Posts

Teguran dari emak

Saya berasa sedikit terusik apabila emak saya sering mengingatkan saya untuk mengajarkan Inas mengenal huruf. Ya, saya akui kata-kata mak itu benar. Tetapi cara bagaimana saya harus lakukan? Dari mana harus saya mulakan? Sedikit kekok dan buntu. Saya yakin ibu-ibu lain sama seperti saya yang menginginkan anak boleh membaca di usia muda supaya masa mereka tidak diisi dengan perkara yang sia-sia. Sekian lama juga saya sudah mengusahakan untuk memuat turun fail-fail, video-video sebagai bahan bantu untuk si anak. Tidak setakat itu malah VCD juga saya turut belikan untuk dipasang di TV rumah. Sangka saya semudah itu untuk mengajar anak. Rupanya saya silap..Mungkin tidak silap sepenuhnya, tetapi kurang tepat.. Teguran daripada emak sedikit membuat saya tersentak dan kembali serius mencari dan berusaha untuk merealisasikan impian dan doa saya selama ini. Saya mula membaca penulisan ibu-ibu yang terbukti berjaya mengajar anak mereka pada usia muda dan mengambil semangat mereka. Ya, saya per...

Sambung cerita sedekah semalam..

Image
Semalam setelah saya mencoretkan berkenaan sedekah yang tak seberapa tu..saya dihubungi oleh tuan rumah sewa yang lama memaklumkan bahawa saya sudah boleh mengambil baki deposit rumah dulu. Alhamdulillah, berbunga-bunga hati ini meyakini bahawa secepat ini Allah membalasi sedekah saya yang semalam. Masakan tidak, sekeping not hijau muda dibalasi dengan empat keping not hijau tua dan dua keping not merah! Alhamdulillah, Maha Suci Allah.. Keesokannya (hari ini), saya terus menghubungi rakan saya yang sedang mencari sukarelawan yang ingin mewakafkan sebahagian wang untuk tanah tapak pembinaan institusi pendidikan di negeri sembilan. Saya bersetuju untuk menghulurkan sebahagian daripada apa yang dimiliki sebagai tanda syukur saya kepada Allah. Satu perasaan yang pelik dalam hati saya ialah, tiba-tiba saya begitu berkobar-kobar untuk mensedekahkan wang yang ada pada saya. Mengapa agaknya ya? Saya tidak lagi begitu gusar seperti peristiwa semalam. Sesampainya rakan saya di tempat yan...

Sedekah di pertengahan bulan..

Hari ini saya berazam untuk tidak turun makan ke kafe memandangkan wang dalam simpanan hanya 'cukup-cukup makan' sedangkan perjalanan masih jauh untuk menempuh 'Hari Gaji' yang seterusnya. Namun, tiba waktu tengah hari saya merasa sedikit tertekan dengan bebanan kerja menjadikan perut saya mula menginginkan sesuatu untuk dimakan. Sebelum melangkah keluar dari bilik, saya merenung dompet yang ternyata mempunyai dua keping not hijau tua dan sekeping not merah. Niat saya dalam hati untuk berjimat menggunakan not merah sebagai belanja harian saya bagi minggu ini sedangkan dua keping not lagi akan saya simpan untuk belanja dapur rumah. Saya memilih untuk pergi ke koperasi berhampiran bagi menyelamatkan wang saya daripada terlebih belanja. Sekonyong-konyong, seorang daripada rakan sejawat saya muncul di hadapan saya menghulurkan fail memohon sumbangan pembesaran sebuah masjid di sebuah mukim yang terletak bersebelahan dengan mukim rumahnya. Dengan meyakini kuasa sedekah, ...

Sistem politik Melayu: Antara tradisi dan demokrasi

Pada 24 November 2011, saya berkesempatan menyertai sebuah seminar anjuran Jabatan Pemikiran dan Peradaban Islam. Dalam seminar tersebut, Dr. Siddiq Fadzil telah pun menyampaikan sebuah pembentangan yang bertajuk Sistem politik Melayu: Antara Tradisi dan Demokrasi. Satu tajuk menarik saya kira. Ditambah pula dengan gaya penyampaiannya yang menggunakan bahasa 'lama' seperti sasterawan lagaknya. (Hehe..) Beliau menyatakan bahawa Islam telah sampai ke Tanah Melayu selepas kejatuhan Baghdad iaitu pada kurun ketiga belas Masihi. Islam yang sampai ini bukan sekadar kosmetik atau ikut-ikutan sahaja, bahkan ia sebenarnya meresap terus ke akar umbi mencakupi aspek politik dan kehidupan masyarakat Tanah Melayu pada ketika itu. Antara buktinya ialah istilah Raja yang digunakan walaupun ia membawa maksud jelmaan Dewa tetapi dalam Islam Raja disifatkan sebagai bayangan Tuhan untuk menggambarkan bahawa seorang Raja adalah insan yang memikul amanah dalam menegakkan syariat Allah s.w.t. ...

Mini Kolokium SLAK 2011

Ucapan yang saya nukilkan di sini merupakan sedikit sedutan daripada uacapan Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud di Mini Kolokium SLAK 28 Disember yang lalu. Saya akui, agak terlewat saya memasukkan entri blog ini memandangkan kesibukan kerja dan kuliah sepanjang satu semester. Dalam ucapannya, Dr. telah memberi amaran bahawa adanya usaha untuk menyifatkan kemunduran umat Islam hari ini berpunca daripada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah khususnya yang cenderung kepada metode Imam al-Ghazali dan Imam al-Asy'ari. Beliau juga menyebut tradisi penjajahan hari ini sedang ditumpukan kepada bidang pendidikan. Buktinya 73 peratus daripada universiti di Timur Tengah adalah ditadbir oleh pihak swasta. Daripada semua universiti swasta tersebut, 50 peratus daripadanya adalah dibiayai oleh Eropah dan Amerika Utara. Tujuannya adalah untuk menguasai bidang ilmu yang tinggi dan menjadikan ilmu-ilmu Islam dikupas dan dibentangkan menurut kaca mata mereka. Begitu juga ia bertujuan untuk mendidik warga berpendi...

Ada apa dengan usrah

Setelah lima tahun saya meninggalkan dunia pengajian, selama itu jugalah saya meninggalkan usrah. Sebenarnya, saya tidak pernah menyertai usrah secara sukarela. Semua pengalaman usrah yang saya lalui adalah kerana diwajibkan oleh pihak sekolah dan pihak IPT. Bukan tidak pernah kawan-kawan mengajak, malahan ada di kalangan guru turut mengajak untuk menyertai usrah. Namun, hati saya seakan tidak bersedia untuk memberikan komitmen terhadap usrah itu sendiri. Saya lebih senang bersendiri dan hanya berkongsi ilmu dengan suami dan para pelajar. Baru-baru ini, tempat saya bekerja telah mewajibkan semua kakitangannya untuk menyertai usrah. Apa yang mengejutkan ialah saya dilantik menjadi salah seorang daripada naqibah (moderator usrah). Terkedu saya seketika. Bagaimana mungkin saya seorang yang telah meninggalkan usrah sekian lama perlu memimpin usrah hari ini? Hanya Allah yang tahu betapa gusarnya hati ini tatkala kami diaturkan untuk pertemuan pertama. Apatah lagi, saya mendapat tahu bah...

Allah al-Raqib

Semalam adalah hari pertama saya bertugas sebagai pengawas peperiksaan. Sebenarnya tugasan ini yang paling memenatkan berbanding tugasan mengajar. Sekiranya diberi pilihan, mahu rasanya saya wakilkan tugas ini kepada orang lain. Namun, ini juga termasuk di antara perincian tugasan saya sebagai tenaga pengajar di sini. Semasa saya mengawas, saya mendapati ada seorang pelajar yang mempunyai gerak geri mencurigakan. Perlakuannya menjadikan saya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Mengingatkan perlunya profesional dalam bertugas, saya tidak terus menyergah atau menyoal kelakuannya. Saya membuat keputusan untuk terus sekadar memerhatikannya dari jarak yang agak dekat. Tindakan saya ternyata membuatkan pelajar itu merasa khuatir dan 'gelabah'. Ia dapat dilihat dari raut wajah dan perlakuannya. Ini menjadikan perasaan syak saya semakin menebal. Apatah lagi, sejak dari awal saya berdiri di situ, pelajar tersebut langsung tidak mampu menulis atau menjawab soalan di atas ...