Posts

Showing posts with the label muhasabah

TAWAKKAL SEPERTI BURUNG

Image
Bismillah hir rahman nir rahim Hari ni saya membaca kumpulan hadis daripada Riyadus Salihin berkaitan dengan tawakkal. Hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya kamu akan diberi rezeki seperti mana burung yang keluar dalam keadaan perut kosong dan pulang dalam keadaan perut yang kenyang" HR Tirmidhi. Persoalannya: Apa yang kita tahu tentang burung? Apa hubungan antara tawakkal dengan burung? Persoalan rezeki ini sangat misteri dan menarik kerana berdasarkan hadis ini kita dapat mengambil pengajaran bahawa setiap daripada kita telah ditetapkan rezeki yang khusus dan setiap yang ditakdirkan pasti akan berlaku. Dalam hidup ini, menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha dan berusaha dengan apa jua cara sekali pun selagi ia halal di sisi Allah SWT. Biasa kita mendengar ungkapan "ulat dalam batu pun boleh cari makan" atau "bumi Allah ini luas" kan? Ia adalah gambaran betapa...

Ke mana masa kita dihabiskan?

 Assalamualaikum wrt wbkt, Sedikit coretan berkaitan dengan apa yang berlaku pada pagi tadi. Seperti biasa saya masuk ke pejabat dan menyusun beberapa perkara yang perlu diselesaikan dalam minggu ini. Antaranya markah kerja kursus pelajar memandangkan minggu ini ialah minggu yang ke-13, surat dan memo jemputan untuk seminar yang akan berlangsung bulan hadapan dan beberapa urusan melibatkan pengajaran dan pembelajaran.  Secara tiba-tiba tanpa makluman awal, ada dua orang pelajar yang datang ke pejabat kerana ingin menemuramah saya berkaitan tajuk tugasan mereka. Rasa nak marah pun ada kerana datang secara mengejut begitu. Namun, rezeki mereka kerana saya tidak mempunyai tugasan yang segera (urgent) jadi saya layankan jugalah. Tambahan pula, tajuk mereka berkaitan dengan pengurusan masa. Saya pun tahu, biasanya bila ada temuramah begini jawapan saya akan menjadi singkat sahaja. Saya lebih selesa menulis berbanding untuk bercakap dan menghuraikan sesuatu. Haha. Baiklah, tema soal...

Cukuplah kematian itu sebagai peringatan!!

Kematian. Apa perasaan kita apabila menyebut perkara ini? Biasa. Klise. Tiada perasaan. Alah, mesti tazkirah yang sama. Biasalah, semua orang akan mati.. Begitu? Hmm. Saya rasa terpanggil untuk mencoret berkenaan kematian hari ini. Rentetan daripada perbualan dengan anak sulung berusia 5 tahun, Inas. Malam itu, sedang saya mengajar Inas membaca tiba-tiba air matanya turun laju. Tersesak-esak. Nafasnya tersekat-sekat. Tidak mampu lagi meneruskan bacaan. Lantas, saya bertanya "Inas, kenapa? Mama tak marah pun?" Inas menyeka air mata seraya mengajukan persoalan, "Mama, kenapa kita mesti mati?" "Kalau mama mati, Inas tinggal dengan siapa?" "Kalau Inas mati, macam mana dengan baby Nuha? Siapa akan jaga?" Tersentak hati saya. Diam seketika. Pelbagai persoalan menerjah di fikiran. Pujuk saya, "Inas, kita semua akan mati sebab kita akan berjumpa Allah. Kalau kita tak mati, kita tak dapat jumpa Allah, kita tak dapat masuk syurga Alla...

Dari dataran harapan: Istisqa'

Lantunan istighfar sang khatib memalu qalbuku Bertalu-talu Membuat diri tertunduk lesu Kelu lidah Air mata mengalir laju dan laju Diiringi esak dan sendu Menyembah dosa di hadapan ALLAH Mungkinkah maksiatku menjadi penghalang hujan.. Rasul mulia pernah bersabda, Andai bukan kerana bayi menyusu, Andai bukan kerana haiwan ternakan, Andai bukan kerana tumbuh-tumbuhan, Nescaya ALLAH tidak turunkan hujan Dek kerana dosa insan Syirik, arak, zina, derhaka si anak, putus silaturrahim, pembunuhan dan penipuan Ampunkan kami Wahai TUHAN Sungguh kami malu dengan dosa kami YA ALLAH Kami pohon hujan rahmat, ya ALLAH ~ Dari Dataran Istisqa' Kuis, 9.30 pg 28 Feb 2014

Jaga hati..saya atau awak atau mereka?

Isu jaga hati atau sensitiviti ini sentiasa menjadi pokok utama dalam satu-satu perhubungan. Jika seseorang itu pandai menjaga hati mereka yang di sekelilingnya, dia akan dilabel sebagai seorang yang bagik muamalahnya. Namun, jika yang berlaku sebaliknya, maka individu tersebut akan dipandang sebagai 'bermasalah komunikasi'. Sejauh mana kebenaran tanggapan umum ini, saya pun tidak pasti. Kenapa? Kerana, dalam sesetengah kes saya perhatikan.. ada seorang yang berkata jujur tentang satu perkara tetapi disalah tanggap oleh penerimanya, lalu orang itu dianggap tidak pandai 'menjaga hati'. Tetapi jika ada individu lain yang gemar 'mengampu' atau 'membodek', dia akan disenangi kerana sikap 'mengambil hati' yang ada padanya. Persoalan saya, adakah wajar mengenepikan perkataan jujur yang pahit semata-mata untuk mengutarakan perkataan dusta yang manis? Hmm..konfius, bukan? Wahai saudaraku, Sabda Rasulllah SAW mafhumnya, "Berkata benarlah wa...

Perang 'siber'

Dua tiga minggu ni saya melihat dengan mata kepala sendiri, dua buah keluarga berselisih faham hanya kerana luahan-luahan rasa di facebook dan whatsapp. Mengapa begini? Pada hemat saya, terdapat bebrapa faktor mereka melakukan sedemikian: 1.Tidak merasa 'aib. Kerana memang hendak menghebahkan keburukan yang ada pada KELUARGA sendiri. 2. Memuaskan nafsu. Saya tidak kata memuaskan hati, kerana yang mendorong seseorang untuk meluahkan rasa pada ruang yang salah adalah kerana menuruti hawa nafsu yang sedang bergelojak dengan amarah dan benci. 3. Lupa TUHAN. mereka lupa bahawa Tuhan Maha Mengetahui segala sesuatu. dan Tuhan juga menyembunyikan aib mereka TETAPI mereka sendirilah yang telah membukanya. Kesan daripada 'perang siber' ini: 1. Keluarga berantakan. Adik beradik bergaduh sesama sendiri. 2. Musuh bertepuk tangan. 3. Orang lain akan menghina dan memandang rendah kepada kedua-dua belah pihak. See? Tidak ada siapa menang. Kedua-duanya KALAH dan TEWAS dalam ...

Masa: Nikmat yang sering dilupakan

Bismillah hir rahman nir rahim.. Masa adalah antara nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita selaku makhluk Nya. Ia juga termasuk di antara tanda kelemahan kita sebagai makhluk. Kerana kita sentiasa terikat dengan masa sedangkan ALLAH tuhan kita sama sekali tidak terikat dengan masa. Atas sebab inilah ALLAH disifatkan sebagai tiada awal dan tiada akhir. Kerana apa-apa yang ada awal maka ia akan ada akhir, ada permulaan menandakan ada pengakhiran. Kedua-dua perkara ini diukur dengan masa! Adapun ALLAH sedia ada dan Dialah yang menciptakan masa. Perumpamaannya seperti kita menghidupkan suis televisyen dan mematikannya tanpa kita terikat dengan masa televisyen itu bersiaran. Jadi, sebagai nikmat Allah masa adalah amanah kepada kita semua. Amanah ini perlu dipelihara dengan sebaiknya melalui pengurusan masa yang betul. Berdasarkan pengamatan saya, orang yang berjaya sejak zaman berzaman adalah mereka yang bijak mengurus masa. Saya teringat kisah Hasan al-Banna, seorang tokoh gerakan Is...

Apabila hari raya sudah hilang rohnya..

Bismillah hir rahmannir rahim.. Entry kali ini dikarang setelah berlalunya bulan Syawal. Meskipun begitu, kehangatan hari raya masih lagi dapat dirasa. Bukan apa, setelah meninjau dan memerhati keadaan sekeliling di hari raya ini saya dapati ramai lagi di antara umat Islam kita yang tidak menjiwai roh raya yang sebenar. Ini terbukti apabila adab-adab berhari raya tidak dipelihara dengan baik, segala 'pantang larang' Ramadan sudah pun dilanggar.. Maka, apa lagi yang tinggal untuk diraikan pada hari raya kita? PERTAMANYA, malam hari raya yang sepatutnya dihidupkan seperti anjuran baginda s.a.w digantikan dengan nyanyian dan tayangan rancangan televisyen yang pelbagai lagi terang nyata menyalahi syariat. Ini bukanlah cara menyambut malam raya yang sebenar. Baginda s.a.w menyebutkan dengan mafhumnya: "Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya, nescaya ALLAH akan hidupkan hatinya di kala hati orang lain mati". Bukan mudah untuk mendapat jaminan sebegini ...

Sabar sebagai manusia

Image
Bismillah hir rahman nir rahim.. Hari ini hari keempat belas Ramadan 1433, hari ini juga adalah hari kesabaran saya diuji buat kesekian kalinya. Bukan tidak biasa diuji untuk bersabar dengan MASALAH YANG SAMA, PERKARA YANG SAMA..Cuma hari ini saya merasa TERLALU PENAT untuk terus sabar dan mengalah! Wajarkah sedemikian? Saya pun tidak pasti. Saya berhadapan dengan masalah yang sama, dilakukan oleh orang yang sama BERULANG KALI. Bukan tidak pernah saya menasihatinya, bahkan serasa pelbagai cara telah digunakan. Tetapi, ia tetap berulang. Dia tetap menyalahkan saya atas kesalahan yang bukan kesalahan sesiapa pun. Sebaliknya, ia adalah takdir daripada Tuhan Rabbul Jalil. Mengapakah perkara sebegini begitu sukar untuk difahami oleh sesetengah insan? Jika kita sudah berusaha tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan, mengapa perlu menimpakan kesalahan itu kepada orang lain atau diri sendiri? Bagaimana agaknya cara untuk kita meyakinkan mereka yang di sekeliling kita bahawa di ...

Usrah Perdana Sempena Ramadan

Image
Sudah lama rasanya tidak menjenguk blog ini. Hampir-hampir sahaja bersawang agaknya. Untuk bingkisan kali ini, saya ingin menitipkan sedikit nasihat daripada Usrah Perdana yang disampaikan oleh Dato' Haji Hassan Mahmud al-Hafiz. Tema tazkirah beliau ialah: "Ramadan Bulan Produktif". (Seiring dengan tema Kuis saya kira) :) Apakah bentuk perubahan yang kita harapka daripada bulan ini? Ia adalah perubahan agar lebih DEKAT dengan ALLAH s.w.t. Seperti tema tv al-Hijrah, Bulan Ramadan Bulan Hijrah. Sebutlah dengan istilah yang bagaimana pun, yang pasti ia bulan untuk kita sama-sama menganjak diri kepada yang lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. Bukankah orang yang hari ininya lebih baik dari semalam adalah orang yang beruntung sedangkan orang yang hari ini lebih teruk dari semalam adalah orang celaka? Begitulah adanya.. Bulan puasa sepatutnya menjadi bulan produktiviti. Ia tidak layak digambarkan sebagai bulan yang memenatkan, melesukan dan memperlahankan gerakan. Se...

'Gatal Hati'

Image
Tertarik dengan satu artikel dalam majalah Anis yang bertajuk Apabila 'Gatal Hati'.. Pelik bukan? hehe..pelik bagi saya, sebenarnya. Sebelum ini saya tidak pernah mendengar istilah yang dikemukakan oleh penulis artikel ini. Ternyata ia adalah berbeza dengan penyakit hati yang diketahui umum. Artikel ini telah pun saya kongsikan bersama anak usrah saya dan menjadi antara topik perbincangan kami pada tengah hari tadi. Apa itu Gatal Hati? Gatal hati berbeza dengan penyakit hati. Rangkai kata ini merujuk kepada keinginan membuak-buak nafsu seseorang untuk melakukan kejahatan dan maksiat. Kegatalan yang dihadapi ini biasanya mendorong emosi atau perasaan untuk bertindak bagi 'melegakan' perasaan tersebut. Hasilnya.. Luahan perasaan di laman sosial, ayat ekspresi yang pelbagai, ungkapan kata-kata yang memedihkan telinga mendengar, merosakkan harta benda awam (a.k.a vandalisme) dan beragam lagi gaya orang yang sedang meredakan kegatalan hatinya.. Kesannya.. Berlak...

Sambung cerita sedekah semalam..

Image
Semalam setelah saya mencoretkan berkenaan sedekah yang tak seberapa tu..saya dihubungi oleh tuan rumah sewa yang lama memaklumkan bahawa saya sudah boleh mengambil baki deposit rumah dulu. Alhamdulillah, berbunga-bunga hati ini meyakini bahawa secepat ini Allah membalasi sedekah saya yang semalam. Masakan tidak, sekeping not hijau muda dibalasi dengan empat keping not hijau tua dan dua keping not merah! Alhamdulillah, Maha Suci Allah.. Keesokannya (hari ini), saya terus menghubungi rakan saya yang sedang mencari sukarelawan yang ingin mewakafkan sebahagian wang untuk tanah tapak pembinaan institusi pendidikan di negeri sembilan. Saya bersetuju untuk menghulurkan sebahagian daripada apa yang dimiliki sebagai tanda syukur saya kepada Allah. Satu perasaan yang pelik dalam hati saya ialah, tiba-tiba saya begitu berkobar-kobar untuk mensedekahkan wang yang ada pada saya. Mengapa agaknya ya? Saya tidak lagi begitu gusar seperti peristiwa semalam. Sesampainya rakan saya di tempat yan...

Sedekah di pertengahan bulan..

Hari ini saya berazam untuk tidak turun makan ke kafe memandangkan wang dalam simpanan hanya 'cukup-cukup makan' sedangkan perjalanan masih jauh untuk menempuh 'Hari Gaji' yang seterusnya. Namun, tiba waktu tengah hari saya merasa sedikit tertekan dengan bebanan kerja menjadikan perut saya mula menginginkan sesuatu untuk dimakan. Sebelum melangkah keluar dari bilik, saya merenung dompet yang ternyata mempunyai dua keping not hijau tua dan sekeping not merah. Niat saya dalam hati untuk berjimat menggunakan not merah sebagai belanja harian saya bagi minggu ini sedangkan dua keping not lagi akan saya simpan untuk belanja dapur rumah. Saya memilih untuk pergi ke koperasi berhampiran bagi menyelamatkan wang saya daripada terlebih belanja. Sekonyong-konyong, seorang daripada rakan sejawat saya muncul di hadapan saya menghulurkan fail memohon sumbangan pembesaran sebuah masjid di sebuah mukim yang terletak bersebelahan dengan mukim rumahnya. Dengan meyakini kuasa sedekah, ...

Ada apa dengan usrah

Setelah lima tahun saya meninggalkan dunia pengajian, selama itu jugalah saya meninggalkan usrah. Sebenarnya, saya tidak pernah menyertai usrah secara sukarela. Semua pengalaman usrah yang saya lalui adalah kerana diwajibkan oleh pihak sekolah dan pihak IPT. Bukan tidak pernah kawan-kawan mengajak, malahan ada di kalangan guru turut mengajak untuk menyertai usrah. Namun, hati saya seakan tidak bersedia untuk memberikan komitmen terhadap usrah itu sendiri. Saya lebih senang bersendiri dan hanya berkongsi ilmu dengan suami dan para pelajar. Baru-baru ini, tempat saya bekerja telah mewajibkan semua kakitangannya untuk menyertai usrah. Apa yang mengejutkan ialah saya dilantik menjadi salah seorang daripada naqibah (moderator usrah). Terkedu saya seketika. Bagaimana mungkin saya seorang yang telah meninggalkan usrah sekian lama perlu memimpin usrah hari ini? Hanya Allah yang tahu betapa gusarnya hati ini tatkala kami diaturkan untuk pertemuan pertama. Apatah lagi, saya mendapat tahu bah...

Allah al-Raqib

Semalam adalah hari pertama saya bertugas sebagai pengawas peperiksaan. Sebenarnya tugasan ini yang paling memenatkan berbanding tugasan mengajar. Sekiranya diberi pilihan, mahu rasanya saya wakilkan tugas ini kepada orang lain. Namun, ini juga termasuk di antara perincian tugasan saya sebagai tenaga pengajar di sini. Semasa saya mengawas, saya mendapati ada seorang pelajar yang mempunyai gerak geri mencurigakan. Perlakuannya menjadikan saya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Mengingatkan perlunya profesional dalam bertugas, saya tidak terus menyergah atau menyoal kelakuannya. Saya membuat keputusan untuk terus sekadar memerhatikannya dari jarak yang agak dekat. Tindakan saya ternyata membuatkan pelajar itu merasa khuatir dan 'gelabah'. Ia dapat dilihat dari raut wajah dan perlakuannya. Ini menjadikan perasaan syak saya semakin menebal. Apatah lagi, sejak dari awal saya berdiri di situ, pelajar tersebut langsung tidak mampu menulis atau menjawab soalan di atas ...

Kuliah Nisa': Kemuliaan wanita di sisi Rasulullah s.a.w dan kedudukan baginda di mata mereka.

Alhamdulillah sempena maulidurrasul 1433 ini saya berkesempatan menyertai sebuah program anjuran Nisa' Masjid Al-Azhar kuis yang menampilkan Ustazah Suriani Sudi sebagai panelis. Dalam kuliah beliau telah berjaya menimbulkan rasa hebatnya kecintaan baginda Rasulullah s.a.w kepada umat baginda sehinggakan baginda merasa benci terhadap kesusahan yang ditanggung umatnya, betapa baginda inginkan hanya kebaikan buat umatnya serta betapa baginda begitu mengasihi dan menyayangi orang-orang beriman. Kecintaan ini tidak hanya terpateri dalam jiwa baginda bahkan dirakam secara terus oleh Allah s.w.t menerusi firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 128 yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang be...

Program persediaan graduasi

Sehari sebelum semalam, saya memaklumkan kepada pelajar tahun akhir bahawa mereka diwajibkan untuk menghadiri satu program yang direncanakan oleh pihak fakulti untuk mereka yang bakal bergraduasi. Respon mereka: Pelajar A: Kalau tak bersedia (untuk grad) lagi pun kena pergi ke? Saya: (terkejut dan terkilan) Mati pun tidak menunggu kita untuk bersedia.. Pelajar B: Habis, semua kelas batal la ye? Wah, selamatlah dari mid term test esok.. Saya: (cuba untuk tenang) Sila rujuk dengan pensyarah berkenaan dahulu ye? Bimbang pensyarah tersebut tidak maklum tentang perkara ini. Hati saya mendesir, betapa pelajar ini cukup 'berat' sekali untuk menghadiri apa juga program yang berbentuk ilmiah. Sedangkan saya sendiri begitu teruja untuk menyertainya apabila terbaca memo berkenaan yang ditampal di dalam lif. Respons sebegini bukanlah perkara yang luar biasa bagi saya. Sebut sahaja program ilmiah, nescaya tidak ramai akan menyertainya. Justeru, pihak penganjur tidak mempunyai pili...

Di manakah Allah?

Kenapa manusia suka mencari yang HARAM sedangkan yang halal terbentang di depan mata? Jijikkah yang halal sehingga perlu menagih yang HARAM? Di manakah rasa berdosa dalam diri? Di manakah Tuhan ketika diri menikmati yang HARAM? Apakah Tuhan itu buta tidak dapat melihat apa yang dilakukan oleh manusia? Apakah malaikat tidak ada mencatit amalan manusia untuk dihisab? Ke mana hilangnya KEIMANAN pada YANG ESA? Sesungguhnya, Tuhan itu Maha Mengetahui..dan yang HARAM itu kenikmatannya hanya sementara. Jika benar yang HARAM itu memuaskan secara hakiki, apakah hati akan merasa tenang dengannya? Wallahi, itu adalah mustahil dan seandainya ia berlaku maka sedarilah bahawa HATI ITU MATI. Baginda Rasulullah s.a.w sendiri menyatakan bahawa hati adalah PENILAI bagi setiap tindak tanduk manusia..Justeru, seandainya peranan hati itu dinafikan maka hilanglah fitrah manusiawi. Yang tinggal hanyalah sifat HAIWANI.. Ya ALLAH, ampunkan kami tuhan..yang diUJI dengan ILMU kami sendiri..

Sampai bila?

Assalamualaikum.. Saya perhatikan bahawa sesetengah orang sering mempunyai perasaan tidak puas hati atau tidak senang terhadap kehidupan orang lain. Perasaan tidak senang ini pula tidak semestinya dizahirkan dengan perbuatan-perbuatan tercela seperti mengumpat, mengata atau menjatuhkan. Tetapi dilakukan dengan cara yang sebaliknya. Antara tindakan yang dilakukan bagi memuaskan hati mereka ialah dengan cara provokasi, memuji dengan cara berlebih-lebihan, mengambil hati orang tersebut agar lebih mudah diperdayakan dalam mendapatkan cerita-cerita yang bersifat peribadi atau berpura-pura simpati terhadap permasalahan dengan tujuan untuk meracuni akal fikiran sasaran mereka. Sikap ini tidak mengira orang sama ada kaum keluarga sendiri, ipar duai, jiran-jiran termasuklah juga rakan sekerja. Secara peribadi, saya berpendapat sikap ini begitu menjengkelkan. Mereka ini biasanya mengamalkan sikap talam dua muka dalam kehidupan. Menjadi persoalan kepada saya, sejauh manakah mereka akan terus ...