Posts

Sampai bila?

Assalamualaikum.. Saya perhatikan bahawa sesetengah orang sering mempunyai perasaan tidak puas hati atau tidak senang terhadap kehidupan orang lain. Perasaan tidak senang ini pula tidak semestinya dizahirkan dengan perbuatan-perbuatan tercela seperti mengumpat, mengata atau menjatuhkan. Tetapi dilakukan dengan cara yang sebaliknya. Antara tindakan yang dilakukan bagi memuaskan hati mereka ialah dengan cara provokasi, memuji dengan cara berlebih-lebihan, mengambil hati orang tersebut agar lebih mudah diperdayakan dalam mendapatkan cerita-cerita yang bersifat peribadi atau berpura-pura simpati terhadap permasalahan dengan tujuan untuk meracuni akal fikiran sasaran mereka. Sikap ini tidak mengira orang sama ada kaum keluarga sendiri, ipar duai, jiran-jiran termasuklah juga rakan sekerja. Secara peribadi, saya berpendapat sikap ini begitu menjengkelkan. Mereka ini biasanya mengamalkan sikap talam dua muka dalam kehidupan. Menjadi persoalan kepada saya, sejauh manakah mereka akan terus ...

Membina fitrah anak-anak

Assalamualaikum.. Saya baru sahaja mengikuti satu wacana yang bertajuk membina fitrah anak-anak. Terdapat empat orang panelis: Ustaz Don Daniyal, En. Mohd Farid, Ustazah Isfadiah dan Pn. Mumtazah.. Forum ini adalah anjuran Brainybunch dan Kuis. Sepanjang program berlangsung (walaupun saya tak dapat ikuti kesemuanya), saya tertarik melihat audiens terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak. Hampir kesemua ibu bapa yang hadir membawa anak-anak mereka bersama. Tidak kira sama ada ibu bapa muda mahupun yang sudah pun memasuki era kematangan rumahtangga. Apa yang pasti, kesemua audiens mengharapkan satu input yang berharga untuk dibawa pulang sebagai panduan dalam mengkoreksi diri dan keluarga. Hadis Rasulullah s.a.w: "Setiap manusia dilahirkan di atas fitrah. Maka ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani" Rupanya setiap daripada kita ini memulakan hidup dengan fitrah. Apa itu fitrah manusia? Merenung anak-anak di rumah, saya menyenaraikan sebahagian ...

Mari kita bentuk pendidikan islami yang menyeluruh!

Nukilan ini dibuat berdasarkan syarahan perdana yang disampaikan oleh Prof. Daro' Dr. Sidek Baba di Auditorium Kuis pada 24 Mac 2011 yang lalu. Saya tertarik dengan 'model' pendidikan Islam yang diperkenalkan dan cuba diketengahkan oleh Prof. Daripada penyampaian beliau, terpancar kesungguhannya dalam mewujudkan satu bentuk pengajaran dan pembelajaran yang 'keluar' dari ruang lingkup kerangkan teori Barat. Beliau memperkenalkan kerangka model tersebut dengan berpandukan kepada al-Qur'an dan Sunnah serta kalam hikmah daripada cendekiawan muslim yang terdahulu. Masya Allah, begitulah sifat seorang pemikir! Prof. telah menyatakan bahawa terdapat tiga PROSES BELAJAR INSANI: i) Proses keTAHUan (inquiry) ii) Proses keFAHAMan (mencari hubung kait diantara perkara ghaib dengan yang nyata) iii) Proses MENGHADIRKAN MAKNA (getting the meaning). Jika diamati daripada ketiga-tiga proses ini, alangkah rasa kerdilnya diri dan betapa bersalahnya saya selaku barisan aka...

Duit atau matawang?

Apabila dinyatakan dua perkataan di atas tentulah timbul kekeliruan di kalangan kita. Sesetengahnya berpendapat kedua-dua perkataan membawa maksud yang sama manakala ada juga yang berpendapat bahawa dua perkataan ini mempunyai maksud yang tersendiri. Saya menghadiri satu syarahan perdana yang bertajuk 'Duit, Matawang, Kredit dan Riba'. Syarahan ini disampaikan oleh Prof. Dr. Aziudin Ahmad, seorang yang berpengalaman dalam bidang perbankan. Alhamdulillah ia merupakan satu perkongsian yang menarik daripada beliau khususnya buat saya selaku pelajar pengajian Islam. Sedikit ulasan daripada syarahan beliau... Terdapat perbezaan BESAR di antara duit dan matawang. Duit ialah nilai sebenar bagi satu-satu barangan seperti beras, gula, minyak, elektrik, air, garam, ikan dan seumpamanya. Manakala matawang adalah satu unit yang diletakkan pada sehelai kertas dan dianggap sebagai mewakili NILAI barangan. Walaubagaimanapun, kesan daripada penggunaan dan tanggapan yang direncanakan oleh k...

Perkara yang sering dilupakan oleh ibu dan ayah

Saya baru sahaja selesai menonton sebuah filem melayu yang diadaptasi daripada filem cina. Ceritanya agak membosankan, saya hampir sahaja tidak mahu menghabiskan menontonnya. Tetapi atas sebab ingin tahu saya layankan juga. Ternyata di sepanjang cerita, saya dapat perhatikan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh ibu dan ayah. Tidak dapat dinafikan, termasuklah diri saya juga. Tujuan saya menyenaraikan kesilapan-kesilapan tersebut adalah sebagai peringatan bagi diri saya dan juga ibu ayah yang lain agar kita sama-sama berusaha untuk tidak mengulanginya. Perlu diakui bahawa setiap mereka yang bergelar ayah dan ibu mengimpikan yang terbaik untuk anak mereka. Pada anak diletakkan harapan agar menjadi LEBIH BAIK daripada diri mereka sendiri. Sekalipun perkara ini jarang disedari oleh si anak, namun harapan demi harapan terus diletakkan ke atas bahu anak-anak. Setiap anak ada harapan yang tersendiri. Begitu juga setiap kali melihat anak membesar, maka harapan baru pula dipasakkan ...

Ajaran Sesat vs Ajaran Betul

Saya baru menghadiri sebuah kolokium berkenaan ajaran sesat di salah sebuah kolej swasta.. Berikutan itu, ada beberapa perkara yang saya ingin bincangkan: 1)Secara peribadi sebenarnya saya tidak begitu bersetuju dengan penggunaan istilah 'ajaran sesat' tu walaupun itu yang termaktub dalam fatwa negeri. Takrif ajaran sesat menurut fatwa JAKIM ialah: "... Apa-apa ajaran yang dibawa oleh orang Islam mahupun bukan Islam yang didapati bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah serta prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah.." Ini bermakna ajaran sesat ialah semua ajaran selain yang diajarkan oleh Islam menurut panduan al-Qur'an dan Sunnah. Sedangkan saya tahu bukan itu yang dimaksudkan oleh Jabatan Agama Islam. Jabatan Agama Islam sebenarnya ingin membanteras ajaran yang didakwa sebahagian daripada Islam sedangkan pada hakikatnya menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Justeru, saya berpendapat bahawa istilah 'ajaran sesat' itu sebaiknya ditukar kepada ...

PLURALISME AGAMA

Pluralisme Agama merupakan satu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Tidak ada agama yang berhak mendakwa bahawa ajarannya sahaja yang benar (religous truth claim). Pengasasnya yang terkenal ialah John Hick. Beliau adalah individu yang memperjuangkan 'kesamaan' di antara semua agama. Semua agama dianggap mempunyai Tuhan yang sama, sekadar berbeza dari segi namanya. Semua manusia juga dikatakan akan memasuki syurga tanpa melihat kepada agama yang dianutinya. Ringkasnya, kepelbagaian agama dianggap seumpama pelbagai jalan yang menuju kepada matlamat yang sama. Fahaman ini 'kononnya' bertujuan untuk mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan manusia sejagat. Namun begitu, jika diperhalusi dengan lebih lagi kita akan mendapati fahaman ini sebenarnya menjurus kepada sekularisasi atau pemisahan agama daripada kehidupan. Bagaimana? Dengan beranggapan bahawa semua agama adalah sama, seseorang itu akan kehilangan identiti dirinya. Sedangkan agama adalah garis pa...