Posts

Ucaptama ReCiT 2014

Assalamualaikum wrt wbkt, Di sini dicatatkan sedikit dapatan daripada perkongsian Dr. Khairuddin al-Juneid, Univ. Singapura dalam pembentangan beliau di ReCiT 2014 @ Hotel Everly Putrajaya. Berhubung penulisan sejarah yang dilakukan oleh HAMKA: Secara umumnya terdapat TIGA bentuk masalah dalam penulisan sejarah Islam di Alam Melayu. Ia ditulis dalam TIGA pendekatan yang menimbulkan permasalahan kepada umat Islam sendiri pada kemudian harinya, TIGA pendekatan itu ialah: 1. Orientalisme 2. Rasisme 3. Liberalisme Pandangan ORIENTALISME, lebih cenderung untuk mengetengahkan idea bahawa Barat adalah jauh lebih baik, lebih terkehadapan berbanding Tamadun Islam atau Tamadun Melayu. Pandangan LIBERALISME, menyatakan konservatisme adalah perkara yang tidak bagus, mundur dan wajar ditinggalkan. Golongan ini juga menyatakan bahawa pengaruh Hindu adalah lebih terkesan kepada Alam Melayu berbanding sumbangan Islam. Pandangan RASISME, pula membataskan perbahasan tentang sumbangan pelbag...

Pengislahan Masyarakat: Tumpuan Terhadap Kisah Nabi Musa A.S Dan Bani Israel Dalam Al-Quran

Penulis kertas kerja: Nazneen binti Ismail, Nurzatil Ismah bt Azizan, Hasliza bt Talib (Kuis) *Telah dibentangkan dalam Seminar Peradaban dan Pemikiran Islam pada 27 Oktober 2014 di Hotel Everly, Putrajaya. ABSTRAK Pengislahan masyarakat merupakan proses yang perlu dilakukan secara berterusan meskipun sangat sukar untuk mendapat respons positif daripada masyarakat. Ia adalah cabaran bagi seorang pendawah sepanjang zaman. Sesuai dengan misi tauhid yang dibawa, teladan daripada kisah para nabi perlu diketengahkan sebagai panduan dan motivasi bagi para pendakwah. Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis usaha Nabi Musa a.s berdakwah kepada Bani Israel serta menterjemahkannya dalam konteks semasa. Persamaan yang wujud di antara suasana kaum Nabi Musa a.s yang keras kepala dan mudah terpengaruh dengan amalan syirik dengan masyarakat hari ini menjadi dasar penulisan. Tambahan pula, tiada sokongan daripada pemimpin turut dikenal pasti sebagai ciri yang wujud dalam kedua-dua zama...

Potensi Qalbu dalam membuat keputusan: Kajian menurut perspektif Islam. Jurnal PPP 2014

Assalamualaikum wrt. wbkt, Berbicara mengenai qalbu bersama rakan-rakan sejawatan, telah menimbulkan beberapa persoalan yang perlu dicari jawapannya. Jika bukan untuk orang lain sekalipun, sekadar memenuhi perasaan ingin tahu dalam diri. Antara persoalan yang dikemukakan ialah: 1. Bagaimana kedudukan qalbu dalam menentukan keputusan? 2. Benarkah baik buruk pelakuan ditentukan qalbu? 3. Bagaimana dengan pengaruh akal dan nafsu? 4. Adakah qalbu ini benar-benar neutral atau tiada kecenderungan baik atau buruk? Alhamdulillah, setelah hampir setahun lebih menanti akhirnya beroleh rezeki untuk menerbitkan artikel di jurnal keluaran KUIS. Bertajuk Potensi Qalbu dalam Membuat keputusan: Kajian berdasarkan perspektif Islam. Untuk bacaan penuh, boleh klik link yang tertera berikut: http://lms.kuis.edu.my/jurnal/wp-content/uploads/2014/10/POTENSI-QALBU-DALAM-MEMBUAT-KEPUTUSAN-KAJIAN-MENURUT-PERSPEKTIF-ISLAM.pdf

Bengkel penyelidikan semalam

Assalamualaikum Semalam saya menghadiri satu bengkel penyelidikan yang dianjurkan pihak kolej. Pada mulanya terasa berat hati juga untuk menyertainya tetapi oleh kerana ia kewajipan, maka digagahi juga untuk pergi. Antara sebab menjadi berat hati adalah kerana saya telah pun menghadiri dua siri bengkel penyelidikan dua atau tiga tahun lepas. Tambahan pula, merujuk kepada tentatif program ternyata sama seperti yang pernah dihadiri sebelum ini. Bezanya, kali ini penceramah adalah orang lain dan tempat pun hanya dalam kawasan kolej sahaja. Hmm Bengkel tersebut bermula sekitar jam 9 pagi meskipun yang dijadualkan pada 8.30 pagi. Penceramah pula adalah seorang yang berlatar belakang pengajian Islam dan secara jujur mengakui bahawa ini adalah kali pertama beliau menguruskan sebuah bengkel. Agak sedikit mengecewakan pada awalnya kerana latar belakang dan pengalamannya adalah sedikit berbanding penceramah sebelum ini. Tetapi sangkaan itu cepat-cepat diusir jauh dari kotak pemikiran dengan ...

Perjalanan terakhir tok Saayah ku..

Image
Bismillah hir rahman nir rahim.. Coretan ini dibuat setelah pemergian tok Saayah ku ke rahmatullah pada 2 April lalu. Di bumi barakah, Makkatul Mukarramah rupanya telah tercatat bahawa ia bakal menjadi saksi perjalanan terakhir nendaku tercinta.. Tok Saayah yang ku kenali bukan seorang wanita yang berpendidikan tinggi tetapi punya prinsipnya yang tersendiri. Suami ditaati sepenuh hati sehingga akhir hayat. Walau arwah tokwan ku menghidap alzheimer di penghujung hayatnya, tokku tetap sabar dan tabah berbakti. Ubat sang suami tidak pernah dilupakan, makan pakainya tetap terpelihara hingga saat akhir dia dipanggil Allah SWT. Tok Saayah ku tetap di sisi arwah tokwan ketika arwah menghembuskan nafasnya. Air mata tok berlinangan namun disembunyikan. Bicaranya tetap tenang pada hari itu, seperti selalu. Aku yakin, tokwan sungguh beruntung punya isteri seperti tok. Tok Saayah yang ku kenali punya sifat rahmah yang begitu luas. Selepas suami, anak-anak adalah tempat curahan kasihnya. Tota...

Membaca catatan harian Ahmad Wahib

Sebuah buku bertajuk Pergolakan Pemikiran Islam yang merupakan himpunan catatan harian Ahmad Wahib berkisar pandangannya terhadap Islam, umat Islam dan suasana di sekelilingnya. Dia adalah seorang anak kiyai pesantren yang sangat berpegang kuat kepada Islam. Dia juga telah mencatatkan bahawa pernah tinggal selama dua tahun bersama paderi serta menganggap kedua-dua paderi tersebut 'ayah'nya. Dia mula membuat catatan yang sifatnya kontradik ini sejak timbul pelbagai persoalan di mindanya. Dia adalah seorang aktivis-saya kira- pada zaman mahasiswanya. Ini kerana catatannya banyak berkisar Himpunan Mahasiswa Islam (HMI), sebuah pertubuhan mahasiswa di universti tempat dia belajar. Catatan ini dikumpulkan oleh rakannya sejurus mendapat khabar tentang kematian Ahmad Wahib yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Pada awalnya, saya tidak berminat untuk membaca catatan ini. Tetapi setelah diminta oleh pelajar yang mengalami kekeliruan ketika membaca buku ini, maka saya pun mu...

Cukuplah kematian itu sebagai peringatan!!

Kematian. Apa perasaan kita apabila menyebut perkara ini? Biasa. Klise. Tiada perasaan. Alah, mesti tazkirah yang sama. Biasalah, semua orang akan mati.. Begitu? Hmm. Saya rasa terpanggil untuk mencoret berkenaan kematian hari ini. Rentetan daripada perbualan dengan anak sulung berusia 5 tahun, Inas. Malam itu, sedang saya mengajar Inas membaca tiba-tiba air matanya turun laju. Tersesak-esak. Nafasnya tersekat-sekat. Tidak mampu lagi meneruskan bacaan. Lantas, saya bertanya "Inas, kenapa? Mama tak marah pun?" Inas menyeka air mata seraya mengajukan persoalan, "Mama, kenapa kita mesti mati?" "Kalau mama mati, Inas tinggal dengan siapa?" "Kalau Inas mati, macam mana dengan baby Nuha? Siapa akan jaga?" Tersentak hati saya. Diam seketika. Pelbagai persoalan menerjah di fikiran. Pujuk saya, "Inas, kita semua akan mati sebab kita akan berjumpa Allah. Kalau kita tak mati, kita tak dapat jumpa Allah, kita tak dapat masuk syurga Alla...