MARAH ATAU MEMAAFKAN?
Mama, tadi kat sekolah kawan cabar nak tumbuk saya. Puncanya dia marah bila saya minta dia tukar kedudukan atas arahan cikgu. Walaupun saya ajak dia untuk selesaikan dengan cara baik, dia tetap mahu bertumbuk”
.Wajahnya muram. Hatinya masih bersisa rasa geram kepada kawan yang seorang itu.
“Jadinya?”
“Kemudian, saya ke PSS membaca buku sampai tertidur di sana.”
Alhamdulillah
(dalam hati). Risau jika anak ini menyahut 'cabaran' si kawan itu. Maklumlah,
lumrah anak teruna pantang dicabar.
“Jadi
kamu rasa marah sebab dia tidak memberi kerjasama malah cabar bertumbuk pula. Sedangkan
perkara itu boleh diselesaikan dengan cara baik?”
“Itulah. Sampai sekarang pun hilang mood sebab masih rasa geram kepada dia.”
“Alhamdulillah, yang penting kamu dah pun sampaikan pesan cikgu kepada dia. Itu adalah tugas dan tanggungjawab kamu. Kemudian, bila dia tak nak beri kerjasama dan cabar pula untuk bertumbuk kamu tak melayannya tetapi menjauhkan diri dengan membaca buku di PSS. Itu satu cara yang baik untuk menahan diri daripada melakukan perkara sia-sia iaitu bergaduh dan mencederakan kawan. Jadi, apa seterusnya?”
“Entahlah” jawabnya, lemah.
“Apa kata kalau maafkan dia?”
“Dia yang salah! Kenapa pula saya perlu minta maaf?” (bulat matanya memandang saya)
“Minta maaf tak perlu siapa salah siapa betul. Minta maaf ialah lambang kerendahan hati dan kemurahan jiwa. Tak pernah rugi siapa yang terlebih dahulu minta maaf. Bila kita minta maaf, hati kita pun tenang. Kalau tidak, kita asyik fikir macam mana nak balas dendam kepada dia. Kita juga akan sentiasa mencari kesalahan dia. Pandang dia pun kita rasa benci dan menyampah. Ini memang kerja syaitan. Tapi bila kita dah maafkan, kita akan rasa tak ada sesiapa ‘berhutang’ dengan kita. Jadi, kita boleh fokus kepada apa yang lebih besar dan lebih penting dalam hidup kita.
……………………………………………………………………
Marah merupakan satu penyakit hati yang bahaya kepada manusia sekiranya tidak dikendalikan dengan baik. Dalam satu hadis:
Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW, "Berilah aku wasiat?" Beliau bersabda,"Janganlah kamu marah." Lelaki itu mengulangi kata-katanya, beliau tetap bersabda,"Janganlah kamu marah." [HR Bukhari 5651].
(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang MENAHAN AMARAHNYA DAN MEMAAFKAN (KESALAHAN) ORANG. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan..
Marah
juga boleh diatasi dengan cara lain seperti yang diajarkan Rasulullah SAW
iaitu:
- Membaca ta’awwuz dan istighfar
-
Diam
-
Wuduk
-
Bertukar
posisi (berdiri – duduk- baring)
-
Menjauhkan
diri daripada tempat tersebut
-
Menunaikan
solat sunat
“Marah
itu umpama anjing liar yang ditambat. Jika ia dilepas bebas, maka ia akan
menggigitmu. Maka, ikatlah ia kalian dengan ketakwaan kepada Allah SWT”
#cintailmu
#tarbiahhati
Comments
Post a Comment