Sedekah di pertengahan bulan..
Hari ini saya berazam untuk tidak turun makan ke kafe memandangkan wang dalam simpanan hanya 'cukup-cukup makan' sedangkan perjalanan masih jauh untuk menempuh 'Hari Gaji' yang seterusnya. Namun, tiba waktu tengah hari saya merasa sedikit tertekan dengan bebanan kerja menjadikan perut saya mula menginginkan sesuatu untuk dimakan.
Sebelum melangkah keluar dari bilik, saya merenung dompet yang ternyata mempunyai dua keping not hijau tua dan sekeping not merah. Niat saya dalam hati untuk berjimat menggunakan not merah sebagai belanja harian saya bagi minggu ini sedangkan dua keping not lagi akan saya simpan untuk belanja dapur rumah.
Saya memilih untuk pergi ke koperasi berhampiran bagi menyelamatkan wang saya daripada terlebih belanja. Sekonyong-konyong, seorang daripada rakan sejawat saya muncul di hadapan saya menghulurkan fail memohon sumbangan pembesaran sebuah masjid di sebuah mukim yang terletak bersebelahan dengan mukim rumahnya. Dengan meyakini kuasa sedekah, saya tidak teragak-teragak menghulur not merah yang dibawa kepada rakan tadi dengan pulangan not hijau muda. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana berjaya melepaskan diri dari belenggu serba salah setiap kali bertemu dengan peluang sedekah.
Setelah itu, saya pun berbelanja sekadarnya sambil memikirkan apakah niat yang perlu saya pasang sempena sedekah ini? Lalu hati saya mendetikkan:
"Ya Allah, berkat sedekah ini ku pohon agar diberkati dan dimurahkan rezeki serta diberikan kelapangan hati dalam menerima nikmat-Mu. Jadikanlah diriku, suamiku dan anak-anakku tergolong di kalangan mereka yang soleh dan sentiasa beribadat kepada-Mu. Amin"
Allahu rabbi..janganlah Kau campakkan rasa sesal dalam jiwa ini. Sebaliknya Kau tanamkan dalam hati ini rasa cinta untuk berkorban di jalan-Mu.
Amin :)

Comments
Post a Comment