Ulasan Buku: Seni berfikir yang hilang karya Ust Hasrizal
Bismillah hir rahman nir rahim
Ini merupakan ulasan buku yang kedua menjelang tahun 2020. Tahun ini saya berazam untuk melebihkan pembacaan bahan yang bermutu dan meninggalkan secara beransur-ansur 'kebergantungan' kepada media sosial. Tambahan pula, dalam bulan lepas saya telah 'deactivate' akaun 'twitter' saya. Hasrat di hati nak juga buat perkara yang sama pada fb tapi memikirkan itu antara ruang untuk saya membeli-belah, saya tangguhkan dulu hasrat tersebut.
Jadi, hantaran pada hari ini ialah berkisar ulasan buku yang bertajuk Seni Berfikir Yang Hilang. Pada awalnya saya tertarik untuk membeli buku ini kerana saya sedang dalam usaha mencari karya-karya yang terkini berkaitan mantik atau seni berfikir. Maka, melihat kepada tajuk, saya tidak teragak-agak dan terus menempahnya secara atas talian. Saya mengambil masa dalam dua minggu untuk menghabiskan bacaan kerana diselang-selikan dengan tugasan yang lain walaupun buku ini penulisannya santai dan tidak melibatkan jumah halaman yang banyak.
Berbalik kepada buku ini, secara kesimpulannya ia adalah penterjemahan atau pencairan idea Syaikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam karyanya Thaqafah al-Da'iyyah. Ini dinyatakan secara jelas oleh pengarang. Walaupun buku asal telah saya baca ketika di al-Azhar namun, pendekatan yang dibawa kali ini lebih menjurus kepada Malaysia secara khusus. Tidak dinafikan juga pengarang didapati terkesan dengan pengalaman peribadinya dalam mengupas penulisan Dr. Yusuf. Sebagai contoh, penjelasan tentang metode Sekolah Khalifah yang diselitkan di bawah tajuk Ilmu Psikologi, pertemuannya dengan Almarhum Ahmad Ammar di Turki dan seumpamanya.
Hasrizal telah memulakan penulisannya dengan mengemukakan pandangannya tentang buku asal. Pada beliau, perbincangannya dilihat kurang seimbang kerana tertumpu kepada Ilmu Agama berbanding lima bidang ilmu lagi iaitu ilmu sejarah, ilmu sastera dan budaya, ilmu kemanusiaan, ilmu sains dan ilmu hal ehwal semasa. Tetapi pada pandangan saya, karya Hasrizal ini juga cenderung kepada ilmu sejarah. Ia diyakini berkait langsung dengan kecenderungan dan pengajiannya dalam bidang tersebut. Panjang lebar dihuraikan kepentingan ilmu sejarah dalam memahami segala yang berlaku dan menangkis serangan pemikiran hari ini.
Selain itu, beberapa perkara yang saya ingin utarakan berkaitan 'berfikir' ialah:
1. Kepentingan pengajian falsafah dan ilmu agama untuk digandingkan. Ini kerana menurut Hasrizal, kepincangan berlaku apabila umat Islam hanya mengambil salah satu daripadanya. Hatta, dalam pengajian sejarah dan psikologi juga umat Islam perlu mempersiapkan diri dengan pandangan sarwajagat Islam yang jelas. Ia sebagai benteng dalam berhadapan dengan pelbagai teori barat yang dasarnya sekular.
2. Penekanan kepada aktiviti berfikir bagi seorang pendakwah. Para pendakwah perlu turun padang, kenal pasti masalah, dan cadangkan atau aplikasikan pelbagai metode penyelesaian termasuk kaedah mendekati mad'u. Pendakwah perlu bersikap terbuka dan melayani soalan-soalan daripada masyarakat awam, sekali pun terpaksa mencabar pengetahuan sedia ada. Ini kerana masyarakat perlu kepada jawapan dan tidak lagi mahu hidup dibelenggu persoalan yang tidak berakhir. Malah, ada persoalan yang membingungkan dan mengundang kepada penyangkalan takdir atau murtad!
3. Kepentingan ilmu kemanusiaan dan psikologi bagi umat Islam. Dua ilmu ini merupakan senjata ampuh dalam berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai latar belakang. Konsep kemanusiaan dan kejiwaan perlu difahami dengan jelas berdasarkan kerangka Islam. Tidak boleh terikat dengan pandangan Barat semata-mata. Tujuannya jelas, iaitu untuk menyebarkan Islam sama ada dengan lisan mahupun dengan tindakan.
4. Penggunaan bahasa yang betul mencerminkan keperibadian kita. Bahasa yang disampaikan dengan berakhlak, sama ada secara lisan atau tulisan, lebih mudah diterima berbanding bahasa yang kasar dan tidak sopan. Selain itu, penyampaian juga menggambarkan sifat sebenar pemikiran kita. Apa yang diluahkan, semuanya datang daripada dalam diri sendiri dan bukan terjadi secara tiba-tiba.
Maka, sebagai kesimpulan maksud seni berfikir yang menjadi tajuk buku ini ialah ilmu yang perlu ada pada umat Islam supaya pemikiran mereka terpandu dan tidak melulu dalam membuat keputusan. Asas kepada semua ilmu yang dinyatakan ialah kembali kepada peranan kita sebagai manusia dan khalifah di bumi. Dengan landasan tersebut, dilengkapi dengan ilmu dan akhlak, maka seni berfikir yang sebenar dalam dikembalikan dalam diri umat Islam.
Sekian, wallahu a'lam.
#SBYH

Terbaik
ReplyDelete