MARAH ATAU MEMAAFKAN?
Mama, tadi kat sekolah kawan cabar nak tumbuk saya. Puncanya dia marah bila saya minta dia tukar kedudukan atas arahan cikgu. Walaupun saya ajak dia untuk selesaikan dengan cara baik, dia tetap mahu bertumbuk” . Wajahnya muram. Hatinya masih bersisa rasa geram kepada kawan yang seorang itu. “Jadinya?” “Kemudian, saya ke PSS membaca buku sampai tertidur di sana.” Alhamdulillah (dalam hati). Risau jika anak ini menyahut 'cabaran' si kawan itu. Maklumlah, lumrah anak teruna pantang dicabar. “Jadi kamu rasa marah sebab dia tidak memberi kerjasama malah cabar bertumbuk pula. Sedangkan perkara itu boleh diselesaikan dengan cara baik?” “Itulah. Sampai sekarang pun hilang mood sebab masih rasa geram kepada dia.” “Alhamdulillah, yang penting kamu dah pun sampaikan pesan cikgu kepada dia. Itu adalah tugas dan tanggungjawab kamu. Kemudian, bila dia tak nak beri kerjasama dan cabar pula untuk bertumbuk kamu tak melayannya tetapi menjauhkan...