Posts

Showing posts from April, 2012

Teguran dari emak

Saya berasa sedikit terusik apabila emak saya sering mengingatkan saya untuk mengajarkan Inas mengenal huruf. Ya, saya akui kata-kata mak itu benar. Tetapi cara bagaimana saya harus lakukan? Dari mana harus saya mulakan? Sedikit kekok dan buntu. Saya yakin ibu-ibu lain sama seperti saya yang menginginkan anak boleh membaca di usia muda supaya masa mereka tidak diisi dengan perkara yang sia-sia. Sekian lama juga saya sudah mengusahakan untuk memuat turun fail-fail, video-video sebagai bahan bantu untuk si anak. Tidak setakat itu malah VCD juga saya turut belikan untuk dipasang di TV rumah. Sangka saya semudah itu untuk mengajar anak. Rupanya saya silap..Mungkin tidak silap sepenuhnya, tetapi kurang tepat.. Teguran daripada emak sedikit membuat saya tersentak dan kembali serius mencari dan berusaha untuk merealisasikan impian dan doa saya selama ini. Saya mula membaca penulisan ibu-ibu yang terbukti berjaya mengajar anak mereka pada usia muda dan mengambil semangat mereka. Ya, saya per...

Sambung cerita sedekah semalam..

Image
Semalam setelah saya mencoretkan berkenaan sedekah yang tak seberapa tu..saya dihubungi oleh tuan rumah sewa yang lama memaklumkan bahawa saya sudah boleh mengambil baki deposit rumah dulu. Alhamdulillah, berbunga-bunga hati ini meyakini bahawa secepat ini Allah membalasi sedekah saya yang semalam. Masakan tidak, sekeping not hijau muda dibalasi dengan empat keping not hijau tua dan dua keping not merah! Alhamdulillah, Maha Suci Allah.. Keesokannya (hari ini), saya terus menghubungi rakan saya yang sedang mencari sukarelawan yang ingin mewakafkan sebahagian wang untuk tanah tapak pembinaan institusi pendidikan di negeri sembilan. Saya bersetuju untuk menghulurkan sebahagian daripada apa yang dimiliki sebagai tanda syukur saya kepada Allah. Satu perasaan yang pelik dalam hati saya ialah, tiba-tiba saya begitu berkobar-kobar untuk mensedekahkan wang yang ada pada saya. Mengapa agaknya ya? Saya tidak lagi begitu gusar seperti peristiwa semalam. Sesampainya rakan saya di tempat yan...

Sedekah di pertengahan bulan..

Hari ini saya berazam untuk tidak turun makan ke kafe memandangkan wang dalam simpanan hanya 'cukup-cukup makan' sedangkan perjalanan masih jauh untuk menempuh 'Hari Gaji' yang seterusnya. Namun, tiba waktu tengah hari saya merasa sedikit tertekan dengan bebanan kerja menjadikan perut saya mula menginginkan sesuatu untuk dimakan. Sebelum melangkah keluar dari bilik, saya merenung dompet yang ternyata mempunyai dua keping not hijau tua dan sekeping not merah. Niat saya dalam hati untuk berjimat menggunakan not merah sebagai belanja harian saya bagi minggu ini sedangkan dua keping not lagi akan saya simpan untuk belanja dapur rumah. Saya memilih untuk pergi ke koperasi berhampiran bagi menyelamatkan wang saya daripada terlebih belanja. Sekonyong-konyong, seorang daripada rakan sejawat saya muncul di hadapan saya menghulurkan fail memohon sumbangan pembesaran sebuah masjid di sebuah mukim yang terletak bersebelahan dengan mukim rumahnya. Dengan meyakini kuasa sedekah, ...