Posts

Duit atau matawang?

Apabila dinyatakan dua perkataan di atas tentulah timbul kekeliruan di kalangan kita. Sesetengahnya berpendapat kedua-dua perkataan membawa maksud yang sama manakala ada juga yang berpendapat bahawa dua perkataan ini mempunyai maksud yang tersendiri. Saya menghadiri satu syarahan perdana yang bertajuk 'Duit, Matawang, Kredit dan Riba'. Syarahan ini disampaikan oleh Prof. Dr. Aziudin Ahmad, seorang yang berpengalaman dalam bidang perbankan. Alhamdulillah ia merupakan satu perkongsian yang menarik daripada beliau khususnya buat saya selaku pelajar pengajian Islam. Sedikit ulasan daripada syarahan beliau... Terdapat perbezaan BESAR di antara duit dan matawang. Duit ialah nilai sebenar bagi satu-satu barangan seperti beras, gula, minyak, elektrik, air, garam, ikan dan seumpamanya. Manakala matawang adalah satu unit yang diletakkan pada sehelai kertas dan dianggap sebagai mewakili NILAI barangan. Walaubagaimanapun, kesan daripada penggunaan dan tanggapan yang direncanakan oleh k...

Perkara yang sering dilupakan oleh ibu dan ayah

Saya baru sahaja selesai menonton sebuah filem melayu yang diadaptasi daripada filem cina. Ceritanya agak membosankan, saya hampir sahaja tidak mahu menghabiskan menontonnya. Tetapi atas sebab ingin tahu saya layankan juga. Ternyata di sepanjang cerita, saya dapat perhatikan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh ibu dan ayah. Tidak dapat dinafikan, termasuklah diri saya juga. Tujuan saya menyenaraikan kesilapan-kesilapan tersebut adalah sebagai peringatan bagi diri saya dan juga ibu ayah yang lain agar kita sama-sama berusaha untuk tidak mengulanginya. Perlu diakui bahawa setiap mereka yang bergelar ayah dan ibu mengimpikan yang terbaik untuk anak mereka. Pada anak diletakkan harapan agar menjadi LEBIH BAIK daripada diri mereka sendiri. Sekalipun perkara ini jarang disedari oleh si anak, namun harapan demi harapan terus diletakkan ke atas bahu anak-anak. Setiap anak ada harapan yang tersendiri. Begitu juga setiap kali melihat anak membesar, maka harapan baru pula dipasakkan ...

Ajaran Sesat vs Ajaran Betul

Saya baru menghadiri sebuah kolokium berkenaan ajaran sesat di salah sebuah kolej swasta.. Berikutan itu, ada beberapa perkara yang saya ingin bincangkan: 1)Secara peribadi sebenarnya saya tidak begitu bersetuju dengan penggunaan istilah 'ajaran sesat' tu walaupun itu yang termaktub dalam fatwa negeri. Takrif ajaran sesat menurut fatwa JAKIM ialah: "... Apa-apa ajaran yang dibawa oleh orang Islam mahupun bukan Islam yang didapati bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah serta prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah.." Ini bermakna ajaran sesat ialah semua ajaran selain yang diajarkan oleh Islam menurut panduan al-Qur'an dan Sunnah. Sedangkan saya tahu bukan itu yang dimaksudkan oleh Jabatan Agama Islam. Jabatan Agama Islam sebenarnya ingin membanteras ajaran yang didakwa sebahagian daripada Islam sedangkan pada hakikatnya menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Justeru, saya berpendapat bahawa istilah 'ajaran sesat' itu sebaiknya ditukar kepada ...

PLURALISME AGAMA

Pluralisme Agama merupakan satu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Tidak ada agama yang berhak mendakwa bahawa ajarannya sahaja yang benar (religous truth claim). Pengasasnya yang terkenal ialah John Hick. Beliau adalah individu yang memperjuangkan 'kesamaan' di antara semua agama. Semua agama dianggap mempunyai Tuhan yang sama, sekadar berbeza dari segi namanya. Semua manusia juga dikatakan akan memasuki syurga tanpa melihat kepada agama yang dianutinya. Ringkasnya, kepelbagaian agama dianggap seumpama pelbagai jalan yang menuju kepada matlamat yang sama. Fahaman ini 'kononnya' bertujuan untuk mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan manusia sejagat. Namun begitu, jika diperhalusi dengan lebih lagi kita akan mendapati fahaman ini sebenarnya menjurus kepada sekularisasi atau pemisahan agama daripada kehidupan. Bagaimana? Dengan beranggapan bahawa semua agama adalah sama, seseorang itu akan kehilangan identiti dirinya. Sedangkan agama adalah garis pa...

Dajjal dan sekutunya

Dajjal bererti penipu. Rasulullah s.a.w pernah bersabda menyatakan bahawa di akhir zaman nanti akan muncul begitu banyak dajjal. Ini bermakna, penipu akan bertambah hari demi hari. Mereka ini pula akan diketuai oleh ketua dajjal iaitu al-Masih Dajjal yang akan mati di tangan Nabi Allah Isa a.s. Di akhir zaman ini, sama ada secara disedari mahupun tidak penipuan berlaku dengan begitu meluas sekali. Bukan sahaja peringkat individu, malah mencakupi peringkat antarabangsa dan dunia. Tentu di fikiran, kita membayangkan adalah mustahil untuk melakukan penipuan di peringkat antarabangsa, bukan? Bagaimana seandainya yang dinyatakan bahawa medium penipuan yang terbesar adalah menerusi media massa? Sudah tentu jawapannya, tidak mustahil berlakunya penipuan antarabangsa. Justeru, sedarkah kita bahawa media massa pada hari ini dikawal selia oleh satu sumber yang sama? Ini mencakupi semua aspek sama ada hiburan, kesihatan,sukan, internet hatta berita yang kita anggap benar sekalipun. Banyak perkara...

Apa itu nilai gred?

Kebanyakan IPT di Malaysia menggunakan sistem nilai gred bagi menentukan dan membuat penilaian ke atas para pelajar mereka. Namun begitu, tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan nilai gred? bagaimanakah sistem pendidikan di Malaysia mendapat idea untuk menggunakan sistem ini? adakah penggunaannya sama seperti di negara-negara lain? Mari kita lihat... Gred ialah satu piawaian yang menentukan tahap pencapaian bagi satu-satu bidang sama ada pelajaran, kajian, kemajuan sesebuah negara dan lain-lain. Ia boleh diterjemahkan dalam bentuk huruf (A, B, C, D, F) atau skala (4.0-1.0). Ia juga dikenali sebagai Nilai Gred dalam kebanyakan sistem pengajian tinggi di seluruh negara di mana ia berperanan untuk mengukur dan menilai pelajar khususnya dalam bidang akademik. Menurut sejarah, sistem gred ini telah diperkenalkan oleh seorang tutor bernama William Farish dan telah diguna pakai buat pertama kali oleh Universiti Cambridge pada tahun 1972. Namun begitu, pendapat ini disangkal oleh Keith Hos...

Sosiologi Islam: Satu Pengenalan

Apa itu Sosiologi Islam? Dalam membicarakan ilmu ini, terdapat dua istilah yang menjadi kekeliruan bagi pengkaji iaitu Islamic Sociology dan Sociology of Islam. Kedua istilah ini mempunyai makna yang tersendiri. Bagi istilah Sociology of Islam, ia membawa maksud bahawa satu kajian berdasarkan pemerhatian terhadap pengamalan agama Islam bagi satu-satu masyarakat Islam sedangkan Islamic Sociology bermaksud satu kajian terhadap ciri-ciri masyarakat Islam yang sebenar seperti yang digariskan oleh syarak dan ia mesti dipatuhi. Istilah sosiologi Islam tidak wujud sebagai respon kepada kewujudan sosiologi Barat atau sosiologi moden. Sebaliknya ia lebih merupakan penjenamaan semula istilah memandangkan ianya telah pun wujud semenjak perutusan Rasulullah s.a.w lagi. Buktinya dapat dilihat apabila baginda telah berjaya membentuk semula masyarakat Arab Jahiliyyah yang berada di dalam keruntuhan moral yang parah menjadi satu masyarakat yang tersusun dan mampu untuk menjadi contoh kepada mana-mana ...