Posts

Showing posts from April, 2014

Bengkel penyelidikan semalam

Assalamualaikum Semalam saya menghadiri satu bengkel penyelidikan yang dianjurkan pihak kolej. Pada mulanya terasa berat hati juga untuk menyertainya tetapi oleh kerana ia kewajipan, maka digagahi juga untuk pergi. Antara sebab menjadi berat hati adalah kerana saya telah pun menghadiri dua siri bengkel penyelidikan dua atau tiga tahun lepas. Tambahan pula, merujuk kepada tentatif program ternyata sama seperti yang pernah dihadiri sebelum ini. Bezanya, kali ini penceramah adalah orang lain dan tempat pun hanya dalam kawasan kolej sahaja. Hmm Bengkel tersebut bermula sekitar jam 9 pagi meskipun yang dijadualkan pada 8.30 pagi. Penceramah pula adalah seorang yang berlatar belakang pengajian Islam dan secara jujur mengakui bahawa ini adalah kali pertama beliau menguruskan sebuah bengkel. Agak sedikit mengecewakan pada awalnya kerana latar belakang dan pengalamannya adalah sedikit berbanding penceramah sebelum ini. Tetapi sangkaan itu cepat-cepat diusir jauh dari kotak pemikiran dengan ...

Perjalanan terakhir tok Saayah ku..

Image
Bismillah hir rahman nir rahim.. Coretan ini dibuat setelah pemergian tok Saayah ku ke rahmatullah pada 2 April lalu. Di bumi barakah, Makkatul Mukarramah rupanya telah tercatat bahawa ia bakal menjadi saksi perjalanan terakhir nendaku tercinta.. Tok Saayah yang ku kenali bukan seorang wanita yang berpendidikan tinggi tetapi punya prinsipnya yang tersendiri. Suami ditaati sepenuh hati sehingga akhir hayat. Walau arwah tokwan ku menghidap alzheimer di penghujung hayatnya, tokku tetap sabar dan tabah berbakti. Ubat sang suami tidak pernah dilupakan, makan pakainya tetap terpelihara hingga saat akhir dia dipanggil Allah SWT. Tok Saayah ku tetap di sisi arwah tokwan ketika arwah menghembuskan nafasnya. Air mata tok berlinangan namun disembunyikan. Bicaranya tetap tenang pada hari itu, seperti selalu. Aku yakin, tokwan sungguh beruntung punya isteri seperti tok. Tok Saayah yang ku kenali punya sifat rahmah yang begitu luas. Selepas suami, anak-anak adalah tempat curahan kasihnya. Tota...