Posts

The Intern.. Satu review

Bismillah hir rahman nir rahim Serasa ingin pula mencoret sesuatu di maya ini. Setelah sekian lama tidak menjenguk blog yang kata orang umpama hidup segan mati tidak mahu. Puncanya simple..sedikit terkesan dengan tayangan filem The Intern yang ditonton bersendirian tatkala anak-anak sudah tidur sambil menunggu suami pulang dari daurahnya sabtu lalu. Tertarik dengan trailer filem yang menonjolkan seorang lelaki tua tetapi hadir sebagai pekerja praktikal (intern), menjadikan saya membeli filem tersebut daripada unifi. Selain daripada garapan cerita yang kemas dan baik seperti filem Inggeris lain, saya melihat filem ini hampir dengan kehidupan saya selaku Gen Y. Filem ini mengisahkan seorang lelaki pasca pencen yang sudah kematian isteri kembali bekerja sebagai intern di salah sebuah syarikat yang melakukan bisnes atas talian. Tentunya, lelaki yang dikenali sebagai Ben itu perlu menyesuaikan diri dan belajar banyak perkara. Apatah lagi di kala perbezaan usia dan teknologi menjadi ju...

Tips anak minat belajar dan membaca

Bismillah hir rahma nir rahim.. Saya merasa terpanggil untuk membuat sedikit coretan berkenaan tajuk di atas. Tujuannya adalah untuk berkongsi pengalaman saya sebagai ibu dalam memberi pendedahan awal kepada anak tentang baca dan buku. Pucanya apabila ini minggu lepas merupakan kali kedua saya ditanya oleh guru anak tentang bagaimana kami memupuk minat anak untuk belajar, membaca dan meneroka dunia ilmu. Agak segan sebenarnya apabila yang bertanya itu ialah guru anak kami dan kami pula hanyalah ibu bapa muda yang baru menginjak tahun ketujuh perkahwinan. Masih panjang perjalanan mendidik anak yang perlu kami lalui. Baiklah, bagi ibu atau bapa yang mencari tips anak minat belajar, berikut ialah 5 perkara yang kami amalkan selama ini: 1. MULA AWAL Perkenalkan anak-anak dengan buku. Ini adalah kaedah yang mula-mula perlu dilakukan. Belikan buku mengikut tahap usia atau ke hadapan sedikit dalam satu atau dua tahun. Contoh anak yang berusia dua tahun dibelikan buku untuk umur tiga ...

ISICaS 2015 with Kyoto University

Image
Bismillah hir rahman nir rahim Actually i did not expect to attend this seminar as a commitee member due to my duties at the college. Unfortunately, my name was been listed by our class representative as commitee member. I only know it when the lecturer in charge create a Whatsapp chat group and added me in! Ayya.. its so difficult to me to refuse the job because it seemed like they really need commitee members among us. So, okay.. i accept the task as a writer (?) or in Malay we called it Pencatat Seminar. Ok, so, this is the seminar which i attend only half a day instead of 2 days seminars. Huhu. (Look, i've told u that i'm busy right now!) So, those are the presenters from the first session in the morning. From 8.30-10.30 a.m. I was really impressed with the japanese students who were seriously focused on their research on Islam and Muslim world. Besides, this is the first time i sit and listen carefully to the presentations delivered by foreigners. And the guy name ...

Perjalanan baru bermula

Hari ini hari ke13 selepas tarikh pendaftaranku sebagai pelajar di IIH, UKM. Oh noooo... i'm gonna be a student (formally) again!! After few years enjoying my life as a working mom with 4 kids.. huhu So, everything need to be prepared..mentally, physically and spiritually which is most important. All i need is motivation and support from everyone around me. My hubby, my kids, my SV and also my friends especially Kak Huda! MMMuah. love u sis Lets say my journey actually began with un-sangka-rable rezeki from Allah SWT. Before this, i had make up my mind to not further my studies anymore. Only keep on writing and presenting papers. While trying other field..urm, business (maybe?! WOW) BUT, After Dr. Syai called me and propose me to be her student, i felt suprised and do not know waht should i do.. Then, my hubby insist me to accept the proposal! This is the 2nd suprise i got within two days.. huhu. Allah knows what inside my heart.. Ok, so from that day i tried my best to g...

Teruslah memberi, kita tidak rugi

Assalamualaikum.. Adakalanya dalam kehidupan ini kita berasa jemu memberi. Lantaran daripada kita terlalu asyik menghitung kebaikan diri tidak pula menilai dari sudut hati. Penilaian yang berat sebelah ini menjadikan kita sering sakit hati, kadang kala kecewa malahan boleh sampai putus asa. Maka, untuk diri yang merasa lemah kerana memberi di sini dititipkan beberapa untaian kata sebagai motivasi: Memberilah, tanpa mengharap pujian Mengasihilah, tanpa mengharap balasan Berbaktilah, tanpa mengharap ingatan Berjuanglah, tanpa mengharap sanjungan Berkongsilah, tanpa mengharap kenangan Sesungguhnya berharap itu hanya pada YANG HAKIKI, nantikanlah penilaian ILAHI demi sekeping hati yang kepingin bahagia diri #ErtiHidupPadaMemberi

Wahai sayang, bersederhanalah!

Sebagai ibu bapa siber, terdapat jurang perbezaan antara kita dengan ibu bapa kita. Orang dulu mendidik anak lebih berpandukan pengalaman mereka dididik. Adapun dunia hari ini mengizinkan kita untuk memperoleh pelbagai tips hanya di hujung jari. Di samping itu, terdapat lambakan buku rujukan di pasaran yang semakin giat membincangkan isu pendidikan gaya Rasulullah SAW. Jika dulu, kajian barat dilihat sebagai panduan 'baharu' yang bersifat lebih psikologi maka hari ini terdapat usaha mengetengahkan gaya mendidik baginda SAW yang tentunya merupakan rujukan awal kajian barat. Bezanya, barat menyisihkan unsur tauhidik dalam teori pendidikan mereka. Kerana itu, kaedah mereka didapati berlebih-lebihan sehingga mengundang parah dalam kalangan anak-anak. Contohnya, kebebasan yang diberikan menjadikan anak lupa diri. Larangan berkata tidak kepada anak juga 'mendidik' mereka supaya bersikap tiada adab dalam segenap hal. Maka, dalam soal pendidikan anak aspek kesederhanaan adalah ...

Ucaptama ReCiT 2014

Assalamualaikum wrt wbkt, Di sini dicatatkan sedikit dapatan daripada perkongsian Dr. Khairuddin al-Juneid, Univ. Singapura dalam pembentangan beliau di ReCiT 2014 @ Hotel Everly Putrajaya. Berhubung penulisan sejarah yang dilakukan oleh HAMKA: Secara umumnya terdapat TIGA bentuk masalah dalam penulisan sejarah Islam di Alam Melayu. Ia ditulis dalam TIGA pendekatan yang menimbulkan permasalahan kepada umat Islam sendiri pada kemudian harinya, TIGA pendekatan itu ialah: 1. Orientalisme 2. Rasisme 3. Liberalisme Pandangan ORIENTALISME, lebih cenderung untuk mengetengahkan idea bahawa Barat adalah jauh lebih baik, lebih terkehadapan berbanding Tamadun Islam atau Tamadun Melayu. Pandangan LIBERALISME, menyatakan konservatisme adalah perkara yang tidak bagus, mundur dan wajar ditinggalkan. Golongan ini juga menyatakan bahawa pengaruh Hindu adalah lebih terkesan kepada Alam Melayu berbanding sumbangan Islam. Pandangan RASISME, pula membataskan perbahasan tentang sumbangan pelbag...