Posts

Jaga hati..saya atau awak atau mereka?

Isu jaga hati atau sensitiviti ini sentiasa menjadi pokok utama dalam satu-satu perhubungan. Jika seseorang itu pandai menjaga hati mereka yang di sekelilingnya, dia akan dilabel sebagai seorang yang bagik muamalahnya. Namun, jika yang berlaku sebaliknya, maka individu tersebut akan dipandang sebagai 'bermasalah komunikasi'. Sejauh mana kebenaran tanggapan umum ini, saya pun tidak pasti. Kenapa? Kerana, dalam sesetengah kes saya perhatikan.. ada seorang yang berkata jujur tentang satu perkara tetapi disalah tanggap oleh penerimanya, lalu orang itu dianggap tidak pandai 'menjaga hati'. Tetapi jika ada individu lain yang gemar 'mengampu' atau 'membodek', dia akan disenangi kerana sikap 'mengambil hati' yang ada padanya. Persoalan saya, adakah wajar mengenepikan perkataan jujur yang pahit semata-mata untuk mengutarakan perkataan dusta yang manis? Hmm..konfius, bukan? Wahai saudaraku, Sabda Rasulllah SAW mafhumnya, "Berkata benarlah wa...

Peranan Paul dalam Kristian

Dipetik dari PAUL: Pencipta Agama Kristian - http://www.darulkautsar.netarticle.php?ArticleID=343 Oleh: Siti Sakinah bt Mohd Khirrudin PENDAHULUAN Tidak lengkap rasanya agama Kristian jika kita tidak mengenali Paul dengan lebih dekat. Setiap perbincangan mengenai agama Kristian disentuh pasti Paul juga akan dikaitkan. Siapakah Paul sebenarnya?. Para penyelidik berpendapat bahawa Paul merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam mencorakkan agama Kristian. Sumber yang ada dalam agama Kristian sekarang ini dicipta oleh Paul sendiri. Segala peraturan yang terdapat di dalamnya seperti prinsip- prinsip, dasar agama dan upacara- upacara adalah ditetapkan oleh Paul juga. Bahkan dia yang bertanggungjawab dalam menggubal pegangan penganut- penganut agama tersebut. Dengan kata lain, agama Kristian yang ada sekarang ini adalah hasil ciptaan Paul, bukan seperti yang diwahyukan Allah s.w.t kepada Nabi Isa a.s untuk disampaikan kepada umatnya. Di sini sama-sama kita mengkaj...

Perang 'siber'

Dua tiga minggu ni saya melihat dengan mata kepala sendiri, dua buah keluarga berselisih faham hanya kerana luahan-luahan rasa di facebook dan whatsapp. Mengapa begini? Pada hemat saya, terdapat bebrapa faktor mereka melakukan sedemikian: 1.Tidak merasa 'aib. Kerana memang hendak menghebahkan keburukan yang ada pada KELUARGA sendiri. 2. Memuaskan nafsu. Saya tidak kata memuaskan hati, kerana yang mendorong seseorang untuk meluahkan rasa pada ruang yang salah adalah kerana menuruti hawa nafsu yang sedang bergelojak dengan amarah dan benci. 3. Lupa TUHAN. mereka lupa bahawa Tuhan Maha Mengetahui segala sesuatu. dan Tuhan juga menyembunyikan aib mereka TETAPI mereka sendirilah yang telah membukanya. Kesan daripada 'perang siber' ini: 1. Keluarga berantakan. Adik beradik bergaduh sesama sendiri. 2. Musuh bertepuk tangan. 3. Orang lain akan menghina dan memandang rendah kepada kedua-dua belah pihak. See? Tidak ada siapa menang. Kedua-duanya KALAH dan TEWAS dalam ...

POTENSI QALBU DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

PENDAHULUAN Berhubung penciptaan manusia, terdapat tiga unsur utama iaitu jasmani, rohani dan nafsani (kejiwaan). Unsur jasmani ialah bentuk fizikal manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar, mampu bergerak atau digerakkan, mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan yang boleh diukur. Ia bersifat material dan tidak mampu menanggapi perkara yang bersifat abstrak. Sebaliknya unsur rohani mempunyai ciri yang bertentangan. Roh bersifat ghaib, multi dimensi iaitu tidak dibatasi ruang dan waktu dan menjadi penggerak utama kepada jasad manusia. Perbahasan tentang roh pula terbahagi kepada dua iaitu pertama berkenaan zatnya sendiri manakala yang kedua ialah berkenaan kedudukannya yang mempunyai hubungan dengan jasad. Bahagian yang kedua disebut sebagai al-gharizah atau nafsani. Dengan erti kata lain, unsur nafsani berperanan sebagai penghubung di antara unsur jasmani dan rohani manusia. Terdapat tiga bahagian dalam unsur nafsani iaitu akal, qalbu dan nafsu. Di antara ketiga-tiga bahagi...

Ibu dan anak

Saya mengakui bahawa mendidik anak-anak bukan perkara mudah.. Ia tidak boleh dilakukan sambil lewa atau tidak acuh. Malah kalimah seumpama ini tidak wajar dijadikan pegangan tatkala berhadapan dengan cabaran ini. Selaku seorang yang berkecimpung dalam bidang pendidikan sejak beberapa tahun lalu di samping berpengalaman membantu ibu membesarkan adik-adik saya, sememangnya hakikat ini telah saya sedari sekian lama. Namun, apabila berhadapan dengan anak-anak sendiri yang sedang membesar ia lebih-lebih lagi memerlukan keSABARan dan DOA. Dua kunci ini sentiasa saya pahatkan dalam diri malahan dititipkan sebagai doa setiap kali usai solat dan tilawah al-Quran. Apatah lagi dengan keterbatasan diri yang mempunyai tahap kesabaran yang tidak tinggi serta kemahiran keibubapaan yang masih kurang, karenah anak-anak kadangkala menjadikan saya menitiskan air mata. Sedangkan anak saya masih lagi begitu kecil, sekitar 3 dan 4 tahun. Saya membayangkan bagaimana ibu dan ibu mertua saya yang begitu bany...

Ulasan buku: Wasiat sebelum dirimu bergelar ulama

Karya yang disusun oleh Ust Mohd Solleh Abd Razak ini adalah baik dan sesuai untuk dibaca oleh semua pelajar jurusan pengajian Islam khususnya peringkat Institut Pengajian Tinggi. Malah, selaku graduan daripada bidang tersebut saya mendapati kupasan buku ini adalah ilmiah kerana disertakan dengan rujukan lengkap. Namun, susun aturnya yang santai dan bijak oleh penyusun menjadikan pembaca seolah-olah tidak merasa ketinggian idea yang cuba disampaikan. Buku ini memberi saya inspirasi untuk menyedari kedudukan saya sebagai pengajar dan penuntut ilmu agama. Di samping ia banyak memberi input baru kepada saya atas pengetahuan yang sedia ada, ia turut menjawab sebilangan persoalan saya –sama ada yang diajukan atau yang bermain di minda- khususnya berkaitan pendirian yang terbaik boleh diambil oleh seorang ‘agamawan’ dalam konteks politik hari ini. Ini berikutan penulis menyelitkan maklumat tambahan berkenaan situasi politik di Malaysia dan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh para ulam...

Tips belajar dari Fb

Image
Perkongsian dari Fb.. Seolah-olah bertepatan pula dengan musim peperiksaan yang bakal tiba, suka saya berkongsi artikel yang dikongsi oleh rakan-rakan Fb.. Bukan apa, kata-kata (baca: ALASAN) pelajar di bawah adalah yang biasa dilontarkan oleh pelajar-pelajar saya. Tanpa mengira semester/tahun/umur. Justeru, dengan mengabadikan tulisan ini dalam blog saya, diharapkan saya dapat memberikan jalan keluar bagi mereka setiap kali mereka mengungkapkan ayat yang 'beracun' ini.. :) 10 UCAPAN PALING BERACUN SEORANG PENUNTUT ILMU - PROF DR MUHAYA 1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.' Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa ...