Allah al-Raqib
Semalam adalah hari pertama saya bertugas sebagai pengawas peperiksaan. Sebenarnya tugasan ini yang paling memenatkan berbanding tugasan mengajar. Sekiranya diberi pilihan, mahu rasanya saya wakilkan tugas ini kepada orang lain. Namun, ini juga termasuk di antara perincian tugasan saya sebagai tenaga pengajar di sini.
Semasa saya mengawas, saya mendapati ada seorang pelajar yang mempunyai gerak geri mencurigakan. Perlakuannya menjadikan saya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Mengingatkan perlunya profesional dalam bertugas, saya tidak terus menyergah atau menyoal kelakuannya. Saya membuat keputusan untuk terus sekadar memerhatikannya dari jarak yang agak dekat. Tindakan saya ternyata membuatkan pelajar itu merasa khuatir dan 'gelabah'. Ia dapat dilihat dari raut wajah dan perlakuannya. Ini menjadikan perasaan syak saya semakin menebal. Apatah lagi, sejak dari awal saya berdiri di situ, pelajar tersebut langsung tidak mampu menulis atau menjawab soalan di atas kertas peperiksaan. Dia kerap kali memandang ke arah saya. Mungkin kerana khuatir saya bertindak lebih jauh. Tetapi setelah satu jam saya tercegat di situ, saya kembali berjalan dan mengawas pelajar lain.
Hati saya terdetik, betapa manusia ini terutamanya saya sendiri begitu merasa risau dengan pandangan orang lain. Sedangkan manusia lain adalah makhluk Allah s.w.t yang juga ada kelemahan dan kecacatan. Kenapa hati ini tidak merasa gusar terhadap pengawasan Allah s.w.t? Padahal Allah s.w.t sendiri menyebut diri-Nya sebagai yang Maha Mengawas atau al-Raqib. Allahu rabbi, betapa berdosanya diri ini yang selalu cuai dan culas dalam melakukan perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya.
Seperkara lagi yang saya dapat pengajaran dari peristiwa hari ini iaitu betapa kerdilnya saya selaku makhluk untuk mengawas seorang pelajar yang juga makhluk. Sedangkan Allah s.w.t dengan mudah mengawas dan memelihara serta menguruskan takdir setiap perkara di dunia ini dari yang sebesar matahari sehingga kepada seseni kuman! Lemahnya diri ini namun masih berjalan angkuh dan sombong di atas bumi Tuhan ini.
Astaghfirullah, semoga ALLAH mengampuni saya, keluarga dan umat seluruhnya.

Comments
Post a Comment