Kuliah Nisa': Kemuliaan wanita di sisi Rasulullah s.a.w dan kedudukan baginda di mata mereka.
Alhamdulillah sempena maulidurrasul 1433 ini saya berkesempatan menyertai sebuah program anjuran Nisa' Masjid Al-Azhar kuis yang menampilkan Ustazah Suriani Sudi sebagai panelis.
Dalam kuliah beliau telah berjaya menimbulkan rasa hebatnya kecintaan baginda Rasulullah s.a.w kepada umat baginda sehinggakan baginda merasa benci terhadap kesusahan yang ditanggung umatnya, betapa baginda inginkan hanya kebaikan buat umatnya serta betapa baginda begitu mengasihi dan menyayangi orang-orang beriman. Kecintaan ini tidak hanya terpateri dalam jiwa baginda bahkan dirakam secara terus oleh Allah s.w.t menerusi firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 128 yang bermaksud:
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
Di antara keunikan peribadi Rasulullah s.a.w ini ialah baginda berada begitu dekat sekali dengan umat baginda sehinggakan semua manusia tanpa terkecuali mampu untuk mencontohi baginda hatta kanak-kanak, wanita, orang tua, remaja dan sebagainya.
Dari sudut kedudukan wanita pula, Rasulullah s.a.w sama sekali tidak meminggirkan begitu sahaja bahkan meletakkan wanita di tempat yang mulia dalam kehidupan baginda. Lihat sahaja lembaran sirah baginda bagaimana baginda begitu melayani dan mengiktiraf wanita-wanita yang sezaman dengannya. Antara contoh:
1. Kisah baginda yang memuji dua orang pemuda di atas kejayaan mereka membunuh Abu Jahal dengan menisbahkan nama mereka kepada ibu mereka. Baginda menyebutkan dengan penuh bangga bahawa kedua-duanya adalah Ibnu Afraq (Afraq: Nama ibu mereka).
2. Rasulullah s.a.w menyediakan kelas khusus untuk wanita. Malah ada satu ketika selepas menyampaikan khutbah Hari Raya, baginda telah menghampiri kaum wanita yang duduk di bahagian belakang jemaah untuk bertanyakan khabar serta membuat sesi khas pula untuk mereka.
3. Rasulullah s.a.w telah memendekkan bacaan solat tatkala mendengar tangisan si anak kerana baginda memahami hati si ibu yang tentunya merasa gundah tentang tangisan tersebut.
4. Rasulullah s.a.w memberi pesan kepada kaum muslimin untuk mengajak kaum wanita sekalipun yang haid untuk sama-sama bertakbir di masjid dan mendengar khutabh hari raya.
5. Rasulullah s.a.w juga pernah berdiri menyambut kedatangan wanita Ansar dalam satu majlis.
Sifat rahmah baginda ini pula tidak terhad kepada wanita muslimah sahaja bahkan turut mengambil kira wanita yang bukan Islam. Ini dibuktikan oleh catatan sejarah bahawa baginda pernah memaafkan seorang wanita Yahudi yang cuba untuk meracuni baginda. Baginda juga melarang kaum muslimin untuk membunuh kaum wanita dalam peperangan. Baginda juga pernah mendoakan wanita yang sentiasa mencaci baginda hingga akhirnya wanita tersebut memeluk Islam.
Betapa hebatnya pekerti insan mulia bernama Muhammad Rasulullah s.a.w. Benarlah baginda diutuskan sebagai rahmat untuk sekalian alam. Allahumma solli 'ala saydina muhammad.. Apakah kita selaku umatnya mampu untuk menggembirakan hati baginda di akhirat kelak?
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Ali 'Imran: 31)

Comments
Post a Comment