Sambutan Tahun Baru 2012
Buat kali pertama dalam hidup saya beria-ia mengajak suami dan adik-adik untuk menyertai Sambutan Tahun Baru 2012 baru-baru ini. Ini kerana daya tarikan daripada pihak penganjur begitu menerujakan saya. Masakan tidak di antara daya tarikannya ialah Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak selain daripada Sham Kamikaze, Shahir dan Ustaz Akil Hayy (yang saya tidak pun berminat sangat nak tengok dari jarak dekat).
Begitu peribadi seorang ustaz yang sering dilihat menerusi youtube, saya dan seisi keluarga tertarik dengan cara penyampaian beliau yang begitu bersahaja dalam meladeni apa jua soalan daripada masyarakat (kadangkala, saya rasa soalan mereka itu tidak relevan ditanyakan).
Malam itu, kami bertolak dari rumah mak di Klang bersama dua adik perempuan saya menuju ke Masjid Shah Alam. Kami membuat keputusan untuk solat Isya' terlebih dahulu sebelum menuju ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang terletak bersebelahan dengan masjid tersebut. Rupanya di masjid juga mempunyai programnya yang tersendiri iaitu alunan zikir dan qiyamullail dipimpin oleh Syeikh Nuruddin al-Banjari (interesting right? satu kelainan yang begitu positif pada saya). Perlu disebut juga pada malam yang sama terdapat konsert yang dianjurkan di ICT bermula seawal pagi dan berakhir tengah malam dan dihadiri oleh PM kita (acara biasa je pada saya..)
Sesampainya kami di dataran, terdapat deretan kedai dengan keadaan jalan yang begitu sesak menyebabkan kami tidak berani untuk 'menyinggah' di mana-mana tanpa pengetahuan suami selaku 'musyrif' (ketua rombongan).heheh..Teringat pula saat di Mesir dahulu jika kami ingin keluar malam, maka kami akan berpakat dengan 'padam-madam' untuk 'menggunakan khidmat mereka sebagai peneman dan pengawal kami di negara orang..heheh..
Di dataran, kami membuat keputusan untuk duduk di tengah2 khalayak, betul2 bertentangan dengan skrin besar yang terletak bersebelahan pentas utama. Ketika kami tiba, kami dihidangkan dengan persembahan daripada Shahir yang menyanyikan lagu Padamu Ku bersujud (Afgan), kemudian disambung pula oleh Sham Kamikaze dan Dak Mie dengan lagu Luhur dan ost Adamaya. Setelah itu, saat yang dinanti2 iaitu kemunculan Zizan Raja Lawak dan ustaz Azhar Idrus dengan persoalan2 yang diemailkan oleh peminat ustaz dan diutarakan di fb ustaz.
Alhamdulillah majlis berlangsung dgn lancar, tiada masalah PA system..anak2 pun ok alhamdulillah, memberi kerjasama yang baik, tidak ada rengekan dan tangisan sama ada daripada anak-anak kami mahupun anak2 orang lain :) sehingga tertidurlah mereka akhirnya di ribaan ayah (inas) dan emak (muhammad) setelah menghabiskan dua botol susu masing2 (siap bawak flusk air panas, bekas susu dan air masak tuu..baek punya persiapan! haha)..jam 12 tgh mlm, maka mulalah saat tahun baru dgn diiringi alunan asma'ul husna daripada jemputan dan penonton. kemudian, diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Azhar Idrus sendiri.
Sesungguhnya saya dan suami sama sekali tidak merasa rugi menghadiri majlis seumpama ini. Banyak input yang kami dapat berupa pengisian selain gembira membawa anak 'melepak' di kedinginan malam. Semoga program seumpama ini mampu memberi penjelasan kepada anak muda bahawa terdapat alternatif yang baik dalam menyambut tahun baru dan tidak mesti hanya konsert dan melakukan countdown SEPERTI BIASA (baca: Seperti Kafir).
Wallahua'lam.
Semoga hari-hari mendatang memberikan kekuatan kepada kita untuk terus beramal soleh dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
p/s: perkara yang tidak dapat dilupakan apabila anak2 turut melompat bertakbir apabila pengacara melaungkan 'Takbeer!'

Comments
Post a Comment