Posts

MARAH ATAU MEMAAFKAN?

Mama, tadi kat sekolah kawan cabar nak tumbuk saya. Puncanya dia marah bila saya minta dia tukar kedudukan atas arahan cikgu. Walaupun saya ajak dia untuk selesaikan dengan cara baik, dia tetap mahu bertumbuk” . Wajahnya muram. Hatinya masih bersisa rasa geram kepada kawan yang seorang itu.   “Jadinya?”   “Kemudian, saya ke PSS membaca buku sampai tertidur di sana.”   Alhamdulillah (dalam hati). Risau jika anak ini menyahut 'cabaran' si kawan itu. Maklumlah, lumrah anak teruna pantang dicabar.   “Jadi kamu rasa marah sebab dia tidak memberi kerjasama malah cabar bertumbuk pula. Sedangkan perkara itu boleh diselesaikan dengan cara baik?”   “Itulah. Sampai sekarang pun hilang mood sebab masih rasa geram kepada dia.”   “Alhamdulillah, yang penting kamu dah pun sampaikan pesan cikgu kepada dia. Itu adalah tugas dan tanggungjawab kamu. Kemudian, bila dia tak nak beri kerjasama dan cabar pula untuk bertumbuk kamu tak melayannya tetapi menjauhkan...

PENERIMAAN DIRI (SELF-ACCEPTANCE)

 "SAYA RASA AWAK LAGI CANTIK DARIPADA DIA" Telinga saya menangkap perbualan antara dua anak gadis ketika sedang menunggu anak di depan pagar sekolah. Saya percaya ini merupakan dialog yang biasa dalam kalangan anak remaja kita. Fasa di mana mereka masih mencari identiti dan mempunyai keinginan tinggi untuk diterima dalam kelompok mereka. Keinginan ini menyebabkan mereka berusaha untuk menempatkan diri agar dipandang, dihargai, disayangi dan disukai oleh semua orang. Adakalanya apabila mereka di' reject' atau tidak berjaya memenuhi expectation orang lain, mereka akan bertindak menyisihkan diri dan mempersoalkan tentang keupayaan diri. Konflik ini akan semakin membarah apabila mereka membandingkan diri dengan orang lain. Pelbagai persoalan akan bermain dalam diri mereka seperti. "Kenapa dia tak sukakan saya?" "Kenapa dia tak nak berkawan dengan saya?" "Kenapa cikgu tak pandang muka saya?" "Kenapa mak ayah sayangkan kakak lebih?" ...

“MAMA, APA YANG BERLAKU DI ALAM ROH SAMA TAK DENGAN ALAM KITA?”

Image
Soalan ini ditanyakan oleh Arsalan (7 tahun) ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.  Pada awalnya, kakaknya, Nuha (9 tahun) bercerita bahawa cikgunya memberitahu semasa kita tidur, roh kita keluar daripada jasad. Roh akan dikembalikan apabila kita sedar atau jaga daripada tidur. Manakala, jika kita mati maka roh tidak lagi akan kembali ke dalam jasad. Saya membalas, “Ya, ketika tidur itulah berlaku mimpi. Mimpi ini merupakan pergerakan roh kita ketika kita sedang tidur”. Terasa bagai sedang memberi kuliah pengenalan tentang tajuk “Mimpi dan Kesedaran dalam Psikologi Islam” (salah satu tajuk kuliah saya). Hehe. Pada ketika itulah, si adik bertanya, “Mama, jika kita siang, adakah di alam roh juga siang? Dan jika di sini malam, adakah di alam roh juga malam?” Menarik soalan ini sebenarnya. Tak pernah pula saya terfikir dan tak pernah pula saya ditanya. Mungkin sebab selama ni yang diajar ialah pelajar dewasa. Otak saya ligat berfikir jawapan dan bagaimana untuk menyampaikannya t...

Ke mana masa kita dihabiskan?

 Assalamualaikum wrt wbkt, Sedikit coretan berkaitan dengan apa yang berlaku pada pagi tadi. Seperti biasa saya masuk ke pejabat dan menyusun beberapa perkara yang perlu diselesaikan dalam minggu ini. Antaranya markah kerja kursus pelajar memandangkan minggu ini ialah minggu yang ke-13, surat dan memo jemputan untuk seminar yang akan berlangsung bulan hadapan dan beberapa urusan melibatkan pengajaran dan pembelajaran.  Secara tiba-tiba tanpa makluman awal, ada dua orang pelajar yang datang ke pejabat kerana ingin menemuramah saya berkaitan tajuk tugasan mereka. Rasa nak marah pun ada kerana datang secara mengejut begitu. Namun, rezeki mereka kerana saya tidak mempunyai tugasan yang segera (urgent) jadi saya layankan jugalah. Tambahan pula, tajuk mereka berkaitan dengan pengurusan masa. Saya pun tahu, biasanya bila ada temuramah begini jawapan saya akan menjadi singkat sahaja. Saya lebih selesa menulis berbanding untuk bercakap dan menghuraikan sesuatu. Haha. Baiklah, tema soal...

Apa yang ibubapa perlu tahu untuk mendidik anak?

Bismillahirrahmanirrahim Serasa lama saya tidak menjengah ke blog ini (memang lama pun!). Kembali teringat kerana mengenangkan penulisan di blog yang bersifat bebas dan tidak terikat dengan format atau tatacara tertentu. Untuk menulis di fb pun, saya terfikir ada ke orang nak baca panjang-panjang? Hari ini, masyarakat lebih mudah menonton tiktok yang berdurasi 3 minit atau kurang. Pada petang ini saya memilih untuk menulis sesuatu dalam blog untuk berkongsi sedikit berkenaan dengan panduan mendidik anak-anak menurut seorang tokoh iaitu Abdullah Nasih Ulwan. Saya percaya namanya masyhur dalam kalangan mereka yang berminat dalam dunia pendidikan lebih-lebih lagi jika menginginkan kaedah pendidikan menurut Islam. Abdullah Nasih Ulwan merupakan pengarang sebuah kitab yang bertajuk "Tarbiyyatul Aulad fi al-Islam".  Buku ini telah banyak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu terutamanya Indonesia. Baru-baru ini jika tidak silap saya, Ustazah Isfadiah juga telah menerbitkan satu buku...

Ulasan buku: Risalah al-Mustarsyidin Karya Abu Abd Allah Al-Harith Bin Asad Al-Muhasibi (W. 243H)

  Bismillah hir Rahman nir rahim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) datang lagi. Cuma kali ini dilonggarkan kepada PKPB (PKP Bersyarat) dengan erti kata sektor ekonomi dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan beberapa SOP yang ketat. Manakala untuk urusan persendirian dibenarkan keluar daripada rumah tetapi terhad kepada dua orang sahaja untuk satu kenderaan. Sempadan daerah juga dikawal rapi oleh polis bagi mengehadkan pergerakan. Maka, kesempatan ini saya gunakan untuk menyambung pembacaan sebuah karya tasawuf iaitu Risalah al-Mustarsyidin. Karya ini mengandungi himpunan kalam hikmah seorang ulama tasawuf terawal iaitu al-Harith al-Muhasibi. Beliau dilahirkan di Basrah dan dikenali sebagai tokoh yang mempunyai pandangan berbeza dengan Imam Ahmad bin Hanbal khususnya dalam ilmu kalam. Naskhah yang menjadi rujukan saya telah diterjemah ke dalam bahasa Indonesia dan disertakan dengan syarah daripada Syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah. Saya kongsikan petikan di helaian awal kitab...

Ulasan Buku Socrates: Pengenalan Ringkas (ITBM)

Assalamualaikum wrt wbkt Sepanjang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini, saya hanya dapat menghabiskan sebuah buku yang ilmiah berkisar falsafah Yunani. Buku ini menceritakan tentang seorang ahli falsafah bernama Socrates. Saya yakin nama ini tidak asing dalam kalangan sebahagian kita. Umumnya Socrates dikenali sebagai seorang tokoh dan pelopor ilmu mantik dan falsafah. Peribadinya digambarkan sebagai seorang yang kerap berfikir dan mengajukan soalan untuk mendapatkan jawapan. Uniknya, meskipun tokoh ini tidak menghasilkan karya beliau tetap dikenali. Ini kerana banyak penulisan dihasilkan menggambarkan tentangnya walaupun tidak secara langsung. Dalam dunia Islam pula, para pengagum Socrates ada yang mengandaikan beliau sebagai salah seorang daripada para nabi dan rasul kerana kebijaksanaan yang dikatakan ada padanya. Di sini saya melihat betapa satu pemikiran boleh mempengaruhi pemikiran yang lain. Ketaksuban seseorang kepada satu pemikiran boleh mengubah dan menjejaskan pemiki...