Perjalanan terakhir tok Saayah ku..
Bismillah hir rahman nir rahim..
Coretan ini dibuat setelah pemergian tok Saayah ku ke rahmatullah pada 2 April lalu. Di bumi barakah, Makkatul Mukarramah rupanya telah tercatat bahawa ia bakal menjadi saksi perjalanan terakhir nendaku tercinta..
Tok Saayah yang ku kenali bukan seorang wanita yang berpendidikan tinggi tetapi punya prinsipnya yang tersendiri. Suami ditaati sepenuh hati sehingga akhir hayat. Walau arwah tokwan ku menghidap alzheimer di penghujung hayatnya, tokku tetap sabar dan tabah berbakti. Ubat sang suami tidak pernah dilupakan, makan pakainya tetap terpelihara hingga saat akhir dia dipanggil Allah SWT. Tok Saayah ku tetap di sisi arwah tokwan ketika arwah menghembuskan nafasnya. Air mata tok berlinangan namun disembunyikan. Bicaranya tetap tenang pada hari itu, seperti selalu. Aku yakin, tokwan sungguh beruntung punya isteri seperti tok.
Tok Saayah yang ku kenali punya sifat rahmah yang begitu luas. Selepas suami, anak-anak adalah tempat curahan kasihnya. Total. Dipastikan anak-anak pandai mengaji al-Quran, dipantau pendidikan setiap anak-anak. Meskipun tidak memahaminya, doanya untuk kebahagiaan anak-anaknya, pasti. Hasilnya, anak-anak tok merangkap bapaku dan adik beradiknya tidak ada yang tercicir dari pengajian. Alhamdulillah semuanya mempunyai segulung ijazah.
Boleh dikatakan, aku dan adikku Nadia membesar di bawah perhatian tok Saayah ku. Masih terkenang, kala kami berusia 4 dan 1 tahun, tok yang mengasuh kami ketika emak dan ayah bekerja. Setiap hari. Tok juga menghantar ku ke tadika. Tok juga melayan karenahku yang 'malas' ke tadika. Lebih enak mengulit mimpi dalam buaian sambil menghisap botol susu. Tidak sedikit jasa tok kepada kami, setiap perkembangan membaca al-Quran, tok pantau dari jauh. Setiap kali kami pulang ke kampung dari Pahang, tok akan meminta kami membaca al-Quran di sisinya. Usia kami pada ketika itu mencecah 6,7,8 hingga 11 tahun sebelum kami berpindah pula ke Selangor.
Apabila tok mendapat tahu kami tamat mengaji al-Quran dengan ayah, tok lah orang yang bersungguh-sungguh membuat majlis khatam Qur'an untuk kami. Bukan setakat aku dan Nadia, malah sehingga Najwa dan Fatimah pun! Kami adalah 4 cucu sulung tok.
Pada awal 1995, emak dan arwah wan mendapat panggilan ke tanah suci. Tok juga yang beria-ia menyuruh emak menemankan arwah wan dan menawarkan diri untuk menjaga kami yang seramai enam beradik. Ayah pada ketika itu kerja masih tidak menentu. Kerap sahaja ke luar daerah meninggalkan kami. 40 hari itu tok menyediakan makan pakai kami. Melayan Najwa yang selalu mencari alasan untuk tidak ke tadika. Hihi. Yelah, tok mana yang tidak sayangkan cucu. Tok begitu sayang kepada kami. Apa juga yang diminta pasti dituruti. Kadangkala yang tidak diminta pun diberinya.
Masih segar diingatangku, setiap hari dalam bulan Ramadan, tok akan menghubungi ayah dan emak untuk sahur. Kami masih berada di Pahang ketika itu dan tok di KL. Tok akan pastikan kami menjawab telefon supaya tidak ada yang terlepas bersahur. Perhatian tok begitu sekali sehinggalah kami berpindah ke Selangor. Kenangan di bulan Ramadan dengan tok lagi ialah tok tidak pernah 'miss' khatam al-Quran. Apabila kami berbuka puasa di rumah tok, pasti tok akan bertanya juzuk bacaan Quran kami. Seperti selalu, tok akan mendahului kami yang terkial-kial menghabiskan bacaan. Begitulah saban tahun hingga Ramadan terakhirnya bersama kami.
Tok di akhir usia, sudah begitu lemah. Kahak dalam badannya begitu banyak menewaskan kuantiti oksigen dalam badan. Sekali dua ditahan dalam wad HKL untuk menyah jangkitan dalam paru-paru. Tok membuat helah untuk keluar setelah hampir sebulan ditahan. Selepas keluar wad, tok hanya bergantung pada ubat dengan pantauan dari Pakcik Amin dan Makcik Jah.
Tok di KLIA
Hinggalah cuti sekolah Mac 2014, tok pergi ke Makkah menunaikan umrah bersama Makngah, Pakcik dan Makcik. Mereka dijadualkan berada di Madinah terlebih dahulu sebelum masuk ke Mekah menunaikan umrah. Hari pertama tok di Mekah, tok dapat menunaikan umrah dengan bantuan pakcik makcik dan makngah. Masuk hari kedua dan ketiga, tok sudah mula sesak nafas. Tok ditahan wad. Kami di sini menanti penuh debaran dan doa agar tok diberi kesembuhan. Setiap berita tentang tok, diupdate melalui whatsapp oleh pakcik dan makngah.
Tok di hospital
2 April 2014, tarikh jadual penerbangan tok dan anggota rombongan lain. Tetapi tok masih ditahan di hospital. Doktor hanya mengizinkan untuk pulang selepas 5 hari lagi. Lalu, keputusan dibuat. Makcik dan Makngah akan kembali ke tanah air, pakcik dan tok akan tinggal di sana sehingga 11 April. Asar itu, Makngah dan makcik menziarah tok yang telah dikomakan selama beberapa hari bagi memudahkan rawatan untuk mengucapkan selamat tinggal. Dalam perjalanan dari hospital ke Jeddah, mereka mendapat khabar pemergian tok ke rahmatullah buat selama-lamanya.
kami di sini menerima khabar dengan reda dan doa. Linangan air mata mengiringi doa ayah seusai tahlil. Tidak pernah ku lihat ayah sesedih itu. Pertama kalinya, kami mengiringi sebuah kematian tanpa menatap wajah buat kali terakhir. Pilu dan Sendu. Pesan tok agar dikebumi di mana dia meninggal segera dipatuhi. Pakcik menguruskan segalanya BERSENDIRIAN. Dibantu ustaz ejen umrah dan diiringi doa kami. Semoga rahmat Allah SWT sentiasa bersamanya.
Jauh di lubuk hatiku menyatakan, tok memang layak untuk meninggal dan dikebumikan di bumi Makkah itu. Kerana tok adalah seorang yang bersungguh-sungguh dalam mendekatkan diri kepada Allah. Sering kali bermuhasabah diri di hadapan kami. Allahu..berilah kekuatan kepada kami dalam menerima khabar ini. Tempatkanlah tok Saayah ku bersama mereka yang Kau beri nikmat, ya ALLAH..

Comments
Post a Comment