Posts

Showing posts with the label seminar

Ucaptama ReCiT 2014

Assalamualaikum wrt wbkt, Di sini dicatatkan sedikit dapatan daripada perkongsian Dr. Khairuddin al-Juneid, Univ. Singapura dalam pembentangan beliau di ReCiT 2014 @ Hotel Everly Putrajaya. Berhubung penulisan sejarah yang dilakukan oleh HAMKA: Secara umumnya terdapat TIGA bentuk masalah dalam penulisan sejarah Islam di Alam Melayu. Ia ditulis dalam TIGA pendekatan yang menimbulkan permasalahan kepada umat Islam sendiri pada kemudian harinya, TIGA pendekatan itu ialah: 1. Orientalisme 2. Rasisme 3. Liberalisme Pandangan ORIENTALISME, lebih cenderung untuk mengetengahkan idea bahawa Barat adalah jauh lebih baik, lebih terkehadapan berbanding Tamadun Islam atau Tamadun Melayu. Pandangan LIBERALISME, menyatakan konservatisme adalah perkara yang tidak bagus, mundur dan wajar ditinggalkan. Golongan ini juga menyatakan bahawa pengaruh Hindu adalah lebih terkesan kepada Alam Melayu berbanding sumbangan Islam. Pandangan RASISME, pula membataskan perbahasan tentang sumbangan pelbag...

Pengislahan Masyarakat: Tumpuan Terhadap Kisah Nabi Musa A.S Dan Bani Israel Dalam Al-Quran

Penulis kertas kerja: Nazneen binti Ismail, Nurzatil Ismah bt Azizan, Hasliza bt Talib (Kuis) *Telah dibentangkan dalam Seminar Peradaban dan Pemikiran Islam pada 27 Oktober 2014 di Hotel Everly, Putrajaya. ABSTRAK Pengislahan masyarakat merupakan proses yang perlu dilakukan secara berterusan meskipun sangat sukar untuk mendapat respons positif daripada masyarakat. Ia adalah cabaran bagi seorang pendawah sepanjang zaman. Sesuai dengan misi tauhid yang dibawa, teladan daripada kisah para nabi perlu diketengahkan sebagai panduan dan motivasi bagi para pendakwah. Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis usaha Nabi Musa a.s berdakwah kepada Bani Israel serta menterjemahkannya dalam konteks semasa. Persamaan yang wujud di antara suasana kaum Nabi Musa a.s yang keras kepala dan mudah terpengaruh dengan amalan syirik dengan masyarakat hari ini menjadi dasar penulisan. Tambahan pula, tiada sokongan daripada pemimpin turut dikenal pasti sebagai ciri yang wujud dalam kedua-dua zama...

Bengkel penyelidikan semalam

Assalamualaikum Semalam saya menghadiri satu bengkel penyelidikan yang dianjurkan pihak kolej. Pada mulanya terasa berat hati juga untuk menyertainya tetapi oleh kerana ia kewajipan, maka digagahi juga untuk pergi. Antara sebab menjadi berat hati adalah kerana saya telah pun menghadiri dua siri bengkel penyelidikan dua atau tiga tahun lepas. Tambahan pula, merujuk kepada tentatif program ternyata sama seperti yang pernah dihadiri sebelum ini. Bezanya, kali ini penceramah adalah orang lain dan tempat pun hanya dalam kawasan kolej sahaja. Hmm Bengkel tersebut bermula sekitar jam 9 pagi meskipun yang dijadualkan pada 8.30 pagi. Penceramah pula adalah seorang yang berlatar belakang pengajian Islam dan secara jujur mengakui bahawa ini adalah kali pertama beliau menguruskan sebuah bengkel. Agak sedikit mengecewakan pada awalnya kerana latar belakang dan pengalamannya adalah sedikit berbanding penceramah sebelum ini. Tetapi sangkaan itu cepat-cepat diusir jauh dari kotak pemikiran dengan ...

Relevankan talaqqi hari ini?

Sejak akhir-akhir ini sistem talaqqi kembali hangat diperkatakan di dewan-dewan kuliah dan seminar-seminar tempat saya bekerja. Persoalannya sejauh mana ia sesuai digunakan bagi tujuan penyampaian ilmu di era siber ini. Kebanyakan masyarakat 'moden' lebih gemar cara yang mudah, cepat dan ringkas. Sedangkan apabila menyebut istilah talaqqi sahaja sudah tergambar sistemnya yang memakan masa panjang, dengan guru duduk dikelilingi murid dan kitab-kitab kuning. Justeru, bagaimanakah sistem ini boleh disesuaikan dengan slaid power point kita, video camera, internet dan seumpamanya? Baru-baru ini seorang tokoh tersohor, Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri telah dijemput untuk memberikan ceramah perdana berkenaan isu ini. Tajuknya: "Sistem talaqqi dalam pendidikan". Bermula pada jam 9.15 pagi bertempat di Auditorium Kuis. Beliau memulakan penyampaiannya dengan menyebut sejarah talaqqi . Talaqqi yang pertama ialah yang berlaku di antara Rasulullah s.a.w dengan Jibril a.s. Iaitu...

Sistem politik Melayu: Antara tradisi dan demokrasi

Pada 24 November 2011, saya berkesempatan menyertai sebuah seminar anjuran Jabatan Pemikiran dan Peradaban Islam. Dalam seminar tersebut, Dr. Siddiq Fadzil telah pun menyampaikan sebuah pembentangan yang bertajuk Sistem politik Melayu: Antara Tradisi dan Demokrasi. Satu tajuk menarik saya kira. Ditambah pula dengan gaya penyampaiannya yang menggunakan bahasa 'lama' seperti sasterawan lagaknya. (Hehe..) Beliau menyatakan bahawa Islam telah sampai ke Tanah Melayu selepas kejatuhan Baghdad iaitu pada kurun ketiga belas Masihi. Islam yang sampai ini bukan sekadar kosmetik atau ikut-ikutan sahaja, bahkan ia sebenarnya meresap terus ke akar umbi mencakupi aspek politik dan kehidupan masyarakat Tanah Melayu pada ketika itu. Antara buktinya ialah istilah Raja yang digunakan walaupun ia membawa maksud jelmaan Dewa tetapi dalam Islam Raja disifatkan sebagai bayangan Tuhan untuk menggambarkan bahawa seorang Raja adalah insan yang memikul amanah dalam menegakkan syariat Allah s.w.t. ...

Mini Kolokium SLAK 2011

Ucapan yang saya nukilkan di sini merupakan sedikit sedutan daripada uacapan Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud di Mini Kolokium SLAK 28 Disember yang lalu. Saya akui, agak terlewat saya memasukkan entri blog ini memandangkan kesibukan kerja dan kuliah sepanjang satu semester. Dalam ucapannya, Dr. telah memberi amaran bahawa adanya usaha untuk menyifatkan kemunduran umat Islam hari ini berpunca daripada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah khususnya yang cenderung kepada metode Imam al-Ghazali dan Imam al-Asy'ari. Beliau juga menyebut tradisi penjajahan hari ini sedang ditumpukan kepada bidang pendidikan. Buktinya 73 peratus daripada universiti di Timur Tengah adalah ditadbir oleh pihak swasta. Daripada semua universiti swasta tersebut, 50 peratus daripadanya adalah dibiayai oleh Eropah dan Amerika Utara. Tujuannya adalah untuk menguasai bidang ilmu yang tinggi dan menjadikan ilmu-ilmu Islam dikupas dan dibentangkan menurut kaca mata mereka. Begitu juga ia bertujuan untuk mendidik warga berpendi...

Kuliah Nisa': Kemuliaan wanita di sisi Rasulullah s.a.w dan kedudukan baginda di mata mereka.

Alhamdulillah sempena maulidurrasul 1433 ini saya berkesempatan menyertai sebuah program anjuran Nisa' Masjid Al-Azhar kuis yang menampilkan Ustazah Suriani Sudi sebagai panelis. Dalam kuliah beliau telah berjaya menimbulkan rasa hebatnya kecintaan baginda Rasulullah s.a.w kepada umat baginda sehinggakan baginda merasa benci terhadap kesusahan yang ditanggung umatnya, betapa baginda inginkan hanya kebaikan buat umatnya serta betapa baginda begitu mengasihi dan menyayangi orang-orang beriman. Kecintaan ini tidak hanya terpateri dalam jiwa baginda bahkan dirakam secara terus oleh Allah s.w.t menerusi firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 128 yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang be...

Duit atau matawang?

Apabila dinyatakan dua perkataan di atas tentulah timbul kekeliruan di kalangan kita. Sesetengahnya berpendapat kedua-dua perkataan membawa maksud yang sama manakala ada juga yang berpendapat bahawa dua perkataan ini mempunyai maksud yang tersendiri. Saya menghadiri satu syarahan perdana yang bertajuk 'Duit, Matawang, Kredit dan Riba'. Syarahan ini disampaikan oleh Prof. Dr. Aziudin Ahmad, seorang yang berpengalaman dalam bidang perbankan. Alhamdulillah ia merupakan satu perkongsian yang menarik daripada beliau khususnya buat saya selaku pelajar pengajian Islam. Sedikit ulasan daripada syarahan beliau... Terdapat perbezaan BESAR di antara duit dan matawang. Duit ialah nilai sebenar bagi satu-satu barangan seperti beras, gula, minyak, elektrik, air, garam, ikan dan seumpamanya. Manakala matawang adalah satu unit yang diletakkan pada sehelai kertas dan dianggap sebagai mewakili NILAI barangan. Walaubagaimanapun, kesan daripada penggunaan dan tanggapan yang direncanakan oleh k...