TAWAKKAL SEPERTI BURUNG
Bismillah hir rahman nir rahim Hari ni saya membaca kumpulan hadis daripada Riyadus Salihin berkaitan dengan tawakkal. Hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya kamu akan diberi rezeki seperti mana burung yang keluar dalam keadaan perut kosong dan pulang dalam keadaan perut yang kenyang" HR Tirmidhi. Persoalannya: Apa yang kita tahu tentang burung? Apa hubungan antara tawakkal dengan burung? Persoalan rezeki ini sangat misteri dan menarik kerana berdasarkan hadis ini kita dapat mengambil pengajaran bahawa setiap daripada kita telah ditetapkan rezeki yang khusus dan setiap yang ditakdirkan pasti akan berlaku. Dalam hidup ini, menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha dan berusaha dengan apa jua cara sekali pun selagi ia halal di sisi Allah SWT. Biasa kita mendengar ungkapan "ulat dalam batu pun boleh cari makan" atau "bumi Allah ini luas" kan? Ia adalah gambaran betapa...