Bengkel penyelidikan semalam
Assalamualaikum
Semalam saya menghadiri satu bengkel penyelidikan yang dianjurkan pihak kolej. Pada mulanya terasa berat hati juga untuk menyertainya tetapi oleh kerana ia kewajipan, maka digagahi juga untuk pergi. Antara sebab menjadi berat hati adalah kerana saya telah pun menghadiri dua siri bengkel penyelidikan dua atau tiga tahun lepas. Tambahan pula, merujuk kepada tentatif program ternyata sama seperti yang pernah dihadiri sebelum ini. Bezanya, kali ini penceramah adalah orang lain dan tempat pun hanya dalam kawasan kolej sahaja. Hmm
Bengkel tersebut bermula sekitar jam 9 pagi meskipun yang dijadualkan pada 8.30 pagi. Penceramah pula adalah seorang yang berlatar belakang pengajian Islam dan secara jujur mengakui bahawa ini adalah kali pertama beliau menguruskan sebuah bengkel. Agak sedikit mengecewakan pada awalnya kerana latar belakang dan pengalamannya adalah sedikit berbanding penceramah sebelum ini. Tetapi sangkaan itu cepat-cepat diusir jauh dari kotak pemikiran dengan harapan ada sesuatu input baru yang bakal diperoleh pada hari itu.
Masa berlalu dengan pantas. Tidak terasa. Biasanya akan ada unsur mengantuk dan lesu tetapi kali ini tidak pula. Penceramah pun hanya bersifat santai dan tidak begitu menekankan soal KPI atau FRGS, LRGS, NRGS dan sewaktu dengannya. Sebaliknya lebih berunsur motivasi kepada saya yang baru nak cuba melakukan penyelidikan dengan geran.
Sesi petang, saya dan rakan-rakan ditugaskan untuk mereka bentuk sebuah proposal penyelidikan untuk dibentangkan. Di antara empat kumpulan, proposal kami menarik minat penceramah dan tidak mendapat kritikan yang bermacam. Heee.. Alhamdulillah. Berbaloi rasanya menghadiri bengkel seumpama ini.
Berikut saya senaraikan isi bengkel ini:
1. 'Rukun' penyelidikan: SISTEMATIK, MENJAWAB MASALAH, MENGKAJI DAPATAN LEPAS.
2. Prinsip penyelidikan: Apa? Kenapa? Siapa? Di Mana? Bila?
3. Kriteria utama pasukan penyelidik: KESEDIAAN untuk bekerja dengan cepat dan pantas.
4. Masalah utama penyelidik: TENGGELAM PUNCA dalam menentukan masalah kajian.
5. Pernyataan masalah hanya SATU bagi setiap penyelidikan.
6. Kepentingan mengurus bajet yang dicadangkan supaya tidak berlaku penyelewengan atau pembaziran.
Semoga saya terus bermotivasi untuk melakukan penyelidikan! INSYA ALLAH..

Comments
Post a Comment