Posts

Showing posts from October, 2009

ISLAM, IMAN, IHSAN

Ø ISLAM Perkataan ‘Islam’ berasal dari bahasa Arab yang menurut etimologi ia membawa beberapa pengertian iaitu: i) Keselamatan ii) Perdamaian iii) Penyerahan diri kepada Tuhan. Ketiga pengertian itu tercakup dalam kata ‘Islam’ sebab agama Islam membawa keselamatan dan perdamaian kepada seluruh umat manusia di dunia ini dan mengajar umat manusia untuk menyerahkan diri kepada Allah dalam setiap perbuatan. Manakala Islam menurut istilah adalah seperti sabda Rasulullah s.a.w: الإسْلامُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتُقِيمَ الصَّلاةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ وَتَصُومَ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنْ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيلا Maksudnya: “Islam itu ialah kamu bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, kamu mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan, dan kamu mengerjakan haji sekiranya berkemampuan.” Berdasarkan hadis inilah Islam diletakkan di atas lim...
SIAPA TUHAN KITA ? Jawapan Pertama : Dari mana asalnya kita? Sebelum bertanya mengenai Tuhan, mari kita fikirkan sejenak mengenai diri kita. Sedar-sedar, kita sudah pun berada di dunia. Sedar-sedar, kita dikelilingi oleh orang-orang yang kita kenal seperti ibu bapa, ahli keluaraga dan sahabat handai. Kita tidak dapat mengingat, bilakah masanya kita dilahirkan ke dunia. Kita juga tidak dapat mengingat perkara yang berlaku semasa kita baru dilahirkan. Kita juga tidak tahu apa yang berlaku kepada kita semasa berada dalam kandungan ibu selama sembilan bulan. Kita tidak tahu apa yang berlaku sebelum kita wujud di dalam rahim ibu. Siapakah yang mencipta kita daripada tidak ada kepada ada?. Siapakah yang menjaga kita semasa berada dalam tempoh kita ‘tidak sedar’ dalam kandungan ibu kita?. Siapakah yang menumbuhkan tulang dan daging pada tubuh badan kita?. Siapakah yang mendegupkan jantung dan memanjangkan rambut kita?. Kita sendiri tidak mengetahui sepenuhnya seluruh episod hidup kita. Semasa...