Posts

Bagaimana khabar iman hari ini? Saat ini?

“Awal-awal agama mengenal Allah”.. satu ungkapan yang didengar sejak di bangku sekolah lagi. Namun, akal yang cetek ini tidak mampu menanggapi maksud sebenar di sebalik ayat ini melainkan merasa memadai dengan mata pelajaran akidah yang menjadi sebahagian daripada silibus sekolah pada masa itu. Masa terus berlalu..hari demi hari dengan sangkaan yang sama.. Melainkan di peringkat diploma baru ku merasakan..oh, aku tak faham lagi rupanya konsep qada’ dan qadar ni..Dengan bantuan pensyarahku, aku dapat memahaminya dengan bentuk yang mudah (dan sesuai dengan akalku, aku kira).. Namun, masa terus berlalu..ujian hidup semakin berat dan datang dalam pelbagai bentuk pula. Dari sekecil-kecil ujian yang bersifat akliah (exam) sehinggalah ujian bersifat emosi dan hati (cintan la tuh).. pada ketika ini, aku seringkali diingatkan oleh ibuku (yang tidak pernah duduk di bangku sekolah agama) betapa segala yang baik dan buruk itu hanya milik Allah.. Oh, pada ketika ini aku mulai faham inilah dia prakt...

Goldziher: Orientalis

Oleh: Muhammad Syafiq Liow & Muhammad Mateus Loudy Goldziher atau nama penuh beliau Ignaz Goldziher adalah seorang orientalis yang berasal dari Hungaria yang dilahirkan dari keluarga Yahudi pada tahun 1850 M. yang penah menulis tentang Islam dalam bukunya Muhammedanische Studien. Goldziher juga pengarang utama Islamic Encyclopedia, Sejarah Mazhab Tafsir Islam (Inggeris & Arab), Pengenalan aqidah & Syariah Dalam Islam (Introduction to Islamic Theology & Law), Halangan Muhammad & beliau juga pengasas gerakan antihadith. Beliau dianggap pakar dalam bidang hadith oleh rakan-rakan Orientalisnya. Mendakwa Quran diubah selepas Baginda s.a.w wafat. Kajian Goldziher Tentang Hadith Sekurang-kurangnya ada empat perkara mengenai kesalahan Goldziher dalam mengkaji hadith iaitu:- i. Mendefinisi Hadith dan Sunnah. Goldziher hanya cenderung mengemukakan aspek bahasa (etimologi) dari kedua istilah tersebut dan tidak berusaha memahami dari sudut pengertian lain. Di dalam bukunya Muha...

Konsep Manusia

oleh: Abu Hanifah & Muhammad Ersyad Redha PENDAHULUAN Maksud konsep mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka pengertian am atau idea yang mendasari sesuatu manakala maksud manusia pula ialah makhluk yang mempunyai akal dan budi atau dalam kata lain dipanggil juga insan atau orang. Maksud konsep manusia pula ialah dasar ataupun asal-usul penciptaan manusia. Konsep manusia dalam penganalisaan sosiologi Seorang ahli sosiologi tidak dapat tidak harus mempunyai suatu konsepsi mengenai sifat manusia, dan ini ternyata akan mempengaruhi pendekatannya terhadap penyelidikan sosiolagi. Akan tetapi dalam sosiologi sering terdapat suatu tentangan yang kuat terhadap percubaan untuk menganalisa fenomena social dengan memberikan pertimbangan terhadap factor psikologi dalam kehidupan masyarakat. Mereka yang mengikut cara ini mendapat isbat yang berautoriti kerana Durkheim yang menghasilkan pengkajian sosiologi moden yang ulung dan agung memang bertujuan untuk menunjukkan bahawa kadar bunuh diri ti...

Al-Farabi

Al-Farabi Al-Farabi ialah salah seorang tokoh ahli fikir Islam yang terkenal dalam bidang falsafah pada abad pertengahan. Beliau merupakan penyambung tradisi berfikir yang telah dimulakan oleh al-Kindi( 185-252 H./806-873 M ). Ahli-ahli sejarah tidak sependapat dalam soal keturunan Al-Farabi ini. Justeru itu, terdapat banyak khilaf antara ahli-ahli sejarah tentang nama sebenar Al-Farabi. Antaranya, Ibn Abi Usaybi'ah menyebut bahawa nama sebenar Al-Farabi ialah, Abu Nasr Muhammad Bin Awzalagh bin Tarkhan. Manakala, Ibn al-Qifti pula mengatakan bahawa nama Al-Farabi yang sebenarnya ialah, Abu Nasr Muhammad bin Muhammad bin Tarkhan. Beliau dilahirkan di Wasij, sebuah perkampungan kecil di daerah Farab di Wilayah Transoxiana,Turkestan sekitar tahun ( 257 H / 870 M). Beliau tidak pernah berkahwin sepanjang hayatnya. Al-Farabi meninggal dunia pada bulan ( Rejab 339 H / Disember 950 M ). Beliau meninggal dunia di kota Damsyik semasa berumur 80 tahun. Beliau dikebumikan di sebuah perk...

oh generasiku

Berkhidmat sebagai pensyarah muda di sebuah kolej bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangka ramai. Apatah lagi apabila kita meletakkan diri bukan sahaja sebagai pensyarah malah juga sebagai pendidik. Benarlah kata guruku satu masa dahulu, seorang pendidik sebenarnya menghasilkan produk yang berupa manusia dan bakal meneruskan kesinambungan generasi kita hari ini. Ujarnya lagi, jika kita menghasilkan batu-bata ia mudah kerana kita cuma perlu cipta acuannya akan tetapi untuk menghasilkan produk yang bernama insan ini kita memerlukan lebih dari itu. Ini kerana produk yang bakal dihasilkan adalah berupa satu generasi yang diharapkan dapat berdiri dengan sendiri berpaksikan al-Quran dan Sunnah serta menjunjung kalimah La ilaha illallah. Tambahan pula, jumlah produk bukanlah satu kebanggaan tetapi sejauh mana kualiti satu-satu produk itu. Boleh jadi dalam 500 pelajar yang menghadiri kuliah kita seorang sahaja yang berkualiti. Malah, boleh jadi tiada langsung! Apakah peranan yang sebe...

Mak, kenapa Tuhan kita satu?

PERLUNYA BERTUHANKAN ALLAH YANG ESA Soalan: Mengapa perlu bertuhankan Allah semata-mata tanpa perlu kepada tuhan yang lain? Jawapan: 1- Sekiranya terdapat lebih dari satu tuhan nescaya akan punah ranahlah semua kehidupan. Mana mungkin tuhan-tuhan akan bersetuju pada satu-satu perkara memandangkan masing-masing ingin menunjukkan kekuasaan masing-masing. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan Yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. maka (bertauhidlah kamu kepada Allah Dengan menegaskan): Maha suci Allah, Tuhan Yang mempunyai Arasy, dari apa Yang mereka sifatkan. (al-Anbiyaa : 22) 2- Sekiranya Tuhan itu memerlukan kepada tuhan lain dalam mentadbir dunia ini, itu menunjukkan kelemahan tuhan itu sendiri sedangkan mana mungkin satu tuhan itu lemah sedangkan padaNyalah tempat bergantung kesemua makhluk? 3- Ini bertentangan dengan fitrah manusia sendiri yang pada hakikatnya hanya perlukan satu Tuhan sebagai tempatnya menumpukan ...

Imam al-Qushayri: Pengharmoni syariat dan hakikat (1)

BIOGRAFI IMAM AL-QUSHAYRI Imam al-Qushayri merupakan salah seorang tokoh yang pernah mencatat nama dalam sejarah umat Islam. Beliau lebih dikenali sebagai tokoh tasawuf menerusi karyanya al-Risalah atau lebih dikenali dengan nama al-Risalah al-Qushayriyyah. Tokoh yang juga merupakan ahli dalam aliran Asha'irah ini telah berjaya menempah nama di Naysabur menerusi majlis-majlis ilmu yang diadakannya dan karya-karya yang dihasilkannya. Keikhlasan beliau dalam menyebarkan ilmu telah membuatkan namanya bukan sahaja disebut oleh umat di zamannya bahkan sehingga kini meskipun tidak banyak karyanya yang sampai kepada kita. Riwayat hidup dan latar belakang pendidikan Nama sebenar al-Qushayri ialah 'Abd al-Karim bin Hawazin bin 'Abd al-Malik bin Talhah bin Muhammad al-Naysaburi. Beliau yang berketurunan Arab dari kabilah Qushayr bin Ka'b ini telah dilahirkan pada Rabi' al-Awwal 376 Hijrah di Ustuwa. Ustuwa pada masa ini kebanyakan penduduknya terdiri daripada orang Arab Khur...