Secangkir teh bersama secebis harapan
Hari ni hari keenam saya cuba untuk kekal bersenam di pagi hari. Sasaran kali ini ialah selama 3 bulan bermula dari Mei hingga Ogos. Lama sudah saya tinggalkan aktiviti ini atas kekangan waktu dan tugasan. Rezekinya kali ni pelajar bercuti agak lama, 3 bulan. Maka saya cuba untuk kembali ke trek yang saya abaikan sebelum ini. Bukan sahaja brisk walking, tetapi termasuk juga penerbitan artikel jurnal dan penerokaan bidang-bidang penyelidikan. Juga mencari kepakaran diri. Saya rasa sudah tiba masanya saya lebih serius dalam membina kepakaran dan pengiktirafan berkaitan bidang yang diminati. Saya tahu ramai yang melihat saya sebagai pakar bidang psikologi tetapi dengan keterhadan sumbangan saya kepada masyarakat dan akademik menjadikan saya malu serta tidak yakin untuk mengakuinya. Benarlah bahawa perjalanan selepas PhD lebih panjang dan luas umpama lautan yang tidak bertepian. Saya perlu segera mencari arah dalam tempoh 10 tahun ini (2020-2030). Sasaran ini saya sendiri letakk...