Posts

Showing posts from February, 2012

Allah al-Raqib

Semalam adalah hari pertama saya bertugas sebagai pengawas peperiksaan. Sebenarnya tugasan ini yang paling memenatkan berbanding tugasan mengajar. Sekiranya diberi pilihan, mahu rasanya saya wakilkan tugas ini kepada orang lain. Namun, ini juga termasuk di antara perincian tugasan saya sebagai tenaga pengajar di sini. Semasa saya mengawas, saya mendapati ada seorang pelajar yang mempunyai gerak geri mencurigakan. Perlakuannya menjadikan saya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Mengingatkan perlunya profesional dalam bertugas, saya tidak terus menyergah atau menyoal kelakuannya. Saya membuat keputusan untuk terus sekadar memerhatikannya dari jarak yang agak dekat. Tindakan saya ternyata membuatkan pelajar itu merasa khuatir dan 'gelabah'. Ia dapat dilihat dari raut wajah dan perlakuannya. Ini menjadikan perasaan syak saya semakin menebal. Apatah lagi, sejak dari awal saya berdiri di situ, pelajar tersebut langsung tidak mampu menulis atau menjawab soalan di atas ...

Kuliah Nisa': Kemuliaan wanita di sisi Rasulullah s.a.w dan kedudukan baginda di mata mereka.

Alhamdulillah sempena maulidurrasul 1433 ini saya berkesempatan menyertai sebuah program anjuran Nisa' Masjid Al-Azhar kuis yang menampilkan Ustazah Suriani Sudi sebagai panelis. Dalam kuliah beliau telah berjaya menimbulkan rasa hebatnya kecintaan baginda Rasulullah s.a.w kepada umat baginda sehinggakan baginda merasa benci terhadap kesusahan yang ditanggung umatnya, betapa baginda inginkan hanya kebaikan buat umatnya serta betapa baginda begitu mengasihi dan menyayangi orang-orang beriman. Kecintaan ini tidak hanya terpateri dalam jiwa baginda bahkan dirakam secara terus oleh Allah s.w.t menerusi firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 128 yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang be...

Program persediaan graduasi

Sehari sebelum semalam, saya memaklumkan kepada pelajar tahun akhir bahawa mereka diwajibkan untuk menghadiri satu program yang direncanakan oleh pihak fakulti untuk mereka yang bakal bergraduasi. Respon mereka: Pelajar A: Kalau tak bersedia (untuk grad) lagi pun kena pergi ke? Saya: (terkejut dan terkilan) Mati pun tidak menunggu kita untuk bersedia.. Pelajar B: Habis, semua kelas batal la ye? Wah, selamatlah dari mid term test esok.. Saya: (cuba untuk tenang) Sila rujuk dengan pensyarah berkenaan dahulu ye? Bimbang pensyarah tersebut tidak maklum tentang perkara ini. Hati saya mendesir, betapa pelajar ini cukup 'berat' sekali untuk menghadiri apa juga program yang berbentuk ilmiah. Sedangkan saya sendiri begitu teruja untuk menyertainya apabila terbaca memo berkenaan yang ditampal di dalam lif. Respons sebegini bukanlah perkara yang luar biasa bagi saya. Sebut sahaja program ilmiah, nescaya tidak ramai akan menyertainya. Justeru, pihak penganjur tidak mempunyai pili...