir Yang Hilang. Pada awalnya saya tertarik untuk membeli buku ini kerana saya sedang dalam usaha mencari karya-karya yang terkini berkaitan mantik atau seni berfikir. Maka, melihat kepada tajuk, saya tidak teragak-agak dan terus menempahnya secara atas talian. Saya mengambil masa dalam dua minggu untuk menghabiskan bacaan kerana diselang-selikan dengan tugasan yang lain walaupun buku ini penulisannya santai dan tidak me...