Mak, kenapa Tuhan kita satu?

PERLUNYA BERTUHANKAN ALLAH YANG ESA

Soalan: Mengapa perlu bertuhankan Allah semata-mata tanpa perlu kepada tuhan yang lain?

Jawapan:

1- Sekiranya terdapat lebih dari satu tuhan nescaya akan punah ranahlah semua kehidupan. Mana mungkin tuhan-tuhan akan bersetuju pada satu-satu perkara memandangkan masing-masing ingin menunjukkan kekuasaan masing-masing. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan Yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. maka (bertauhidlah kamu kepada Allah Dengan menegaskan): Maha suci Allah, Tuhan Yang mempunyai Arasy, dari apa Yang mereka sifatkan. (al-Anbiyaa : 22)

2- Sekiranya Tuhan itu memerlukan kepada tuhan lain dalam mentadbir dunia ini, itu menunjukkan kelemahan tuhan itu sendiri sedangkan mana mungkin satu tuhan itu lemah sedangkan padaNyalah tempat bergantung kesemua makhluk?

3- Ini bertentangan dengan fitrah manusia sendiri yang pada hakikatnya hanya perlukan satu Tuhan sebagai tempatnya menumpukan segala pengabdian di samping mengadu dan memohon sesuatu. Fitrah manusia juga secara sendirinya akan dapat merasakan di antara banyak Tuhan yang dikatakan wujud itu sudah tentu ada satu daripadanya yang paling berkuasa dan paling layak untuk dijadikan sembahan.

Ø MENAFIKAN TEORI BARAT MENGENAI PENCIPTAAN ALAM DAN ISINYA

Antara teori yang cuba diketengahkan Barat dalam memesongkan manusia dari rasa bertuhan ialah dengan menyatakan bahawa alam ini terjadi secara kebetulan dan tiba-tiba. Maka, sebagai seorang mukmin yang berakal seharusnya kita memikirkan apakah mungkin sesuatu yang teratur rapi dan tidak mengalami kesalahan hanyalah merupakan kebetulan? Sudah tentu Ali yang pada hari ini secara kebetulan terserempak dengan Abu tidak akan terserempak pada minggu hadapan atau seterusnya di masa dan saat yang sama melainkan mereka merancang untuk berjumpa.

Sama seperti adakah mungkin buah mangga itu sama rupa dan rasa itu terhasil dari secara kebetulan dari pohon mangga juga? Sekiranya ia merupakan satu kebetulan, sudah tentulah kita akan dapat melihat buah mangga terhasil dari pohon rambutan atau jambu atau kelapa juga.

Akan tetapi, terhasilnya buah mangga dari pohonnya dan buah rambutan dari pohonnya merupakan aturan dan susunan yang telah ditentukan Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Falsafah dan pemikiran Socrates

Peranan Paul dalam Kristian

Ulasan Buku: Seni berfikir yang hilang karya Ust Hasrizal