Sambung cerita sedekah semalam..
Semalam setelah saya mencoretkan berkenaan sedekah yang tak seberapa tu..saya dihubungi oleh tuan rumah sewa yang lama memaklumkan bahawa saya sudah boleh mengambil baki deposit rumah dulu. Alhamdulillah, berbunga-bunga hati ini meyakini bahawa secepat ini Allah membalasi sedekah saya yang semalam. Masakan tidak, sekeping not hijau muda dibalasi dengan empat keping not hijau tua dan dua keping not merah! Alhamdulillah, Maha Suci Allah..
Keesokannya (hari ini), saya terus menghubungi rakan saya yang sedang mencari sukarelawan yang ingin mewakafkan sebahagian wang untuk tanah tapak pembinaan institusi pendidikan di negeri sembilan. Saya bersetuju untuk menghulurkan sebahagian daripada apa yang dimiliki sebagai tanda syukur saya kepada Allah.
Satu perasaan yang pelik dalam hati saya ialah, tiba-tiba saya begitu berkobar-kobar untuk mensedekahkan wang yang ada pada saya. Mengapa agaknya ya? Saya tidak lagi begitu gusar seperti peristiwa semalam. Sesampainya rakan saya di tempat yang dijanjikan, saya terus mengeluarkan sekeping not hijau tua dengan niat untuk kegunaan pihak pentadbiran sekolah tersebut. Semoga ALLAH menerima sedekah saya yang kecil ini.
Kali ini, saya memohon kepada Allah:
"Ya Allah, dengan berkat wakaf ini Kau permudahkanlah urusanku dan suamiku dalam membentuk anak-anak dan zuriat kami agar tergolong di kalangan orang yang menghampirkan diri kepada-Mu. Ya Allah, dengan berkat kecintaan kami kepada ilmu serta sokongan kami kepada mereka yang menjayakannya, maka kurniakanlah kepada kami, keluarga kami serta keturunan kami ilmu yang bermanfaat lagi datang dari sisimu. Kurniakan kami keteguhan iman dan keutuhan taqwa serta bantulah kami dalam menyucikan hati-hati kami. Agar dengan hati ini kami daoat terus berzikir kepada-Mu.
Ya Allah, jadikanlah kami termasuk di kalangan mereka yang beroleh keberkatan sedekah. Serta jadikan kami orang-orang yang terlalu cinta untuk melakukan amal soleh kepada-Mu. Amin."
Wahai Tuhan yang Maha Mendengar, perhatikanlah permohonanku ini..
Smile :) >Senyum itu pun sedekah!
Comments
Post a Comment