
Puisi pendek di petang hari.. Pisang emas di atas peti Disimpan untuk bertemu janji Jika tidak yakin dapat ditepati Jangan gemar menabur janji Biji saga warnanya merah Begitu juga warna darah Jangan pandai mengarah-arah Cukup sekadar memberikan arah Bersusun semut menyeberang titi Untuk menghurung lalat yang mati Jika mahu dihormati Maka belajarlah untuk menghormati Anak rusa masuk ke taman Puas sudah orang memburu Kalau muda jadikan teman Kalau tua jadikan guru Tunduk sujud meletakkan dahi Kewajipan hamba kepada tuhan Jika mahu dikasihi Sebarkan salam sesama insan Hidup ini biar berkawan Supaya tidak menjadi canggung Jika bercita-cita menggapai awan Sediakan usaha setinggi gunung Ramai orang menggali perigi Ambil buluh lalu diikat Ilmu dicari tak akan rugi Barulah hidup menjadi berkat Tuan haji memakai jubah Singgah solat di tepi lorong Kalau sudah kehendak Allah Rezeki segenggam jadi sekarung *dikarang untuk merawat hati yang sedikit tergu...