Posts

Showing posts with the label pemikiran

Ilmu penghalang Ibadat?

  Persoalan ini bermain di fikiran saya tatkala saya menyelak halaman Minhajul Abidin, karya Imam al-Ghazali. Sekali pintas saya melihat isi kandungan kitab ini menyentuh tujuh penghalang dalam beribadat di mana yang pertama berupa halangan ilmu.   Pada awalnya, saya menyelak buku ini kerana salah seorang pelajar saya ingin mencadangkan kajian yang berdasarkan kepada Minhajul Abidin. Teringat saya bahawa buku ini ada dalam perpustakaan di rumah ini. Pada mulanya saya menyangka perbahasan dalamnya tidak jauh beza dengan Ihya’ Ulumiddin kerana ‘mungkin’ ini juga kitab ringkasan kepada kitab Ihya’. Ternyata sangkaan saya jauh meleset. Maka, oleh kerana tertarik dengan perbahasan berkaitan halangan bagi seorang Muslim, saya pun cuba membaca bahagian pendahuluan dan bab satu daripada Minhajul Abidin.   Ternyata, perbahasan dalam bab satu ini berkait dengan pembacaan semalam daripada buku Aqal dalam Islam yang telah pun saya kemukakan ringkasannya dalam hantaran blog semala...

BAGAIMANAKAH KEDUDUKAN AKAL DALAM ISLAM?

Image
Setelah beberapa minggu saya meninggalkan buku Aqal dalam Islam: Satu tinjauan epistemolog i karangan Mohd Zaidi Ismail, saya telah kembali untuk menghabiskan pembacaan saya. Sebenarnya saya dalam usaha untuk mengemas meja dari timbunan buku yang tidak dibaca, hanya diniatkan sahaja untuk dibaca. Haha. Apabila saya membacanya, saya mendapati di dalamnya perbahasan yang sangat menarik untuk diberikan perhatian kerana ia berkait dengan dua subjek yang diajar iaitu mantik dan Psikologi Islam. Justeru, saya melihat ia perlu dikongsikan dalam blog ini sebagai rujukan pada masa akan datang. Supaya kita boleh memahami bagaimanakah kedudukan akal dalam Islam dan sejauh mana ia berkait dengan kehidupan kita. Secara keseluruhan, buku ini perbincangannya falsafah tetapi yang saya akan kongsikan merupakan rumusan dan perkara yang saya rasa berkait dengan kita sebagai masyarakat awam. Let's go! Dalam epistemologi Islam, bukan sahaja hakikat kebenaran diakui tetapi kemampuan manusia untuk memper...

TAWAKKAL SEPERTI BURUNG

Image
Bismillah hir rahman nir rahim Hari ni saya membaca kumpulan hadis daripada Riyadus Salihin berkaitan dengan tawakkal. Hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya kamu akan diberi rezeki seperti mana burung yang keluar dalam keadaan perut kosong dan pulang dalam keadaan perut yang kenyang" HR Tirmidhi. Persoalannya: Apa yang kita tahu tentang burung? Apa hubungan antara tawakkal dengan burung? Persoalan rezeki ini sangat misteri dan menarik kerana berdasarkan hadis ini kita dapat mengambil pengajaran bahawa setiap daripada kita telah ditetapkan rezeki yang khusus dan setiap yang ditakdirkan pasti akan berlaku. Dalam hidup ini, menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha dan berusaha dengan apa jua cara sekali pun selagi ia halal di sisi Allah SWT. Biasa kita mendengar ungkapan "ulat dalam batu pun boleh cari makan" atau "bumi Allah ini luas" kan? Ia adalah gambaran betapa...

Ulasan Buku Socrates: Pengenalan Ringkas (ITBM)

Assalamualaikum wrt wbkt Sepanjang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini, saya hanya dapat menghabiskan sebuah buku yang ilmiah berkisar falsafah Yunani. Buku ini menceritakan tentang seorang ahli falsafah bernama Socrates. Saya yakin nama ini tidak asing dalam kalangan sebahagian kita. Umumnya Socrates dikenali sebagai seorang tokoh dan pelopor ilmu mantik dan falsafah. Peribadinya digambarkan sebagai seorang yang kerap berfikir dan mengajukan soalan untuk mendapatkan jawapan. Uniknya, meskipun tokoh ini tidak menghasilkan karya beliau tetap dikenali. Ini kerana banyak penulisan dihasilkan menggambarkan tentangnya walaupun tidak secara langsung. Dalam dunia Islam pula, para pengagum Socrates ada yang mengandaikan beliau sebagai salah seorang daripada para nabi dan rasul kerana kebijaksanaan yang dikatakan ada padanya. Di sini saya melihat betapa satu pemikiran boleh mempengaruhi pemikiran yang lain. Ketaksuban seseorang kepada satu pemikiran boleh mengubah dan menjejaskan pemiki...

Ucaptama ReCiT 2014

Assalamualaikum wrt wbkt, Di sini dicatatkan sedikit dapatan daripada perkongsian Dr. Khairuddin al-Juneid, Univ. Singapura dalam pembentangan beliau di ReCiT 2014 @ Hotel Everly Putrajaya. Berhubung penulisan sejarah yang dilakukan oleh HAMKA: Secara umumnya terdapat TIGA bentuk masalah dalam penulisan sejarah Islam di Alam Melayu. Ia ditulis dalam TIGA pendekatan yang menimbulkan permasalahan kepada umat Islam sendiri pada kemudian harinya, TIGA pendekatan itu ialah: 1. Orientalisme 2. Rasisme 3. Liberalisme Pandangan ORIENTALISME, lebih cenderung untuk mengetengahkan idea bahawa Barat adalah jauh lebih baik, lebih terkehadapan berbanding Tamadun Islam atau Tamadun Melayu. Pandangan LIBERALISME, menyatakan konservatisme adalah perkara yang tidak bagus, mundur dan wajar ditinggalkan. Golongan ini juga menyatakan bahawa pengaruh Hindu adalah lebih terkesan kepada Alam Melayu berbanding sumbangan Islam. Pandangan RASISME, pula membataskan perbahasan tentang sumbangan pelbag...

Pengislahan Masyarakat: Tumpuan Terhadap Kisah Nabi Musa A.S Dan Bani Israel Dalam Al-Quran

Penulis kertas kerja: Nazneen binti Ismail, Nurzatil Ismah bt Azizan, Hasliza bt Talib (Kuis) *Telah dibentangkan dalam Seminar Peradaban dan Pemikiran Islam pada 27 Oktober 2014 di Hotel Everly, Putrajaya. ABSTRAK Pengislahan masyarakat merupakan proses yang perlu dilakukan secara berterusan meskipun sangat sukar untuk mendapat respons positif daripada masyarakat. Ia adalah cabaran bagi seorang pendawah sepanjang zaman. Sesuai dengan misi tauhid yang dibawa, teladan daripada kisah para nabi perlu diketengahkan sebagai panduan dan motivasi bagi para pendakwah. Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis usaha Nabi Musa a.s berdakwah kepada Bani Israel serta menterjemahkannya dalam konteks semasa. Persamaan yang wujud di antara suasana kaum Nabi Musa a.s yang keras kepala dan mudah terpengaruh dengan amalan syirik dengan masyarakat hari ini menjadi dasar penulisan. Tambahan pula, tiada sokongan daripada pemimpin turut dikenal pasti sebagai ciri yang wujud dalam kedua-dua zama...

Potensi Qalbu dalam membuat keputusan: Kajian menurut perspektif Islam. Jurnal PPP 2014

Assalamualaikum wrt. wbkt, Berbicara mengenai qalbu bersama rakan-rakan sejawatan, telah menimbulkan beberapa persoalan yang perlu dicari jawapannya. Jika bukan untuk orang lain sekalipun, sekadar memenuhi perasaan ingin tahu dalam diri. Antara persoalan yang dikemukakan ialah: 1. Bagaimana kedudukan qalbu dalam menentukan keputusan? 2. Benarkah baik buruk pelakuan ditentukan qalbu? 3. Bagaimana dengan pengaruh akal dan nafsu? 4. Adakah qalbu ini benar-benar neutral atau tiada kecenderungan baik atau buruk? Alhamdulillah, setelah hampir setahun lebih menanti akhirnya beroleh rezeki untuk menerbitkan artikel di jurnal keluaran KUIS. Bertajuk Potensi Qalbu dalam Membuat keputusan: Kajian berdasarkan perspektif Islam. Untuk bacaan penuh, boleh klik link yang tertera berikut: http://lms.kuis.edu.my/jurnal/wp-content/uploads/2014/10/POTENSI-QALBU-DALAM-MEMBUAT-KEPUTUSAN-KAJIAN-MENURUT-PERSPEKTIF-ISLAM.pdf

POTENSI QALBU DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

PENDAHULUAN Berhubung penciptaan manusia, terdapat tiga unsur utama iaitu jasmani, rohani dan nafsani (kejiwaan). Unsur jasmani ialah bentuk fizikal manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar, mampu bergerak atau digerakkan, mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan yang boleh diukur. Ia bersifat material dan tidak mampu menanggapi perkara yang bersifat abstrak. Sebaliknya unsur rohani mempunyai ciri yang bertentangan. Roh bersifat ghaib, multi dimensi iaitu tidak dibatasi ruang dan waktu dan menjadi penggerak utama kepada jasad manusia. Perbahasan tentang roh pula terbahagi kepada dua iaitu pertama berkenaan zatnya sendiri manakala yang kedua ialah berkenaan kedudukannya yang mempunyai hubungan dengan jasad. Bahagian yang kedua disebut sebagai al-gharizah atau nafsani. Dengan erti kata lain, unsur nafsani berperanan sebagai penghubung di antara unsur jasmani dan rohani manusia. Terdapat tiga bahagian dalam unsur nafsani iaitu akal, qalbu dan nafsu. Di antara ketiga-tiga bahagi...

Ulasan buku: Wasiat sebelum dirimu bergelar ulama

Karya yang disusun oleh Ust Mohd Solleh Abd Razak ini adalah baik dan sesuai untuk dibaca oleh semua pelajar jurusan pengajian Islam khususnya peringkat Institut Pengajian Tinggi. Malah, selaku graduan daripada bidang tersebut saya mendapati kupasan buku ini adalah ilmiah kerana disertakan dengan rujukan lengkap. Namun, susun aturnya yang santai dan bijak oleh penyusun menjadikan pembaca seolah-olah tidak merasa ketinggian idea yang cuba disampaikan. Buku ini memberi saya inspirasi untuk menyedari kedudukan saya sebagai pengajar dan penuntut ilmu agama. Di samping ia banyak memberi input baru kepada saya atas pengetahuan yang sedia ada, ia turut menjawab sebilangan persoalan saya –sama ada yang diajukan atau yang bermain di minda- khususnya berkaitan pendirian yang terbaik boleh diambil oleh seorang ‘agamawan’ dalam konteks politik hari ini. Ini berikutan penulis menyelitkan maklumat tambahan berkenaan situasi politik di Malaysia dan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh para ulam...

Relevankan talaqqi hari ini?

Sejak akhir-akhir ini sistem talaqqi kembali hangat diperkatakan di dewan-dewan kuliah dan seminar-seminar tempat saya bekerja. Persoalannya sejauh mana ia sesuai digunakan bagi tujuan penyampaian ilmu di era siber ini. Kebanyakan masyarakat 'moden' lebih gemar cara yang mudah, cepat dan ringkas. Sedangkan apabila menyebut istilah talaqqi sahaja sudah tergambar sistemnya yang memakan masa panjang, dengan guru duduk dikelilingi murid dan kitab-kitab kuning. Justeru, bagaimanakah sistem ini boleh disesuaikan dengan slaid power point kita, video camera, internet dan seumpamanya? Baru-baru ini seorang tokoh tersohor, Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri telah dijemput untuk memberikan ceramah perdana berkenaan isu ini. Tajuknya: "Sistem talaqqi dalam pendidikan". Bermula pada jam 9.15 pagi bertempat di Auditorium Kuis. Beliau memulakan penyampaiannya dengan menyebut sejarah talaqqi . Talaqqi yang pertama ialah yang berlaku di antara Rasulullah s.a.w dengan Jibril a.s. Iaitu...