Program persediaan graduasi
Sehari sebelum semalam, saya memaklumkan kepada pelajar tahun akhir bahawa mereka diwajibkan untuk menghadiri satu program yang direncanakan oleh pihak fakulti untuk mereka yang bakal bergraduasi. Respon mereka:
Pelajar A: Kalau tak bersedia (untuk grad) lagi pun kena pergi ke?
Saya: (terkejut dan terkilan) Mati pun tidak menunggu kita untuk bersedia..
Pelajar B: Habis, semua kelas batal la ye? Wah, selamatlah dari mid term test esok..
Saya: (cuba untuk tenang) Sila rujuk dengan pensyarah berkenaan dahulu ye? Bimbang pensyarah tersebut tidak maklum tentang perkara ini.
Hati saya mendesir, betapa pelajar ini cukup 'berat' sekali untuk menghadiri apa juga program yang berbentuk ilmiah. Sedangkan saya sendiri begitu teruja untuk menyertainya apabila terbaca memo berkenaan yang ditampal di dalam lif.
Respons sebegini bukanlah perkara yang luar biasa bagi saya. Sebut sahaja program ilmiah, nescaya tidak ramai akan menyertainya. Justeru, pihak penganjur tidak mempunyai pilihan lain selain daripada meWAJIBkannya. Saya terkenang di kala saya memegang status siswi satu masa dahulu..Apa juga program dan pengisian ilmiah pasti saya akan cuba gagahkan untuk menghadirinya. Malah, saya begitu teruja. Berbeza dengan program-program 'biasa' seperti sukan, persatuan pelajar, jamuan makan malam.. Program yang pada saya tidak mempunyai banyak faedah seperti program seminar, bengkel dan ceramah.
Saya bertanya kepada diri saya, apakah yang mahasiswa dan mahasiswi hari ini sediakan sebagai bekal untuk mereka berhadapan dengan masyarakat kelak? Adakah mereka mengandaikan segulung ijazah itu mampu meletakkan mereka sebagai seorang 'manusia' satu hari nanti? Persoalan itu terus berlegar di fikiran saya..
Esoknya, saya menghadiri slot motivasi yang dimaksudkan. Ternyata, pelajar hanya memenuhi dewan sekadar untuk memenuhkan tandatangan di dalam kertas kehadiran. Ya, saya akui sebahagian mereka mendengar dengan penuh teliti manakala sebahagian lagi kelihatan sibuk dengan telefon bimbit (mungkin sedang update status facebook @ berbalas sms dengan sesiapa) malah ada juga yang berani membawa laptop dan tekun menghadapnnya!
Sedikit terkilan dan kasihan mengenangkan peluang yang dibiarkan berlalu begitu sahaja.. Namun, bagi saya secara peribadi, saya mendapat begitu banyak input berguna sekalipun saya telah pun bergraduasi sebanyak tiga kali!

Comments
Post a Comment