Buku oh buku..
Baru-baru ini saya ditegur oleh ayahanda (teguran selepas berkahwin) betapa kurangnya saya membaca buku bagi menambahkan ilmu. Kata ayah : " Rasanya ayah lebih banyak membaca berbanding kak long. Kak long seorang pengajar sepatutnya kena banyak membaca." Ya, saya akui kata-kata ayah tersebut. Saya juga mengakui bahawa ayah walaupun seorang jurutera yang tersangat sibuk namun setiap malam dan setiap bulan pasti ada buku yang dibeli dan dibacanya. Bacaan beliau pula menjangkau semua bidang dan tidak tertumpu kepada bidang kejuruteraan apatah lagi tidak pula terhad kepada fardu ain semata. Lihat sahaja koleksi buku ayah, daripada buku sejarah sehinggalah kepada ensiklopedia semuanya tersusun. Tentunya, semua telah dibaca! Berbeza dengan saya, walaupun buku-buku saya juga banyak sehingga tiga almari namun hanya beberapa buah baru dibaca manakala sebilangan lain hanya diselak bila diperlukan. Betapa daifnya diri ini! Ilmu yang ada pun saya tahu hanyalah setakat ilmu zaman dipl...