Mak, kenapa Tuhan kita satu?
PERLUNYA BERTUHANKAN ALLAH YANG ESA Soalan: Mengapa perlu bertuhankan Allah semata-mata tanpa perlu kepada tuhan yang lain? Jawapan: 1- Sekiranya terdapat lebih dari satu tuhan nescaya akan punah ranahlah semua kehidupan. Mana mungkin tuhan-tuhan akan bersetuju pada satu-satu perkara memandangkan masing-masing ingin menunjukkan kekuasaan masing-masing. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan Yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. maka (bertauhidlah kamu kepada Allah Dengan menegaskan): Maha suci Allah, Tuhan Yang mempunyai Arasy, dari apa Yang mereka sifatkan. (al-Anbiyaa : 22) 2- Sekiranya Tuhan itu memerlukan kepada tuhan lain dalam mentadbir dunia ini, itu menunjukkan kelemahan tuhan itu sendiri sedangkan mana mungkin satu tuhan itu lemah sedangkan padaNyalah tempat bergantung kesemua makhluk? 3- Ini bertentangan dengan fitrah manusia sendiri yang pada hakikatnya hanya perlukan satu Tuhan sebagai tempatnya menumpukan ...