Ahlan 2023 (New Year, Better Me Insya Allah)

 Bismillah hir Rahman nir Rahim

Pejam celik pejam celik Alhamdulillah dengan izin Allah SWT kita temui lagi hari baru pada tahun 2023. Alhamdulillah atas kasih sayang dan Rahmat-Nya, Allah beri kita peluang dan ruang untuk memperbaiki diri menggandakan amalan dan memohon ampun bertaubat kepada-Nya atas segala gerak geri kita bermula dari saat celik mata di awal pagi hinggalah saat mata terpejam di malam hari.

Jom, kita tambah baik diri dari masa ke masa dari saat ke saat. Usaha yang terbaik walau apa juga ujian mendatang. Sebesar mana pun ujian yang hadir, Maha Besar lagi Allah SWT yang Maha Pengasih.

As for me, ada beberapa niat and target to be accomplish this year:

1. Teruskan perjuangan untuk kesihatan diri melalui pemakanan dan senaman.

Sesungguhnya dua perkara ini telah dimulakan sejak pkp hari tu dan akhirnya dapat juga inchloss selepas 3 bulan workout secara konsisten. Alhamdulillah. Tapi, lepas je ofis buka and pkp pun dah tak ada nampaknya i gained my weight back! Oh noo.. Haha. Insya Allah kita akan cuba untuk teruskan lagi target untuk capai ideal BMI tahun ni.

2. Belajar dan cuba resipi baru.

Ini adalah satu perkara yang agak baru sebab biasanya saya tak letak pun dalam niat atau azam. Main belasah je masak benda sama. Maklumlah, rutin. Tapi sejak sedar diri usia tak makin muda rasanya perlu juga ada belajar ilmu baru supaya otak ni berkembanglah sikit. Sebelum ni pernah belajar menjahit, masa tu memang rasa enjoy sebab keluar dari rutin kerja-rumah-kerja-rumah. Tapi bila tengok kemampuan diri rasa menjahit ni terpaksalah kita letgo dulu sebab dia memang perlu effort gais! Jadi, sebab tulah saya cadang nak beralih kepada resipi. Dengan tagline, udoh-udohle asik mengesave resipi tapi tak try pun! Haha.

3. Cuba simpan not RM 20.

Idea ni timbul lepas tengok sorang kawan tu up status tunjuk hasil pengumpulan dia selama setahun. Alamak, bestnya! Tapi serius kena mujahadah. Dah cuba juga buat beberapa hari ni tapi saat kita tak ada duit, saat tulah berlambak masuk not RM20 yang warna oren! Hahah.. Hmm, terpaksa jugala korbankan dalam banyak keadaan. Pernah sekali tu keluarkan duit dari ATM sebab sayang nak guna not oren dalam dompet. Sekali, kita tekan RM 100 yang keluarnya 5 keping RM 20! Tak ke terbuntang biji mato den. Haha. Tak apalah. Niat baik sentiasa diuji kann

4. Baca buku setiap pagi dan buat ulasan atau ringkasan

Cadangan ni dibuat sebab terinsipirasi daripada Encik Suami sendiri yang sangatlah rajin membaca buku. Kadang berbuku-buku dia baca sekali gus. Jelaous tau! Kita ni asyik layan kdrama kmovie je selain daripada sibuk dengan rutin kerja-rumah-kerja-rumah. Naklah juga update otak dan akal pemikiran kan. Usia bukan makin muda, sampai bila nak lagho ha gitu. Jadi, langkah pertama saya buat ialah baca Riyadus Salihin setiap hari satu tajuk dan kupas/buat nota dalam buku sebelum ditulis dalam blog. Tujuannya sambil saya dapat ilmu, saya dapat juga berkongsi apa pandangan atau kefahaman tentang ilmu baru. Nak buat video tiktok atau youtube ambil masa pula. Jadi, tulis jelah. Lagi pun, menulis ni lebih kena dengan jiwa saya sebenarnya berbanding jadi tiktoker atau utuber. Niat asal nak tulis buku, tapi on the way nak ke situ saya ingat nak mula dengan tulis ringkasan dulu di blog. 

5. Tulis blog

Maka, rentetan daripada niat di atas terhasillah yang kelima ini iaitu menulis blog. Mungkin bukan setiap hari, tetapi saya akan kongsikan dapatan daripada pembacaan saya di sini dengan bahasa mudah (bukan bahasa ilmiah mana) sebab kalau standard akademik itu saya dah biasa buat. Nak bersastera tak pandai pula, jadi saya akan tulis dalam bentuk refleksi (yang ni pun belajar daripada Encik Suami masa Encik Suami sambung DPLI USIM. hehe. kita menumpang ilmu orang je).

Jadi, setakat ini dulu untuk pagi ini. Insya Allah selepas ini saya akan sambung dengan istifadah yang saya perolehi daripada pembacaan saya setiap hari.

#misijariah

Comments

Popular posts from this blog

Falsafah dan pemikiran Socrates

Peranan Paul dalam Kristian

Ulasan Buku: Seni berfikir yang hilang karya Ust Hasrizal