Secangkir teh bersama secebis harapan
Sasaran kali ini ialah selama 3 bulan bermula dari Mei hingga Ogos.
Lama sudah saya tinggalkan aktiviti ini atas kekangan waktu dan tugasan. Rezekinya kali ni pelajar bercuti agak lama, 3 bulan. Maka saya cuba untuk kembali ke trek yang saya abaikan sebelum ini.
Bukan sahaja brisk walking, tetapi termasuk juga penerbitan artikel jurnal dan penerokaan bidang-bidang penyelidikan. Juga mencari kepakaran diri.
Saya rasa sudah tiba masanya saya lebih serius dalam membina kepakaran dan pengiktirafan berkaitan bidang yang diminati.
Saya tahu ramai yang melihat saya sebagai pakar bidang psikologi tetapi dengan keterhadan sumbangan saya kepada masyarakat dan akademik menjadikan saya malu serta tidak yakin untuk mengakuinya.
Benarlah bahawa perjalanan selepas PhD lebih panjang dan luas umpama lautan yang tidak bertepian. Saya perlu segera mencari arah dalam tempoh 10 tahun ini (2020-2030). Sasaran ini saya sendiri letakkannya sebagai satu motivasi kepada diri sendiri agar tidak hanyut dengan perkara bukan hakiki.
Saya juga berharap agar momentum ini dapat dikekalkan supaya saya dapat menyumbang kepada ummah melalui dunia akademia ini. Sungguh, perjalanan mencari ilmu ini begitu panjang. Ia tidak sepatutnya terhenti melainkan apabila tidak bernafas lagi. Hatta di akhir nyawa sekalipun, kita masih memerlukan orang lain untuk mengajarkan kita mengucap La ilaha illallah.
Semoga pergi kita dari dunia dalam sebaik-baik keadaan.
Bismillahi tawakkaltu..
#myjourney
Comments
Post a Comment